Bab 51

680 137 22
                                    

•••••

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

•••••

Laju langkah Tuanku Aydan menuju ke kamar Tuanku Arzel. Berita yang baru sampai menyusup masuk ke telinganya tadi langsung melajukan detak jantung, seiring langkah yang dibuka. Berita mengenai kehilangan Permaisuri Dehlia pagi tadi sudah cukup mengejutkannya, dan kini mereka mengatakan ada bau hanyir darah dari kamar Tuanku Arzel?

Jangan kata yang lelaki itu membunuh dirinya sendiri. Gila! Mustahil lelaki itu akan berbuat begitu. Jika benar pun, di mana Arrenth yang sentiasa ada dengannya?

Aneh. Seakan-akan menghilang begitu sahaja.

Atau Arrenth yang membunuh lelaki itu?

Ah, sudahlah! Serabut fikirannya saat ini.

Kesemua barisan aldrate dan menteri terus menunduk hormat apabila figura Tuanku Aydan menyapa retina mata. Kelihatan wajah Tuanku Aydan mengeruh. Bauan hanyir itu semakin kuat menusuk rongga hidung.

"Sudah kalian lihat jasad siapa di bawah gebar selimut itu?" soal Tuanku Aydan.

"S... sudah, tuanku."

"Siapa? Adinda beta, kah?" soal Tuanku Aydan laju. Ingin dia tahu kebenarannya, kerana jika benar lelaki itu yang berada di bawah selimut maka, maka mudahlah urusan Tuanku Aydan. Pasti rahsia yang satu itu juga akan masih tersimpan dan terjaga.

"Bukan, tuanku."

Dahi Tuanku Aydan berkerut. "Jadi, siapa?"

"Itu... itu jasad Permaisuri Dehlia."

Tuanku Aydan bungkam. Langkah kaki terus berjalan masuk ke dalam kamar itu meski dihalang oleh kesemua mereka. Tidak diendahkan langsung kata-kata mereka dan tangannya terus menyelak gebar selimut itu. Ternganga besar maharaja itu.

Permaisuri Dehlia. Memang benar, ianya jasad isterinya.

"Tuanku..."

Tuanku Aydan buntu. Bibirnya lantas diketap erat. Seketika dia menoleh ke arah mereka semua yang tampak keruh wajahnya. Bagaikan menangisi pemergian ratu Adoria dengan kematian yang begitu sadis begini.

Dia juga harus bersedih, bukan? Ini jasad isterinya.

"D... Dehlia..." Jatuh lutut lelaki itu ke lantai. Perlahan tangan Tuanku Aydan menyentuh wajah Permaisuri Dehlia. Darah merah yang sudah mengering di dagu isterinya dikesat. Sejuk seluruh jasad tersebut saat disentuh.

"Dinda..." Ditarik tubuh itu ke dalam dakapannya. Dipeluk seerat mungkin dan mata terpejam rapat.

Haruskah kanda berterima kasih atau berduka, dinda?

"Tuanku Permaisuri sudah mangkat!" Aldrate Albenn berkata dan semua lantas menjatuhkan lutut mereka ke lantai. Diberikan penghormatan kepada jasad yang sudah tidak bernyawa itu. Suara tangisan dan ratapan mula bergema. Menzahirkan duka dan mendung kecewa.

KAIROSNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ