Bab 39

597 135 14
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

"Kau juga tahu apa jawapan aku jika kau bertanyakan soalan ini kepada aku, bukan?" soal Lutadias semula dan Azara hanya membisu. Wajah Lutadias saat itu langsung tidak dipandang. Hanya memandang ke arah lain, asalkan bukan wajah Lutadias.

Dia tahu sudah riak tegang yang terpapar di wajah itu.

"Aku tahu," balas Azara, ringkas.

"Kemudian?"

Azara melepaskan keluhan kecil sebelum menoleh ke arah Lutadias. "Kau rasa jika kita terus begini, kita dapat bertahan, kah?"

"Salah soalan itu, Azara. Kau rasa jika kau berdegil juga begini, kau dapat bertahan, kah?" Lutadias menyoal semula dan Azara mengetap giginya. Menahan rasa geram yang mula memenuhi ruang dada.

"Aku boleh jaga diri aku, Luta."

"Kau perempuan, Azara. Walau sehebat mana pun ilmu pertahanan diri yang kau ada, kau tidak akan mampu lawan kekuatan lelaki jika dia sudah buta dengan nafsu serakah!"

Azara terdiam serta-merta. Kelihatan benar-benar tegang wajah Lutadias saat itu, membuatkan Azara juga bagaikan hilang fikiran untuk bersuara. Dia tahu, lelaki di hadapannya ini masih terkesan dengan apa yang hampir berlaku dulu. Dia juga tahu, lelaki itu bimbang yang bukan kepalang.

"Aku faham niat baik kau untuk tolong ringankan beban aku, tapi tolonglah, Azara... kalau ada apa-apa yang jadi pada kau, aku rasa aku tak dapat maafkan diri aku." Lutadias berkata lagi. Tergeleng perlahan kepalanya.

Azara hanya diam membisu.

"Maafkan aku, Azara. Aku tetap tak benarkan kau keluar cari kerja macam dulu lagi. Kau pun tahu, kerja-kerja kosong yang ada semuanya cuma kerja yang patutnya golongan lelaki macam aku yang buat. Kalau kau yang kerja, kawan sekerja kau semuanya lelaki dan itu... aku tak nak benda itu betul-betul terjadi pada kau. Kalau ianya berlaku, aku tak akan teragak-agak untuk penggal kepala lelaki yang rosakkan kau," sambung Lutadias selepas itu.

"Jadi... aku kena buat apa? Tengok saja kau berpenat lelah cari duit untuk kita semua? Lihat saja ibu dengan adik-adik kita begitu? Kau faham tak rasa serba salah aku, Luta? Aku rasa aku tak ada guna hidup di muka bumi jika tiada apa-apa yang aku lakukan untuk kau semua," pujuk Azara lagi. Sudah tidak tegar lagi dirinya melihat kesengsaraan yang sedang mereka alami.

Hari demi hari, kehidupan mereka semakin sempit. Tertekan dengan ketiadaan makanan untuk dijamah. Dengan keadaan Zaen yang tidak sihat begitu, pastinya mereka memerlukan makanan yang lebih sihat dan berkhasiat untuk diberikan kepada Zaen. Bukannya ubi lenyek yang ditambah air.

"Walau apa-apa pun yang kau katakan, aku tetap tak akan benarkan kau bekerja jika ada ramai lelaki, Azara." Lutadias berkata. Semakin tegas nadanya dengan mata yang tajam memandang Azara. Namun, langsung tidak membuatkan gadis itu gentar.

KAIROSWhere stories live. Discover now