Bab 40

753 144 8
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

"Jadi, Elgann Cendero itu sudah membunuh Elgann Mavrin dan Elgann Hesst untuk rampas takhta?" Soalan Tuanku Arzel itu dibalas dengan anggukan oleh Elganni Tselvia, isteri kepada Elgann Mavrin yang sudah dipenjara selama berbulan-bulan yang lepas. Air mata di wajahnya yang comot dengan carikan luka dan calar dikesat perlahan.

"Dan patik juga yang mencabar lelaki itu supaya menyerang Adoria. Patik mengatakan, tindakan dia membunuh suami dan Elgann Hesst tidak membuktikan bahawa dia seorang pahlawan yang hebat selagi dia tidak berjaya menyerang Adoria. Elgann Cendero itu... pantang dicabar, sombong dan bencikan hinaan. Patik yakin, dengan membuatkan dia berang begitu akan menumpaskan dia secara halus," ujar Elganni Tselvia sebelum tersenyum kecil. Kepala diangkat memandang ke arah Tuanku Arzel.

"Dan ternyata, doa seorang wanita yang dianiaya dan seorang ibu yang baru kehilangan anaknya bukan sahaja didengari Tuhan, malah dikabulkan seperti apa yang diminta. Elgann tak guna itu tumpas di tangan Tuanku Arzelleon yang mulia," tambah Elganni Tselvia selepas itu dan Tuanku Arzel hanya berdiam diri.

Demi takhta, dibutakan mata sehingga ditamatkan riwayat kerabatnya. Manusia memang gila.

"Kau tidak menyesal?" Tuanku Arzel menyoal kemudiannya, memandang ke arah Elganni Tselvia. "Selepas ini, tanah Puak Heskin ini akan menjadi milik Adoria. Kau bakal kehilangan ketuanan kau di tanah sendiri. Kau tidak menyesal untuk itu?"

Elganni Tselvia membisu. Buat beberapa ketika, hanya kesepian menemani mereka yang berada di dalam bangunan istana Puak Heskin. Meski ditemani beberapa orang tentera Adoria seperti Arrenth juga pengiring dari Puak Heskin, namun tiada seorang pun yang bersuara.

"Bercakap mengenai ketuanan ke atas tanah Puak Heskin, pastinya patik berduka kerana bakal kehilangan harta yang besar maknanya." Elganni Tselvia berbicara setelah lama membisu. Lalu, kepala diangkat memandang semula ke arah Tuanku Arzel. "Namun, untuk kehilangan rakyat jelata berbanding tanah dan harta pusaka, patik lebih terkilan andai rakyat patik yang menjadi galang gantinya."

Dahi Tuanku Arzel berkerut halus. Namun, dia memilih untuk berdiam diri. Membiarkan wanita itu terus berbicara.

"Setelah lama patik melabuhkan duduk sebagai seorang ratu Elganni, patik mempelajari bahawasanya negara itu bukan berdiri kerana tanahnya, namun kerana rakyat marhaennya. Tanah yang subur tidak menjamin apa-apa jika rakyat yang menapak di atas tanah itu layu dan kuyu. Yang seharusnya dipelihara, dijaga dan dicinta ialah rakyat bangsa, bukannya tanah dan harta." Elganni Tselvia menyambung.

"Baru beberapa bulan Elganni Cendero merampas takhta, berbagai-bagai masalah timbul melibatkan Puak Heskin. Kehidupan puak ini semakin teruk dari hari ke hari, dan patik tahu kesemua itu meski patik duduk meringkuk di dalam penjara. Masalah sumber makanan, tenaga tentera, malah dari segi pentadbiran juga mula menunjukkan tanda untuk hancur lebur. Jika terus dibiarkan, Puak Heskin sendiri akan mati kerana orang dalamnya sendiri. Itu jauh lebih teruk dan hina daripada jatuh tumpas kerana berperang dengan musuh. Tumpas kerana silap sendiri, jatuhlah maruah puak kami nanti."

KAIROSWhere stories live. Discover now