Bab 13

1K 159 0
                                    

••••

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

••••

"Akar yang layu bakal menjatuhkan pohonnya. Selagi mampu dan selagi daya, kita kena pertahankan segala yang dinaungi pohon itu daripada ditimpa apa-apa, sama ada ditimpa batang pohon itu sendiri, atau mungkin terik matahari atau mungkin juga titisan hujan."

Segala yang dinaungi pohon itu.

Rakyat.

"Kita cuma ada dua pilihan, iaitu kita kuatkan semula akar itu atau kita buang dan ganti terus dengan pohon yang baru, Kai. Cuma dua pilihan."

Rakyat yang sudah jatuh berkeringat demi memberikan nikmat kepada dia dan kerabat.

"Keadilan... hanya itu yang kami mahu. Bukannya dikerah dan diperah bagai tiada hari esok untuk mencari nafkah. Penat sudah aku melihat golongan setaraf aku diperlakukan begini, Kai. Aku yakin, bukan di Bellin sahaja masalah ini berlaku."

Setelah apa yang mereka berikan kepada golongan bangsawan dan atasan, inikah yang mereka dapat?

Sebuah ketidakadilan? Suatu penyelewengan dan penindasan?

Apa benar mereka semua sudah diperlakukan kejam atau mereka hanya mencemburui segala kemewahan yang dimiliki orang-orang bangsawan?

"Ya, Evin namanya dan mereka memang suka cari masalah dan ambil duit orang sesuka hati. Tak ada sesiapa berani laporkan ke pihak berkuasa kerana tak mahu Tuan Ellan membatalkan kebenaran mereka untuk berlabuh dan mencari rezeki di laut."

Jawapannya jelas.

Mereka hanya membiarkan diri mereka dipijak kerana risau rezeki mereka akan terhalang. Biarkan saja mereka disakiti dan diperah semahu hati asalkan mereka dapat membawa sebutir nasi ke atas meja mereka di penghujung hari.

Keluhan kecil dilepaskan oleh Tuanku Arzel sebelum lelaki itu mengalihkan lengannya yang menutup dahi. Siling kamarnya yang berukiran indah dengan hasil tangan pengukir negara itu ditatap kosong.

Matanya disajikan dengan ukiran halus siling kamarnya, sedangkan rakyatnya pula menatap bumbung pelepah yang bila-bila masa saja akan rebah.

Adilkah begitu?

Adilkah dia untuk menikmati kesemua nikmat ini sedangkan insan-insan yang sebenarnya telah memberikan kemewahan ini kepadanya pula hidup dalam kesusahan, kedaifan yang begitu memeritkan?

Adilkah begitu?

Gebar selimut diselak sebelum akhirnya dia keluar dari kamarnya. Langkah kaki dibuka melalui kaki lima istana dengan satu destinasi mengisi ruang fikirannya, tak lain tak bukan ialah bilik bacaannya.

Pintu ditolak setelah tombol dipulas. Saat dia melangkah masuk ke dalam, terhenti kejap derap kakinya di muka pintu apabila bertentang matanya dengan sepasang mata yang turut berada di dalam bilik bacaannya itu.

KAIROSजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें