Bab 19

799 171 1
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

"Kau pun. Jangan lupakan aku."

Dalam tidak sedar, Tuanku Arzel mengukirkan segaris senyuman. Lenanya malam tadi sungguh tenang, dan tidak terganggu seperti sebelum ini. Sungguh, malamnya terasa begitu lapang setelah dia meluangkan masa dengan gadis itu.

Seperti yang dia sendiri katakan, fikirannya lapang bila bersama gadis tersebut. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

"Salam sejahtera, Tuanku Arzel."

Tuanku Arzel tersedar kembali dan lantas menoleh. Kelihatan Jeeno dan Remy mendekati dirinya. Barangkali untuk mengiringinya menuju ke ruang kerja.

"Di mana Arrenth?" soal Tuanku Arzel hairan. Pelik kerana lelaki itu tiada semasa dia bersiap di kamarnya pagi tadi, sedangkan sebelum ini itu ialah rutin wajibnya. Apabila dia tiba di jabatan ini juga, kelibat Arrenth langsung tidak kelihatan.

"Tuan Arrenth berada di ruang kerja tuanku barangkali, dan menunggu tuanku di situ. Tadi patik ternampak dia bergegas naik ke atas tadi. Mungkin menganggap yang tuanku sudah berada di ruang kerja tuanku." Jeeno membalas dan Tuanku Arzel mengangguk faham.

Hari ini, Tuanku Arzel terlewat bangunnya.

Ah, ini sungguh aneh! Kenapa dan bagaimana dia boleh terlajak tidur sehingga matahari sudah mula bersinar tadi? Sudahlah hari ini masih ada majlis yang perlu dia hadiri. Nasib saja majlis itu hanya berlangsung sehingga tengahari nanti.

Akhirnya, Tuanku Arzel melangkah masuk ke dalam ruang kerjanya dan kelihatan Arrenth sudah menunggu di dalam. Lelaki itu terus bangkit dan menunduk hormat.

"Salam sejahtera, tuanku. Patik menunggu di sini untuk melaporkan beberapa perkara, namun tuanku masih belum tiba lagi." Arrenth berkata selepas itu dan Tuanku Arzel mengambil tempat di kerusinya.

"Beta terlewat sedikit hari ini kerana malam semalam beta agak penat. Teruskan. Ada apa-apa perkembangan mengenai kejadian semalam?" Tuanku Arzel menyoal. Ketiga-tiga mereka sudah berdiri di hadapan mejanya.

"Kesemua ahli kumpulan tuanku sudah patik bertiga periksa, dan mereka tidak berada di sini semalam. Semuanya bertugas di majlis keramaian di balairung istana dan tidak ada seorang pun mempunyai masalah pada fizikal mereka." Arrenth mula memberikan laporan.

"Mereka semua juga bergerak dan bertugas dalam kumpulan semalam, jadi mereka ialah saksi sesama mereka satu sama lain. Tentera lain juga menjadi saksi mereka semua ada di sana sepanjang hari," tambah Jeeno dan Tuanku Arzel membisu sekejap. Tanpa sedar, jemari lelaki itu berdetak mengetuk permukaan meja.

Berfikir.

"Dapatkan senarai semua tentera yang bertugas semalam, dan buat pemeriksaan pada kesemua mereka secara berperingkat. Ada yang perlu bertugas di balairung istana lagi hari ini, dan beta juga tak mahu ada kekacauan lain sepanjang minggu ini. Jaga nama baik Adoria, dan lakukan ini dalam keadaan tertutup." Tuanku Arzel berkata dan mereka mengangguk faham.

KAIROSWhere stories live. Discover now