Bab 35

736 140 2
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

"Tuanku Arzel." Namanya diseru dan Tuanku Arzel mengangkat wajahnya sekilas ke arah Arrenth.

"Adakah kau menyeru beta untuk bertanyakan bila beta ingin beristirahat?" soal Tuanku Arzel selepas itu. Sudah dapat dia lihat soalan itu hanya dengan riak di wajah Arrenth. Malam sudah semakin lewat, dan mungkin juga sudah menginjak waktu awal pagi.

Namun dirinya masih di sini, di La Seff.

"Anggaran patik, sudah lama tuanku tidak melelapkan mata seperti dahulu. Jikalau dahulu, tuanku pasti akan merehatkan diri tuanku jika sudah mula menginjak waktu tengah malam. Patik bimbang, tuanku bakal jatuh gering andainya terus begini," ujar Arrenth kepadanya.

"Itu semasa beta masih bergelar 'putera', Arrenth. Kini beta memegang takhta yang lebih besar, malah paling besar. Apa kau merasakan beta punya masa untuk melelapkan mata jika di luar sana terdapat rakyat beta yang terseksa dan menderita? Isu pemberontakan di wilayah barat daya Adoria juga masih belum menemui titik noktahnya. Sehingga kini beta merasa susah hati, Arrenth." Tuanku Arzel membalas.

"Ya, tuanku. Patik faham akan perasaan tuanku, namun kesihatan tuanku juga harus diutamakan. Jika tuanku jatuh gering, Adoria juga akan berdepan masalah yang jauh lebih besar. Bagaimana kapal ingin berlayar di lautan jika bukan tuan nakhodanya yang menjadi mata untuk memandang ke hadapan?" Arrenth menjawab selepas itu. Masih tidak mahu mengalah, meski dia tahu tekad lelaki ini seteguh akar pohon yang mencengkam tanah.

Saat itu, Tuanku Arzel berdiam diri. Kata-kata Arrenth itu membuatkan fikirannya menerawang memikirkan sesuatu. Lalu, jatuh matanya ke arah warkah di dalam tangan.

"Arrenth."

"Patik, tuanku."

"Jika nakhoda yang menjadi mata, maka siapa akan menjadi tangan? Siapa pula menjadi kaki?" soal Tuanku Arzel dan memandang semula ke arah Arrenth. Dahi lelaki itu tampak berkerut halus, tidak memahami maksud di sebalik kata-kata Tuanku Arzel ini tadi.

"Beta cuma terfikir... apakah cukup jika matanya sahaja yang bijak mengambil tindakan apa yang harus dilakukan? Adakah cukup hanya dengan mata sahaja untuk menggerakkan layar kapal dan merentasi lautan yang penuh dengan deruan ombak?" soal Tuanku Arzel sekali lagi.

"Maksud tuanku, tuanku ingin 'tangan' dan 'kaki' itu juga bijak mengambil langkah seterusnya?" tanya Arrenth untuk mendapatkan kepastian.

"Apa pandangan kau jika beta memerintahkan Adoria untuk menyediakan keperluan pendidikan kepada seluruh rakyatnya?" Soalan Tuanku Arzel itu membuatkan Arrenth terkedu kejap. Melihat riak wajah Tuanku Arzel yang serius ketika itu membuatkan Arrenth tahu yang lelaki ini mula menanam tekadnya dalam jiwa.

"Sudah tentu ianya rancangan yang baik, tuanku. Jika matanya ialah tuanku, maka tangannya pula ialah barisan menteri dan aldrate Adoria, maka sudah tentu kakinya ialah rakyat Adoria seluruhnya. Tidak akan ada gunanya mata dan tangan tanpa kaki yang akan membawa mereka untuk terus melangkah," balas Arrenth dan Tuanku Arzel tersenyum nipis.

KAIROSWhere stories live. Discover now