Bab 24

756 157 8
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

    180 darjah berubah.

Hari yang seharusnya diisi dengan kemeriahan juga kegembiraan bertukar wajahnya sekelip mata. Suara tangisan jelas kedengaran di pintu telinga masing-masing yang berada di istana, berduka dengan kejadian yang menimpa mereka.

    Sasaran utama mereka ialah Tuanku Raja Raphello, dan bukannya pemerintah atau kerabat yang lain. Itu yang Tuanku Arzel pasti, kerana golongan diraja yang menganggotai kumpulan Tuanku Raja Raphello dan Tuanku Aydan tidak mati dibunuh musuh.

    Namun, kesemuanya cedera parah, termasuk Tuanku Aydan.

    "Tuanku." Suara Arrenth menyeru namanya mengetuk gegendang telinga. Tuanku Arzel lantas menoleh ke belakang. Kelihatan lelaki itu sudah menyalin pakaiannya, serba hitam. Sama seperti dia.

    "Tuanku baik-baik sahaja?" soal Arrenth selepas itu.

Sejak mereka pulang ke istana selepas kejadian pagi tadi, lelaki itu hanya membisu dan terus berlalu ke kamar tidurnya. Sehingga langit bertukar petang, dia masih di sini. Berdiri menghadap pintu jendela kamarnya, seakan-akan sedang menikmati angin petang yang terasa dingin ketika itu.

    "Beta baik-baik saja, cuma... beta terkilan." Tuanku Arzel membalas sebelum keluhan berat dilepaskan. Lalu, dia memandang Arrenth kembali.

    "Kau pula? Apa kau baik-baik saja?" soal Tuanku Arzel pula. Lelaki itu juga kehilangan bapanya, dan barangkali wajah yang tampak tenang itu hanya sandiwara sahaja.

    Arrenth juga manusia. Punya jiwa dan perasaan.

    "Patik tidak akan menafikan yang patik juga terkilan seperti tuanku. Kejadian ini... berada di luar jangkaan sesiapa. Tiada seorang pun menyangka perkara ini akan berlaku hari ini," balas Arrenth sebelum tersenyum pahit.

    Lihat, lelaki ini juga terluka.

    Sepertinya.

    "Namun, Adoria memerlukan tuanku saat ini. Tuanku Raja Raphello sudah mangkat, Tuanku Aydan pula masih tidak menyedarkan dirinya. Jika patik juga lemah dan meratapi sesuatu yang mustahil akan kembali, bagaimana patik hendak menjadi tulang belakang tuanku dan bagaimana pula dengan tuanku?" Kata-kata Arrenth itu tidak dibalas oleh Tuanku Arzel.

    Sepi.

    "Tuanku sendiri pernah mengatakan kepada patik sebelum ini, menjadi barisan hadapan yang memperjuangkan Adoria dengan pedang, jangan pernah diletakkan harapan yang dimiliki sekarang akan kekal ada. Tuanku banyak kali menasihat patik untuk sentiasa bersedia dengan kehilangan, meskipun ianya kehilangan seorang insan yang paling besar maknanya dalam hidup."

KAIROSWhere stories live. Discover now