Bab 42

596 132 9
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

Hari demi hari, jiwanya terasa semakin kosong. Sepi dan terus sunyi, seakan-akan sebuah pohon yang jatuh berguguran setiap daun hijaunya satu demi satu. Semakin lama semakin hilang, mengosongkan batang pohon yang dahulunya indah merimbun.

Jawapan yang masih belum dia temui.

Kenapa... dia jadi sebegini? Apa dan di mana silapnya sehingga jiwanya hilang dan kosong begini sekali?

Fikirannya terasa semakin kacau. Serabut dengan sesuatu yang dia sendiri tak tahu. Sungguh, dia boleh jadi gila jika berterusan begini. Namun semua yang dia lakukan tidak mampu mengisi 'kekosongan' tersebut. Semua yang dilakukan terasa serba tak kena, serba kekurangan. Bahkan semakin menghilangkan dirinya.

Nafas berat dilepaskan sebelum mata dipejamkan rapat.

Apa yang sedang berlaku pada dirinya saat ini?

"Tuanku nampak semakin kusut dari hari ke hari," kata Arrenth dan Tuanku Arzel mengangkat wajahnya. Kepala yang tadi terletak di atas lengan ditarik daripada terus direhatkan di atas meja. Benar, dirinya tampak semakin kusut dan tidak terurus. Dia sendiri merasakan begitu pada dirinya.

"Beta... rasa kosong, Arrenth." Untuk kali yang entah ke berapa, ayat itu dituturkan lagi. Kelihatan matanya terpejam rapat sebelum nafas berat dikeluhkan lagi. Bahu terlihat kendur.

"Beta merasakan ada sesuatu yang hilang daripada diri beta, tapi beta tak tahu apa." Tuanku Arzel berkata lagi selepas itu.

     Buku-buku yang terbentang di depan mata, tidak lagi ditatap penuh cinta. Fikirannya terasa benak untuk menelaah setiap butir bicara di atas helaian kertas ini seperti selalu.

"Patik juga melihat yang tuanku seperti kehilangan sesuatu. Jelas, ianya diri tuanku yang dahulu." Arrenth membalas dan senyuman pahit terukir di wajah Tuanku Arzel.

"Ya, diri beta yang dahulunya... hidup. Hidup dengan sebenar-benar hidup. Sekarang ia sudah pergi, barangkali sudah mati," ujar Tuanku Arzel. Entah mengapa, perkataan 'mati' itu terasa benar-benar dekat dengan jiwanya.

Apa benar yang jiwanya sudah 'mati'?

"Barangkali tuanku benar-benar kepenatan selama ini. Apa kata tuanku rehatkan diri tuanku dengan beradu?" soal Arrenth namun dibalas dengan gelengan Tuanku Arzel.

"Apabila beta bangun tidur, diri beta terasa lebih kosong. Rasa itu terlalu menyeksakan diri beta, sehingga membuatkan beta rasa lebih baik jika beta tidak bernafas di muka bumi ini lagi." Tuanku Arzel membalas kata-kata itu dan lantas menyentakkan Arrenth. Benar-benar terkedu dengan bicaranya Tuanku Arzel ketika ini.

"Tuanku... tuanku tak apa-apa? Apa tuanku ingin patik memanggil tabib?" soal Arrenth terus. Riak wajahnya terbias risau. Tidak pernah walau sekali pun dia mendengarkan Tuanku Arzel berkata begini, namun kali ini ia benar-benar menyentakkan Arrenth.

KAIROSWhere stories live. Discover now