Bab 27

739 148 0
                                    

•••••

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

•••••

    "Bagaimana dengan keadaan Kakanda Aydan hari ini?" soal Tuanku Arzel sebelum menoleh ke sisi. Memandang ke arah Menteri Luis yang mengiringinya di belakang bersama-sama Arrenth dan juga Aldrate Winse menuju ke ruang kerja diraja.

    "Masih belum sedarkan diri, tuanku. Namun begitu, patik percaya yang Tuanku Mahkota Aydan akan sedar semula nanti. Keadaan fizikalnya sudah mulai memulih." Menteri Luis membalas dan dibalas dengan anggukan kepala Tuanku Arzel. Lalu, dia menoleh ke sisi kiri pula, memandang Aldrate Winse.

    "Aldrate Winse, beta mendapat berita daripada Aldrate Edrose yang beberapa kerajaan sudah mula berkemas untuk pulang. Sepanjang kau memerhatikan mereka selama ini, ada sesiapa yang terlihat mencurigakan?" soal Tuanku Arzel selepas itu.

    Hari ini juga, Kerajaan Leviance akan bergerak pulang ke tanah negara mereka. Kerajaan Kimberlin dan Kerajaan Chenderin pula akan pulang pada esok hari. Cuma sekarang, Kerajaan Herendith dan Kerajaan Filland belum memberikan apa-apa keputusan.

    "Setakat yang kami perhatikan, tiada yang mencurigakan seperti mana Raja Niall, tuanku." Aldrate Winse membalas dan Tuanku Arzel membisu selepas itu. Agak mustahil dalam kalangan mereka yang ramai itu tiada sesiapa yang mencurigakan.

    Jika benar pun begitu, maka serangan itu pasti dirancang oleh orang luar istana.

    Namun, mustahil orang luar istana boleh mengetahui gerak-geri dalam istana jika bukan orang di dalam istana sendiri yang membocorkan rahsianya.

    Semua orang mencurigakan saat ini.

    "Baik, terima kasih, Aldrate Winse dan Menteri Luis. Pulanglah ke ruang kerja kamu." Tuanku Arzel membalas dan kedua-dua mereka menunduk hormat. Lalu, dia figura itu berlalu meninggalkan Tuanku Arzel bersama-sama Arrenth.

    Akhirnya, Tuanku Arzel tiba di ruang kamar La Seff. Ruang untuk seorang raja memikirkan isu-isu negara dan membaca warkah dan laporan daripada para aldrate dan menteri. Balairung istana pula ialah tempat himpunan raja dan para aldrate juga menterinya untuk berbincang bersama-sama, namun hanya berkumpul setiap hari Isnin dan apabila perlu sahaja.

    "Salam sejahtera, Tuanku Arzel." Beberapa aldrate dan menteri yang menunggu di hadapan pintu ruang itu menyapa kehadiran Tuanku Arzel. Pastinya mereka menunggu raja mereka untuk menyampaikan beberapa hal mustahak.

    Tuanku Arzel hanya menunduk saja sebelum berlalu masuk ke dalam ruang tersebut. Pintu dibuka untuknya dan terus saja mata Tuanku Arzel disajikan pemandangan dewan indah. Tiang yang diukir halus tegak berpasak, menjadi kekuatan kepada ruang ini untuk berdiri. Rak-rak buku tersusun di sebelah kanan dewan, manakala sebelah kiri pula ialah ruang istirahat yang bersambung dengan balkoni berpintu kaca. Bertiupan halus langsir berwarna emas di situ ketika ini.

    "Hari ini, beta akan habiskan membaca kesemua warkah ini dan beta tak akan berganjak pergi selagi kesemua ini tidak beta habiskan." Tuanku Arzel berkata langkah kaki dibuka ke arah singgahsana di sana. Timbunan surat yang digulung dengan tali itu menjadi tekadnya hari ini. Dia tidak tahu pula sudah seminggu Tuanku Raja Raphello tidak membaca warkah laporan ini sebelum hari mangkatnya.

KAIROSOnde histórias criam vida. Descubra agora