Bab 53

789 152 46
                                    

•••••

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

•••••

"Sudah lebih tujuh hari berlalu, dan mustahil Tuanku Arzel masih ada di dalam Adoria, tuanku." Kata-kata Aldrate Winse itu lantas membuatkan Tuanku Aydan mengetap erat rahangnya. Rasa yang membuak-buak dalam dada ditahan sebaik mungkin.

Selagi lelaki itu tidak dia miliki kepalanya, selagi itu duduknya tidak tenang di atas takhta.

"Jadi, dia sudah keluar dari sini sebelum sempat kita arahkan semua pintu gerbang diketatkan peraturan keluar masuknya?" soal Tuanku Aydan dan dibalas dengan anggukan kesemua mereka.

"Barangkali ya, tuanku. Kerana tiada seorang pun melihat kelibatnya," balas Aldrate Winse dan Tuanku Aydan mendengus kasar. Dalam diam, jiwanya digigit resah memikirkan lelaki itu masih bernafas di muka bumi ini. Bila-bila sahaja lelaki itu boleh kembali dan tak mustahil dia akan kembali semula dengan lebih kuat berbanding sekarang, kerana lelaki itu sudah tahu kesemua rahsianya.

"Ke mana agaknya pengkhianat itu melarikan diri?" Soalan itu terbit di bibir Tuanku Aydan, namun tiada seorang pun yang berani menjawabnya dengan jawapan yang pasti. Otak lelaki itu bijak dan dirinya juga handal dalam banyak perkara. Tak hairanlah lelaki itu berjaya keluar melarikan diri tanpa sesiapa pun tahu atau perasan akannya.

"Tuanku."

Tuanku Aydan mengangkat wajah, memandang ke arah Aldrate Watz. Kelihatan lelaki itu mengambil selangkah ke hadapan, keluar daripada barisannya untuk menyampaikan suatu perkara kepada ahli dewan.

"Ya, Aldrate Watz. Apa yang ingin kau sampaikan?" soal Tuanku Aydan selepas itu.

"Terima kasih, tuanku. Patik di sini ingin mengusulkan supaya kita menghentikan seketika perancangan untuk mencari Tuanku Arzel." Kata-kata Aldrate Watz itu tak semena-mena mengundang perubahan riak wajah Tuanku Aydan.

"Hal ini demikian kerana, berita kemangkatan Permaisuri Dehlia masih belum menghilang dari pintu istana dan seluruh Adoria berduka cita dengannya. Tak cukup dengan itu pula, kemangkatan tuanku permaisuri juga sudah mengakibatkan Ratu Herendith, iaitu ibu mentua tuanku jatuh gering. Khabarnya sehingga sekarang masih belum menyedarkan diri. Masalah yang berlaku di bahagian utara Adoria juga masih belum menemui jalan penyelesaiannya, tuanku. Patik bimbang jika kita terlalu menumpu pada usaha untuk mencari Tuanku Arzel, ianya akan semakin menjejaskan kita semua. Disebabkan itulah, patik mencadangkan supaya kita menghentikannya terlebih dahulu." Panjang lebar Aldrate Watz berkata.

Namun, Tuanku Aydan langsung tidak membalas apa-apa. Aldrate Watz dan yang lainnya mula diburu hairan. Perlahan-lahan Aldrate Watz memandang ke arah Tuanku Aydan. Wajah lelaki yang duduk di atas takhtanya itu jelas terlihat tegang. Matanya menajam.

"Tu... tuanku?"

"Adakah kau berpihak dengan pengkhianat itu, Aldrate Watz?" Soalan Tuanku Aydan itu langsung membuatkan Aldrate Watz terbuntang matanya.

KAIROSNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ