Bab 41

611 129 26
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

Seperti yang dikatakan, pulang saja ke Adoria bersama-sama bala tenteranya, Tuanku Arzel akan terus ditunangkan dengan puteri Kerajaan Kimberlin. Katanya untuk menjimatkan masa dan tenaga memandangkan semua kerajaan di bawah naungan Empayar Adoria juga kerajaan yang menjalinkan hubungan baik dengan mereka sudah bertandang ke mari.

     Maka, perkahwinan Tuanku Aydan dengan Puteri Dehlia akan berlangsung minggu hadapan, dan dilaksanakan juga majlis pertunangan Tuanku Arzel dengan Puteri Ardelia.

Tuanku Arzel pula langsung tidak membantah. Hanya mengangguk dengan senyuman di wajah, bersetuju saja dengan kesemua cadangan Tuanku Aydan juga barisan aldrate dan menteri.

Entah mengapa, jiwanya terasa kosong. Hilang.

Dia merasakan seperti tidak mahu melakukan apa-apa. Sama ada pergi ke dewan balairung, atau ke La Seff, atau membuka helaian warkah dan laporan daripada semua aldrate dan menteri, dia seakan-akan hilang jiwa untuk melakukan segala-galanya.

Dia cuma rasa ingin... duduk. Berdiam diri. Tak melakukan apa-apa.

Apa masalah engkau sekarang ini, Arzel? Ini bukan engkau. Kau tak pernah sekosong ini selama ini. Tak pernah, walau sekali.

Kenapa dengan kau, Arzel? Mana jiwa kau? Mana hati kau? Semangat kau juga, di mana?

Sirna. Semua itu hilang dari dirinya.

"Tuanku." Seruan Arrenth itu menyedarkan semula Tuanku Arzel. Wajahnya diangkat dan menoleh ke arah kesemua mereka. Raja Charles, Puteri Ardelia dan juga Tuanku Aydan ada bersama, memandang dirinya yang tadi hilang dalam dunia sendiri.

"Adinda, adinda tak apa-apa? Mengapa tuanku berdiam diri sejak pulang dari peperangan dengan Puak Heskin?" Tuanku Aydan menyoal selepas itu. Wajahnya terbias bimbang dengan kerutan halus di dahi. Kelihatan Raja Charles juga terlihat risau akan dirinya.

Tuanku Arzel tersenyum selepas itu. "Maafkan adinda kerana termenung jauh sehingga tidak sedar akan kehadiran kalian. Usah bimbang, adinda tak apa-apa."

Adinda cuma... mahu hilang.

Ya, dia mahu hilang dan pergi. Merehatkan diri untuk mencari semula hati dan juga dirinya yang hilang. Namun, adakah ini keputusan yang betul dia untuk lakukan?

Namun, jika dia menidakkan juga, adakah itu baik untuknya?

Sungguh, Tuanku Arzel rasa tak tenang. Tersepit di antara dua pilihan yang dia sendiri tidak tahu, mana satu yang lebih baik untuk diambil.

"Kakanda, boleh adinda berbicara sebentar dengan kakanda? Adinda punya perkara yang ingin dibincangkan." Tuanku Arzel berkata selepas itu. Kelihatan dahi Tuanku Aydan kembali berkerut. Fikirannya diburu tanda soal apabila lelaki ini berkata begitu, namun tidak ditolak. Lantas saja kepalanya mengangguk kecil.

KAIROSWhere stories live. Discover now