Bab 29

660 139 1
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

Mereka hilang jejak perempuan tersebut. Tidak ditemui pun gadis yang membawa dulang ke dalam ruang La Seff kepada Tuanku Arzel semalam meski sudah semalaman mereka cuba mencari. Tiada juga dilaporkan ada sesiapa keluar masuk dari setiap pintu yang ada di sekeliling istana.

Sah, andaian Tuanku Arzel itu tepat.

"Apa tuanku ingin kita lakukan pemeriksaan kepada setiap warga istana, tuanku?" soal Arrenth kepada Tuanku Arzel yang berjalan menuju ke pintu utama balairung istana. Riak wajah lelaki itu masih tampak keruh, berkerut halus dengan pelbagai perkara bermain dalam ruang fikiran.

"Jika kita berbuat demikian, kita hanya akan membuang masa yang berharga, Arrenth. Beta punya urusan mustahak lain yang perlu dilakukan dan diselesaikan segera. Lagipun, untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh akan memakan masa yang panjang dan sudah tentu fokus kita semua akan terganggu. Jika ada serangan dilaporkan di mana-mana bahagian Adoria, kita akan goyah," balas Tuanku Arzel selepas itu.

"Namun begitu, soal nyawa tuanku juga ialah soal yang penting, tuanku. Jika ada apa-apa berlaku kepada tuanku sebelum Tuanku Mahkota Aydan menyedarkan diri, siapa yang akan menggantikan tuanku?" soal Arrenth semula dan tidak dibalas apa-apa oleh Tuanku Arzel.

"Beta perlu lebih berjaga-jaga. Selepas ini, mana-mana santapan yang dihidangkan kepada beta, seorang daripada pekerja mereka perlu merasa makanan tersebut terlebih dahulu sebelum diberikan kepada beta dan beta tak mahu hidangan itu disediakan oleh orang yang berbeza. Nanti beta akan pilih sendiri siapa orang-orang yang akan beta pilih menyediakan santapan beta. Sampaikan itu kepada Ketua Ellova," ujar Tuanku Arzel dan tidak diendahkan kata-kata Arrenth.

Meski berat, Arrenth menurut jua. "Patik menurut perintah, tuanku."

Akhirnya, mereka tiba ke tempat yang dituju. Satu demi satu anak tangga dituruni, menuju ke arah raja Kerajaan Chenderin dan Kerajaan Kimberlin yang sedang bersiap untuk berangkat pergi. Apabila menyedari kehadiran Tuanku Arzel, terus saja mereka menunduk hormat.

"Salam sejahtera, tuanku." Salam diberikan dan Tuanku Arzel tersenyum kecil.

"Maafkan beta kerana terlewat. Hampir-hampir saja beta terlepas untuk menghantar kepulangan kalian," ucap Tuanku Arzel selepas itu. Terlalu khusyuk dengan perkara yang terjadi semalam, membuatkan hampir seluruh fikirannya hanya diisi dengan itu sahaja.

"Tidak mengapa, tuanku. Kami faham yang tuanku lebih sibuk dengan urusan yang lebih penting. Dapat melihat tuanku di sini menghantar kepulangan kami sudah menjadi hadiah yang besar untuk kami," ujar Raja Hellen selepas itu. Disokong dengan anggukan Raja Charles.

"Kami juga dengar desas-desus yang tuanku hampir ditimpa malang kerana kerja terkutuk seorang pekerja istana yang cuba meracuni tuanku. Apa tuanku baik-baik sahaja?" soal Raja Charles selepas itu. Berita itu sememangnya mengejutkan mereka yang mendengar akannya. Dengan rela hati akan dia batalkan niatnya untuk pulang hari ini jika Tuanku Arzel memerlukan bantuan untuk mencari pelaku tersebut.

KAIROSWhere stories live. Discover now