Bab 30

745 156 9
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

"Indah sungguh dekorasi istana ini, Tuanku Arzel. Tidak mampu mata patik berpaling ke arah lain apabila sudah melihat keindahan istana ini," ujar Sayyid Uthman kepada Tuanku Arzel yang berjalan di hadapan. Mereka dalam perjalanan menuju ke Lavivea, ruang minum yang terletak menghadap ke Taman Aurelia yang terkenal dengan keindahan hijau dan bungaannya.

Setelah rombongan Sayyid Uthman menghadap Tuanku Arzel di balairung tadi, lantas saja dijemput oleh Tuanku Arzel untuk bersantap dan berbual di situ. Sungguh, layanan yang mereka terima jauh daripada apa yang disangka.

Tuanku Arzel tersenyum nipis ke arahnya. "Terima kasih, Sayyid Uthman. Untuk pengetahuan tuan, mata beta juga tidak mampu berpaling ke arah lain meski sudah bertahun-tahun beta berada di sini. Beta terlintas, bagaimana rupanya istana Kerajaan Al-Qaaid yang berdiri jauh lebih lama berbanding empayar keturunan beta ini? Barangkali sejuta kali lebih jauh daripada apa yang beta bayangkan."

Sayyid Uthman membalas senyuman tersebut. "Patik juga tidak dapat menentukan kediaman diraja siapa yang lebih indah, tuanku. Kedua-duanya cukup indah di tatapan mata dengan dekorasi dan kemewahannya yang saling lengkap-melengkapi. Maafkan patik kerana tidak berjaya menentukan yang mana satukah lebih memukau mata."

Kedengaran Tuanku Arzel melepaskan tawa halusnya. Lembut menyusup suara lelaki tersebut menghamburkan gelak yang jarang sekali menjadi halwa telinga.

"Nampaknya, suatu hari nanti beta perlu berkunjung ke sana untuk melihat pula bagaimana indahnya istana kalian." Tuanku Arzel berkata selepas itu.

"Kehadiran tuanku akan kami sambut umpama hadirnya bulan dan bintang di langit malam." Sayyid Uthman membalas dan Tuanku Arzel tersenyum sahaja. Bijak lelaki ini berkata-kata meski susunan aksara terlihat biasa sahaja.

Namun, kata-katanya bagaikan penuh dengan sesuatu yang membuatkan ia kedengaran lembut di telinga.

Akhirnya, mereka tiba di ruang yang dituju. Kelihatan dayang-dayang istana sudah lama menanti kehadiran mereka. Lantas, kerusi yang disediakan di situ diisi oleh mereka semua dan pemandangan indah Taman Aurelia di sebelah mereka menjadi tatapan mata. Suasana yang redup saat ini menambahkan lagi ketenangan di waktu pagi ini.

"Silakan, Sayyid Uthman. Daun teh ini berasal daripada Adoria sendiri. Sedap diminum ketika ia masih beruap halus. Jika sudah sejuk, manisnya akan berkurang. Silakan, yang lain juga," ujar Tuanku Arzel dan menjemput rombongan Sayyid Uthman berserta barisan Aldrate untuk menikmati teh yang dihidangkan. Tampaknya rombongan Sayyid Uthman itu terpegun dengan rasa teh mereka.

"Harum sungguh baunya, Tuanku Arzel. Rasanya juga manis dan sedap," puji Sayyid Uthman selepas itu. Wajahnya tampak cerah, suka dengan teh yang dihidangkan itu.

"Sudah tentu, Sayyid Uthman. Adoria sangat-sangat menitikberatkan daun teh yang ditanam. Dijaga rapi dan dipetik apabila tiba masanya untuk dinikmati pada waktu petang begini. Kualitinya terjaga kerana pokoknya ditanam di dalam kawasan istana sahaja." Tuanku Arzel membalas dan kelihatan Sayyid Uthman mengangguk faham.

KAIROSWhere stories live. Discover now