Bab 20

895 164 9
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

"Haruskah kanda turun ke sana dengan keadaan kaki kanda belum sepenuhnya baik itu?" soal Ratu Belinda apabila melihat Raja Niall bersiap untuk turun ke padang latihan Diraja. Kelihatan lelaki menoleh dan tersenyum nipis.

"Tak mengapa, dinda. Kaki kanda baik-baik saja. Sudah beransur pulih dan sudah mampu menapak seperti biasa. Usahlah dinda bimbang. Lagi pula, bukan selalu kanda dapat peluang untuk turun padang dengan Kakanda Arzel. Ajakan Kakanda Arzel itu mesti kanda penuhi, dinda. Untuk kanda lihat bagaimana lincahnya kakanda dinda yang seorang itu bermain pedang." Raja Niall membalas selepas itu.

"Sejujurnya, dinda risau hendak membiarkan kanda dengan Kakanda Arzel sahaja. Bagaimana jika kakanda mengapa-apakan kanda?" soal Ratu Belinda lagi. Terzahir riak menggambarkan betapa wanita tersebut berasa susah hati saat ini.

"Mengapa pula Kakanda Arzel hendak mengapa-apakan kanda?"

"Tidaklah, dinda cuma merasakan... Kakanda Arzel tidak punya hati perut. Jika kanda turun berlawan pedang dengan Kakanda Aydan, dinda tidak bimbang. Kakanda Aydan baik dan lebih mesra. Kakanda Arzel itu pula... ah, sukar untuk dinda mengungkapkan bimbang ini, kanda! Apabila ada pedang di tangannya, seakan-akan tiada peluang akan dia berikan walau siapa pun yang dilawan." Keluhan panjang dilepaskan oleh wanita itu.

Jika dibenarkan, ingin dia turut sama turun dengan si suami untuk ke sana. Namun apakan daya, dia tidak punya urusan mustahak untuk ke sana juga.

"Berehatlah, dinda. Barangkali dinda terlalu letih hari ini, sehingga dinda berfikir terlalu jauh. Rehatlah, ya? Kanda mampu menjaga diri beta. Jika tidak, masakan kanda mampu menjaga dinda dalam jiwa kanda, bukan?" Kata-kata Raja Niall itu membuatkan Ratu Belinda tertawa halus.

Raja Niall tersenyum saja sebelum dahi si isteri dikucup lembut. "Kanda pergi dahulu, ya? Kanda akan pulang semula sebelum senja."

"Jaga diri baik-baik, kanda," ucap Ratu Belinda dan Raja Niall mengangguk kecil. Akhirnya, lelaki itu berlalu keluar dari kamar tersebut dan orang kanannya yang sudah menanti sejak tadi terus mengekori.

"Tuanku benar-benar ingin turun ke padang sana?" soal Edwart sambil langkahnya dibuka laju mengiringi Raja Niall. Kelihatan lelaki itu sedang membetulkan kancing bajunya sebelum menoleh.

"Sudah tentu. Mengapa semua orang mempersoal beta saat ini? Apa beta tidak layak untuk beradu dengan Kakanda Arzel, kah?" Berkerut halus dahi Raja Niall saat itu. Hairan mengapa isteri tadi seakan-akan menghalang, dan kini orang kanannya pula menyoal.

"Bukan begitu, tuanku. Namun, patik risau jika... Tuanku Arzel dapat menghidu yang tuanku sebenarnya a..."

Raja Niall menghentikan langkah dan menoleh ke arah Edwart. Renungan mata lelaki tersebut membuatkan Edwart terus menundukkan kepalanya.

KAIROSWhere stories live. Discover now