Bab 12

966 196 6
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

Jauh Tuanku Arzel tenggelam dalam lamunannya.

"Tidak wujud istilah kerajaan yang baik dalam dunia ini. Walau selembut mana pun pemerintahnya, pasti ada darah yang tertumpah, pasti ada air mata yang melimpah. Jika bukan rajanya, maka rakyatnya. Salah satunya mesti akan terluka."

"Jika baik pemerintahnya, memahami perasaan dan derita rakyat lalu dilakukan segalanya bagi rakyat tersebut, maka durjanalah bagi dirinya kerana banyak masanya akan tertanam untuk rakyat, bukan untuk dirinya sendiri juga untuk keluarganya."

Mengapa... mereka berkata sedemikian?

"Tak dinafikan pemerintah itu akan disayangi rakyat. Bergunung keringatnya demi rakyat semua. Siang dan malamnya dihabiskan dengan memikirkan hal ehwal penghuni tanahnya, dan sesungguhnya perkara itu memang sebuah rahmah buat rakyat negara. Akan tetapi, ianya akan menjadi sebuah tekanan buat sang raja baik itu tadi."

Plap!

Batu di tangan dicampak ke dalam air. Gelora kecil yang berlalu lembut di permukaan air diperhatikan dan ditatap lama dengan fikiran yang jauh menerawang teringatkan kata-kata Tuan Jim sebentar tadi.

"Jadi, hanya ada dua pilihan. Jadi raja yang baik, dan rakyat tenteram sementara raja pula tenggelam...." Tuanku Arzel mencampakkan batu itu sekali lagi.

Plap!

"... atau menjadi raja yang zalim, dan rakyat terbenam sementara raja pula enak bersemayam." Lalu, dia membisu selepas itu.

Entah kenapa terasa begitu dalam sekali bicara Tuan Jim meninggalkan kesan bagi dirinya.

Benar kata Tuan Jim. Tidak ada istilah kerajaan yang baik di dalam dunia ini. Raja yang baik akan dimamah dalam diam sementara rakyatnya hidup senang, dan raja yang zalim pula akan diselubungi mewah sementara rakyatnya dicengkam susah. Pasti akan ada pihak yang tersakiti dalam apa-apa jua pilihan yang dilakukan.

Tapi, bagaimana jika dia mampu mengubahnya suatu hari nanti?

Bagaimana jika dia boleh buktikan kepada Tuan Jim, Tuan Aleph dan Tuan Riq bahawasanya kata-kata mereka itu salah sebenarnya?

Patutkah dia mencubanya?

Tapi, bagaimana?

Dengan merampas takhta?

Prak!

Tuanku Arzel tersentak sebelum menoleh ke belakang. Figura Azara yang jatuh terduduk dengan beberapa batang kayu berselerakan di sekitarnya itu menerpa mata. Gadis itu juga kelihatan tersentak melihat dirinya di sini.

KAIROSWhere stories live. Discover now