Bab 15

947 182 13
                                    

•••••

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

•••••

Sayur kubis terakhir dimasukkan ke dalam bakul yang berada di belakang tubuhnya. Lantas, tali pada bakul tersebut disandang pada bahunya dan Azara bergerak pergi ke arah bangsal yang terletak tidak jauh daripada ladang kubis itu. Naik tangan Azara mengesat peluh yang menitik di dahi, memandang masa sudah menginjak masuk waktu tengahari.

"Ara!"

Azara menoleh apabila suara Carell menerpa gegendang telinga. Kelihatan gadis itu yang juga membawa bakul di belakang tubuh berjalan mendekatinya.

"Kenapa panggil aku?" soal Azara selepas itu.

"Saja. Aku tak mahu jalan seorang diri." Carell membalas dan ketawa saja. Azara sudah memandangnya tajam. Sangkanya gadis ini ingin menyampaikan apa-apa dengannya.

"Jom lumba. Siapa sampai dulu dia menang!" Kemudian, Carell terus meninggalkan Azara yang terpinga-pinga.

"Eh, tak adil! Kau lari dulu!" Azara lantas mengejar Carell yang hanya ketawa saja saat itu. Gelagat kedua-dua mereka ketika itu diperhatikan saja oleh Lutadias yang berada di bangsal sana, mengasingkan sayur-sayuran yang boleh dijual ke pasar. Tersenyum saja dirinya ketika itu.

"Ha, lari lagi! Lari! Nanti jatuh tersembam tanah, memang gelak saja aku." Sierra berkata kepada kedua-dua mereka yang sudah tiba di bangsal itu. Tercungap-cungap mereka ketika itu memandang kawasan penanaman ini sedikit berbukit.

Azara yang sedang menstabilkan kembali nafasnya itu menuding ke arah Carell. "Salahkan Carell! Ara tak nak bertanding pun."

"Eh, kita pula? Aku ajak saja, bukannya paksa." Carell membalas semula.

Lutadias mendekati mereka dan diambil bakul yang disandang oleh Azara. "Sudah-sudah. Jangan bising sangat, nanti didengar Tuan Vien pula."

Carell kemudiannya tersenyum kemenangan kepada Azara dan Azara hanya memandangnya geram. Kemenangan itu takkan bertahan lama, Carell!

"Oh ya, Tuan Vien dah pulang ke semula ke? Bukan selalunya dia kembali ke sini bila sudah petang? Cepat sungguh habis jualan hari ini." Carell menyoal kemudiannya. Hairan melihat majikan mereka pulang ke sini lebih awal daripada biasa. Apa laris benarkah jualan sayur pada hari ini?

"Bukan urusan kamu untuk tahu jualan hari ini habis cepat atau tidak." Tajam bicara Tuan Vien menghentak gegendang telinga keempat-empat mereka. Berubah terus riak wajah Carell sementara Sierra pula menghentikan kerjanya dan bangkit berdiri. Senyap kesemua selepas itu, tiada seorang pun bersuara.

"Kenapa? Kamu nak tahu jualan hari ini berapa banyak untuk kamu kira berapa upah kamu hari ini ke?" Sekali lagi, soalan yang tajam bicaranya menusuk ke telinga mereka. Tiada seorang pun berani bersuara, bahkan tiada seorang pun berani bertentang mata dengan lelaki itu.

KAIROSDonde viven las historias. Descúbrelo ahora