Bab 5

1.5K 220 17
                                    

•••••

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

•••••

Keluhan berat dilepaskan buat kesekian kalinya. Jiwa lantas diburu sebal. Walau berapa ribu patah bicara dia lontarkan sekalipun, dia tidak rasa yang Tuanku Raja Raphello akan mempertimbangkan katanya. Jika mempertimbangkan pun ayahandanya tidak sudi, diturutkan apatah lagi.

Kerana bagi dia, Aydan lebih penting, lebih utama. Katanya kerana dia bakal memerintah Adoria tak lama lagi.

Bila dia dapat lepas dari semua ini?

"Bukankah itu sepatutnya menjadi tanggungjawab Kakanda Aydan, ayahanda? Mengapa anakanda pula yang perlu bertemu dan berunding bersama-sama Raja Kerajaan Kimberlin?" soal Tuanku Arzel sekali lagi. Sungguh dia berasa tidak puas hati dengan bicaranya Tuanku Raja Raphello saat ini.

"Mengapa sukar benar untuk kau menurutkan kata ayahanda kali ini, Tuanku Arzel? Apa? Kau cuma akan turutkan perintah ayahanda yang perlu menghunuskan pedang sahaja, kah? Ini juga melibatkan soal negara, Tuanku Arzel. Bukalah fikiran kau itu." Tajam selaran Aydan menikam gegendang telinganya.

Terpejam kejap mata Tuanku Arzel ketika itu.

Sepatutnya Aydan menuturkan bicara itu di hadapan cermin, bukan di hadapan dirinya.

"Jadi, mengapa sukar benar untuk kau melaksanakan tugas kau sebagai seorang putera mahkota, sebagai seorang bakal pengganti ayahanda? Jika tugas mudah begini pun kau serah kepada aku, lebih baik aku sahaja yang naik ke takhta," balas Tuanku Arzel dan mengundang berang si Aydan.

"Jangan kau berani-berani merampaskan hak aku, Arzel!"

"Jadi, laksanakan tugas dan hak kau, Aydan! Bukannya mengelak begi..."

Meja ditepuk kuat oleh sang maharaja. "Aydan! Arzel!"

Mati terus bicara Tuanku Arzel dan menarik perhatian mata kedua-dua mereka yang tadinya tenggelam dalam pertegangan urat. Wajah ketat si bapa dipandang. Jelas terzahir berang dan tertekan yang menghurung fikiran dan dada.

"Sampai bila kalian hendak bertelingkah begini? Kalian merupakan satu-satunya putera diraja yang masih berdiri dan kekal di sini. Jika kalian masih begini, bagaimana kalian hendak memimpin Adoria satu hari nanti?" Tegang bicara Tuanku Raja Raphello yang sudah bangkit dari duduknya itu.

"Hanya Aydan yang akan memimpin Adoria, ayahanda. Hanya Aydan."

Tuanku Arzel tersenyum sinis dengan bicara Aydan itu. Terasa lucu dengan kata-kata tersebut, namun panas jiwanya tidak mampu dinafikan lagi. Jika bukan kerana Aydan ini bakal pengganti takhta ayahanda mereka, sudah lama terpacak mata pedang Tuanku Arzel ke tekak lelaki itu.

"Sudahlah. Ayahanda berbuat keputusan begini bukannya sengaja, namun ada sebab yang ayahanda sudah lama fikirkannya," ujar Tuanku Raja Raphello dan terus menarik perhatian kedua-dua putera Adoria tersebut. Tanda soal terus mengisi ruang fikiran mereka.

KAIROSUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum