Bab 10

1.1K 205 5
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


•••••

Titis hujan turun dengan lebatnya membasahi tanah bumi. Suara deraian air jatuh menghentak bumbung rumah yang kian reput menjadi melodi yang menemani dirinya di depan jendela bilik. Saat itu, tangannya naik menopang dagu sambil mata tertancap ke arah luar jendela.

Langit mendung kelabu itu ditatap penuh minat sehingga tanpa sedar segaris senyuman melebar di wajahnya. "Macam mata dia."

"Azara? Kenapa kau... membatu begitu? Kau tak apa-apa, kah?"

Azara tenggelam dalam ingatan sendiri.

Pemilik mata dan raut wajah itu sememangnya aneh. Ini bukan kali pertama dia bersemuka dengan orang yang berwajah menarik dengan mata kelabu, namun ini kali pertama Azara berasa terpegun setiap kali sepasang matanya terbenam hilang dalam dunia kelabu itu.

Aura yang dimiliki lelaki itu juga bukan aura biasa. Azara dapat rasakan aura yang terasa begitu berbeza perasaannya jika dibandingkan dengan orang lain.

Aura gelap, seakan-akan seorang yang penuh dengan rahsia dan misteri namun terasa dekat dengan jiwanya. Tenang.

Dan, semakin dalam dia mengenali lelaki itu, aura itu seakan-akan semakin hangat memeluk hatinya. Perwatakannya yang lembut tutur bicara dan bijak menyusun kata itu semakin menguatkan tautan yang sudah mula mengunci jiwa.

Namun dapat dia rasakan, ada sesuatu yang masih dia belum ketahui tentang lelaki itu.

Sesuatu yang besar menurut kata hatinya.

"Oh, sebelum tu panggil saja saya Kai. Tak perlu bertuan. Saya lebih selesa begitu."

Dan kerendahan hati lelaki itu pula...

"Kau boleh panggil aku sebagai Kai. Aku selesa dipanggil begitu."

"Okey, Tuan Kai. Sa..."

"Buang 'tuan' itu. Aku bukan majikan kau, dan kau bukan pekerja aku. Anggap saja kita kenalan. Aku lebih selesa begitu."

... menarik lalu memenjara perhatiannya. Memijak tanggapan yang pernah terbit dalam fikirannya mengenai lelaki tersebut suatu ketika dahulu. Tanggapan yang muncul secara tiba-tiba kerana desis halusnya hati.

Kai bagaikan seorang pembunuh.

Ada aura gelap yang terselit pada diri lelaki itu. Aura yang menakutkan, gelap umpama warna matanya yang kelabu.

Ah, merepek! Bagaimana mampu dia beranggapan begitu terhadap lelaki itu pada kali pertama mereka bertatapan mata? Benar orang kata, tanggapan pertama selalunya silap.

Dengan tutur kata dan adab yang lelaki itu pamerkan, bagaimana dia mampu berfikiran sebegitu?

"Apa kalian akan terus membiarkan seorang gadis sebaya Azara terus diganggu oleh sekumpulan lelaki di lewat petang? Bukan itu sahaja, malah mereka juga sudah mengganggu perbincangan saya bersama-sama Azara untuk perkara yang mustahak. Adakah itu adab yang baik untuk dipertonton pada khalayak ramai?"

KAIROSWhere stories live. Discover now