Bab 46

602 129 12
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

    "Seandainya aku juga bekerja sebagai dayang seperti kau, barangkali aku boleh temui siapa sebenarnya yang berjaya curi hati kau itu." Kata-kata Azara itu dibalas dengan pukulan Carell di lengannya. Azara berdesis sakit kemudiannya. Diusap lengannya yang dipukul tadi.

    "Cukuplah kau tahu lelaki itu tampan orangnya, dan manis senyumnya. Aku yakin, dia diidam ramai wanita lain di luar sana," balas Carell bangga dan Azara berdecit perlahan.

    "Apa lelaki itu golongan diraja ke sehingga diidam ramai begitu sekali?" Soalan Azara itu dibalas dengan senyuman Carell saja.

    "Apa yang kalian berdua bualkan itu?" Pertanyaan Sierra dari arah depan menarik perhatian kedua-dua mereka.

    "Tiada apa-apa. Cuma bercakap tentang lelaki tampan yang bekerja dengan Carell di bangunan La Princea saja." Azara membalas selamba dan Carell terus menjegilkan matanya.

    "Azara!"

    "Amboi, bukan main kau ya! Luta, kau lihat adik kau! Sudah handal mencuci mata seperti Carell!" Sierra terus menyiku Lutadias di sebelahnya.

    "Sierra!" Carell menegur Sierra pula selepas itu. Boleh pula dikatakan Azara sudah pandai mencuci mata seperti dia? Dulu barangkali ya, dia begitu. Namun sekarang tidak. Dia setia!

    Lutadias ketawa kecil. "Ada-ada saja kalian ni. Sudahlah, kita sudah hampir tiba di istana. Jaga adab kalian. Nanti dikenakan penalti pula."

    "Baru sebulan lebih masuk ke jabatan tentera, terus bercakap mengenai penalti kau ya, Luta? Oh ya! Aku mendengarkan Tuanku Arzel sudah kembali bertugas di jabatan kau. Benarkah?" soal Sierra dan mengubah riak wajah Lutadias. Nama yang terbit di bibir itu tak semena-mena membuatkan dirinya bungkam.

    Azara di belakang dipandang sekilas. Gadis itu hanya diam, dan memandang ke sisi. Seakan-akan tahu yang lelaki itu akan menoleh ke arahnya.

    "Ya, benar." Lutadias membalas ringkas. Tidak mahu membahas lebih lanjut mengenai soal itu. Satu pun tidak dia ceritakan kepada Azara tentang Tuanku Arzel semasa mereka di rumah. Termasuk juga pertemuannya dengan Tuanku Arzel sebelum ini.

    Dia tak mahu melukakan Azara. Namun, soalan Sierra ini tanpa sengaja sudah membongkarkan rahsia yang dia simpan rapi. Perlahan-lahan jiwanya ditimpa rasa serba salah.

    "Apa perasaan kau menemui dia? Orang-orang lama istana banyak bercerita tentang Tuanku Arzel yang menggerunkan. Mukanya selalu beriak kosong, dan matanya sentiasa terlihat tajam. Benar, kah?" soal Sierra. Menambahkan lagi rasa tidak selesa pada Lutadias. Berat lidahnya hendak menjawab soalan itu.

    "Y... ya, Tuanku Arzel memang nampak menggerunkan." Sekali lagi Lutadias membalas ringkas. Matanya menoleh ke arah Azara semula. Gadis itu masih tidak berpaling, namun wajahnya tampak keruh.

KAIROSWhere stories live. Discover now