Bab 6

1.1K 185 6
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

Sap!

"Hah!" Tali kudanya digenggam erat sambil gerak tubuhnya bergerak mengikut detak langkah sang kuda hitam. Ditarik tali itu untuk menukar arah jalan kuda tersebut dan kuda itu membelok ke kanan. Menurut saja tali itu memalingkan wajahnya ke mana. Perlahan-lahan, Arrenth yang masih duduk di atas badan kuda hitamnya itu mendekati sebatang pokok yang berada tidak jauh dari situ.

Anak panahnya tepat mengenai titik merah pada kayu yang tergantung pada dahan pokok tersebut. Senyuman lebar terus terukir lebar di wajah lelaki muda itu.

"Mungkin kau patut cuba berlatih sambil tutup mata selepas ini."

Satu suara menerpa gegendang telinga dan Arrenth terus menoleh ke sisi. Kelihatan Rome si kuda putih bersama-sama tuan miliknya datang mendekati Arrenth dan Arrow di bawah pokok itu. Arrenth lantas meletakkan tangan di dadanya sebelum menunduk hormat.

"Salam sejahtera, Tuanku Arzel. Apa yang tuanku lakukan di sini?" soal Arrenth apabila Tuanku Arzel memberhentikan kudanya di sebelah.

"Mengapa kau tidak memanggil aku Kairos sekarang ini?" soal Tuanku Arzel pula. Agak hairan dengan Arrenth yang bersikap formal dengan dirinya sedangkan hanya mereka sahaja yang berada di padang yang luas ini.

"Dua syarat untuk nama tersebut dipanggil patik. Pertama, apabila tiada orang mengenali kita. Dua, apabila kita di luar istana. Sekarang kita berada di dalam El Caballo, dan ianya masih berada di bawah naungan Istana Adoria, wahai Tuanku Tuanku Arzel." Arrenth membalasnya dan Tuanku Arzel hanya tersenyum segaris.

"Kau buat aku terasa seperti ada jurang di antara kita," ujar Tuanku Arzel selepas itu. Sejujurnya, dia tidak mahu Arrenth bersikap begini dengannya. Dia sentiasa menganggap lelaki ini sebagai keluarganya tak kira masa dan tempat, namun berbeza pula bagi Arrenth. Ada waktu yang boleh untuk Arrenth berlagak biasa, dan ada masa juga dia perlu menghormati dirinya.

Ianya terasa agak janggal.

Mengapa Tuanku Arzel perlu lahir dalam keluarga diraja?

Mengapa dia perlu dibezakan dengan orang lain kerana darjat?

Mengapa?

"Jadi, jika tuanku mahu jurang itu terhapus, mungkin kita boleh pergi berlatih di hutan sana. Bagaimana?" soal Arrenth sambil mengangkat keningnya. Sememangnya mereka sering berlatih bersama-sama di luar istana selama ini. Tidak ada hutan di Grindwell ini kecuali sudah dipijak oleh kedua-dua mereka untuk berlatih dan berbiru.

Senyuman kecil terukir di wajah Tuanku Arzel saat itu. "Jurang itu akan kita hapuskan sebentar lagi, tapi bukan berlatih di hutan itu. Kita akan pergi ke tempat lain."

Arrenth mengerutkan dahinya tanda. Fikirannya terus diburu tanda soal dengan bicara Tuanku Arzel tersebut. "Di mana, tuanku?"

"Di Pelabuhan Bellin."

KAIROSWhere stories live. Discover now