Bab 23

678 153 9
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

    "Hah!" Bergema suara Tuanku Arzel yang laju menunggang Rome ketika itu. Arrenth di sebelahnya turut sama laju mengekori bersama-sama Arrow dan juga beberapa ahli kumpulannya yang lain di belakang. Laju dikejar beberapa ekor kijang yang pantas melarikan diri daripada mereka ketika itu.

    Tangan Tuanku Arzel mencapai sebatang anak panah di belakang tubuhnya. Tali busur ditarik sebelum menyasarkannya ke arah salah seekor kijang.

    Sap!

    Tepat mengenai kaki kijang itu.

    Sorakan terus bergema kuat dari belakang sementara Tuanku Arzel menarik tali di tangan untuk memperlahankan langkah kudanya. Derap kaki Rome yang tadinya laju berdetak mula berubah perlahan.

    "Hebat, Tuanku Arzel! Ini buruan ketiga kumpulan kita!" Raja Millen, pemerintah Kerajaan Leviance berkata selepas itu. Masing-masingnya tersenyum lebar melihat kijang yang berjaya diburu oleh Tuanku Arzel.

    "Tapi ianya bukan haiwan buruan yang boleh memberikan kita habuan ayahanda beta," ujar Tuanku Arzel sebelum menarik tali kudanya, memusingkan tubuh Rome ke arah mereka yang berada di belakang. Kesemua juga berada di atas badan kuda masing-masing.

    "Itu tidak mengapa, tuanku. Jika tidak menang habuan pun, haiwan itu akan dijamah untuk majlis malam ini. Bukankah itu juga habuan?" Panglima Luov, wakil kerajaan Filland pula berkata dan disokong oleh mereka yang lain.

    "Nim, pergi ambil haiwan buruan itu ke mari." Raja Vick, pemerintah Kerajaan Herendith berkata kepada Nim, orang suruhan untuk bergerak mengambil haiwan buruan tersebut. Nim terus menunggang kudanya ke arah kijang itu tadi bersama-sama Dellion, orang suruhan Raja Millen.

    "Mungkin kita patut berburu di dalam rimba pula. Kesemua haiwan buruan tadi kita dapatkan tanah lapang ini. Barangkali kita patut tukar angin pula," ujar Panglima Luov, memecahkan kesunyian yang terbina kejap di antara mereka sebelum berpaling ke arah Tuanku Arzel.

    "Apa tuanku setuju dengan cadangan patik?" Soalan diajukan kepada Tuanku Arzel selepas itu. Kelihatan lelaki itu mengangguk kecil.

    "Beta baik saja dengan mana-mana cadangan." Tuanku Arzel bersetuju. "Lagipun, mungkin di dalam sana terdapat haiwan yang lebih besar untuk ditangkap. Barangkali beruang, kerana Arrenth pernah berjaya memburu anak beruang di dalam rimba sana ketika dia berusia 8 tahun."

    Tuanku Arzel berpaling ke arah Arrenth selepas itu. "Bukankah begitu, Arrenth?"

    "Wah, hebat sungguh anak jeneral agung kita ini! Tak hairan mengapa Tuanku Arzel memilihnya untuk menjadi orang kanannya." Raja Vick berkata kemudiannya. Hanya senyuman kecil terukir di wajah Arrenth, sebelum lelaki itu menunduk hormat sebagai tanda terima kasih atas pujian itu.

KAIROSWhere stories live. Discover now