Bab 1

2.8K 277 137
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

Terang sinaran matahari menyimbah segenap alam. Indah cuacanya pada hari itu dengan pancaran tersebut yang turut sama dihiasi beberapa gumpalan awan putih yang tenang di tatapan mata. Begitu mendamaikan suasana langit pada ketika itu.

Jauh berbeza dengan keadaan di tanahnya.

Zap!

Darah merah terpalit mengenai wajah, namun sedikitpun tidak menggentarkan jiwanya. Hayunan pedang diangkat tinggi sebelum dipacakkan tegak ke dada musuhnya. Darah merah lantas memancut keluar dan membasahi sebahagian wajah sekali lagi.

"Argh!"

"Hiyargh!"

Jeritan yang disahut laungan berbaur perit itu langsung tidak berhenti mengetuk gegendang telinganya. Suara-suara kesakitan terus-menerus menjadi irama buat dirinya yang turut sama bermandi darah. Sesungguhnya suasana itu sudah menjadi suatu kebiasaan buat dirinya.

Kesakitan dan darah sudah sebati dengan diri seorang Tuanku Arzelleon Eldean, dari dulu sehingga sekarang.

"Tuanku!"

Tuanku Arzel lantas menoleh dan terus mengundur saat hunusan pedang itu ingin menikam tepat matanya. Pedang bertemu pedang. Hunusan tajam saling bersilang di hadapan mata. Naik kakinya menendang dada lelaki berbaju besi itu sehingga akhirnya jatuh terbaring tubuh tersebut di atas lantai yang penuh dengan cecair merah likat.

"Tak! Jangan!"

Sap!

Hujung pedang tepat menerobos ke dalam kerongkongnya. Menenggelamkan segala bicara lelaki itu dalam kepedihan yang menyakitkan. Menggelupur nazak musuhnya itu saat pedangnya ditarik keluar bersama-sama darah yang memancut-mancut keluar dari belahan leher itu.

Diperhatikan saja nazak lelaki itu dengan dada yang laju mencari nafas. Akhirnya, kaku badan lelaki tadi sebelum jatuh tangannya menyembah lantai.

Menyedihkan.

"Tuanku."

Tuanku Arzel terus menoleh ke sisi. Wajah Arrenth menerpa mata sebelum tertancap matanya ke arah sekeliling. Tentera istana Kerajaan Chenderin sudah kesemuanya tumpas di tangan tentera seliaannya. Terbaring kaku di atas lantai yang hanyir dengan bauan ferum. Menjijikkan, namun ianya jelas membuktikan bahawa kemenangan kini berpihak kepada mereka.

Dan dia akan pastikan, kemenangan selamanya milik Adoria.

Itu janjinya.

"Tentera kita sudah dapatkan Raja Chenderin di dalam istana," ujar Arrenth selepas itu. Kelihatan lelaki itu juga sedang mencari semula detak nafas yang hilang iramanya. Bertarung dan berperang seharian suntuk memang benar-benar melelahkan mereka.

Namun, besar hasilnya.

"Mari dapatkan kepala lelaki tu." Tuanku Arzel bersuara dan bergerak ke arah Rome, kuda putih miliknya yang terletak tidak jauh dari mereka. Naik tangannya memegang tali kuda sebelum naik tubuh yang berbalut pakaian jeneral agung itu ke badan kudanya. Arrenth pula lantas memberikan isyarat kepada mereka yang lain untuk bersedia bergerak ke istana Kerajaan Chenderin sebelum dia turut mendekati kuda miliknya yang berada di sebelah Tuanku Arzel.

KAIROSWhere stories live. Discover now