Bab 9

1.1K 195 6
                                    

•••••

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

•••••

"Maksud tuanku... tuanku ingin tarikh tinjauan itu dicepatkan ke minggu ini dan tuanku juga ingin menggantikan tempat Olins dan Sien dengan nama tuanku dan juga Arrenth di daerah Bellin?" soal Ketua Illuin kepada Tuanku Arzel semula. Ingin memastikan dia tidak tersilap mendengar maklumat.

"Ya, itu yang beta inginkan." Tuanku Arzel membalas selepas itu dan membuatkan Arrenth di belakang melepaskan keluhan dalam diam. Berat jiwanya mendengar keputusan Tuanku Arzel kali ini. Sudah berkali-kali dia menasihati lelaki itu, namun bercakap dengan Tuanku Arzel umpama berbicara dengan dinding.

Keras nan utuh pendirian yang sudah dia terapkan dalam diri.

"Boleh kau lakukan itu, Ketua Illuin?" Soalan Tuanku Arzel itu dibalas oleh Ketua Illuin dengan tersenyum kecil sebelum mengangguk.

Sudah lama mereka saling kenal, dan dia sendiri pernah berada di bawah pimpinan Tuanku Arzel dalam beberapa peperangan dahulu. Tidak menjadi satu masalah besar untuk dia membalas jasa Tuanku Arzel dengan membantunya dalam perkara ini.

"Sudah tentu, Tuanku Tuanku Arzel. Jika ianya arahan daripada keluarga diraja sendiri, bagaimana mampu untuk kami mempersoalkannya?" Ketua Illuin membalas dan terus melakarkan segaris senyuman di wajah Tuanku Arzel. Lega dengan jawapan Ketua Illuin tersebut.

"Jika ada sesiapa tanya mengapa kau berbuat sedemikian, katakan sahaja yang jadual dirombak kerana ada masalah dalaman. Beta tak mahu sesiapa tahu yang beta dan Arrenth turut serta dalam perkara ini," ujar Tuanku Arzel sekali lagi dan dibalas dengan anggukan Ketua Illuin.

"Sesungguhnya patik juga berpendapat begitu, Tuanku Tuanku Arzel. Sejujurnya, patik memang hendak membawa usul ini dalam perbincangan memandangkan sekarang tentera kita tidak terbeban dengan tugasan lain seperti turun padang untuk berperang, namun patik masih belum jumpa masa yang sesuai."

"Nampaknya, kehadiran tuanku dan memberitahu perkara ini seakan-akan satu jawapan daripada Tuhan untuk permintaan patik itu," sambung Ketua Illuin selepas itu. Berhari-hari sudah dia menimbang baik perkara itu, dan sekarang titik noktahnya sudah dia temui untuk tanda soalnya.

"Beta berbesar hati dapat membantu, Ketua Illuin." Kata-kata Tuanku Arzel itu dibalas dengan senyuman Ketua Illuin.

"Tapi, Tuanku... boleh patik tahu mengapa Tuanku memilih untuk turun membuat tinjauan tahunan ke Bellin?" soal Ketua Illuin selepas itu. Besar tanda soalnya apabila Tuanku Arzel mengatakan dia ingin turun ke Bellin, menggantikan dua orang askar yang sepatutnya menjadi pegawai yang turun ke sana.

Ini bukan kali pertama Tuanku Arzel dan Arrenth turun membuat tinjuan, bahkan merekalah orang atasan yang selalu turun padang untuk perkara-perkara begini. Cumanya kali ini dia berasa hairan kerana Tuanku Arzel sendiri memilih kawasan yang dia inginkan, berbanding sebelumnya yang dia hanya menurut sahaja mana-mana tempat yang dia dan ketua lain jadualkan.

KAIROSDove le storie prendono vita. Scoprilo ora