Bab 49

654 131 19
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

"Kesemua pelatih yang tinggal hanya 11 orang setelah ditapis dan diuji seperti yang tuanku minta. Mereka yang sudah dikeluarkan pula sudah dipindahkan ke jabatan lain dan diberikan tugas lain, namun ada sebahagiannya yang keluar dengan mengambil pampasan seperti yang tuanku nyatakan," lapor Remy kepada Tuanku Arzel.

Tuanku Arzel hanya sekadar mengangguk. Mulutnya kekal diam membisu namun bergerak matanya ke arah Quen di sebelah Remy. Memberi isyarat supaya lelaki itu pula memberikan laporan untuk amanah yang diarahkan sebelum ini.

"Patik sudah lakukan seperti yang tuanku arahkan sebelum ini. Tak lama lagi kesemua pegawai ketenteraan di seluruh Adoria akan serahkan senarai nama mereka yang berpotensi menjadi tentera Adoria. Tuanku mahu kita lakukan cara yang sama seperti kita sering lakukan sebelum ini?" soal Quen selepas itu.

"Ya, teruskan."

Quen lantas mengangguk faham. "Baik, tuanku. Patik menurut perintah."

"Ada apa-apa lagi?" soal Tuanku Arzel dan kesemua mereka menggeleng.

"Tiada, tuanku."

"Beredar." Tuanku Arzel mengarah. Kesemuanya terus menunduk hormat sebelum berlalu pergi dari situ. Arrenth yang berdiri di tepi meja Tuanku Arzel pula menoleh setelah figura mereka hilang di sebalik pintu ruang kerja.

"Tuanku baik-baik saja?" soal Arrenth. Dapat dia lihat dengan jelas akan angin Tuanku Arzel yang berbeza pada hari ini. Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab. Berpatah-patah ditanya, tetap juga sepatah yang dibalas.

"Beta tak apa-apa." Tuanku Arzel membalas, namun mengundang kerutan di dahi Arrenth. Wajah lelaki ini tampak lebih tegang berbanding sebelum ini, tetapi dengan mendatarnya jawapan Tuanku Arzel tadi mematikan niat Arrenth untuk bertanya banyak.

"Sampaikan kepada Puteri Ardelia, beta akan menemuinya sewaktu makan tengahari nanti untuk beta bincangkan urusan perkahwinan," arah Tuanku Arzel dan Arrenth mengangguk kecil.

"Patik menurut perintah."

Sekali lagi mereka berdua menyepi. Arrenth mengangkat wajahnya, memandang ke arah Tuanku Arzel yang hanya tertumpu matanya pada helaian kertas di dalam genggaman tangan. Tegang yang terzahir di wajah langsung tidak hilang sejak dari pagi tadi dia menemui lelaki ini. Pastinya ada sesuatu yang berlaku semalam tanpa pengetahuan Arrenth.

Apakah ia?

Tok tok tok.

Tuanku Arzel menoleh. "Masuk."

Pintu dikuak dan Ferdo melangkah masuk ke dalam. Salam hormat lantas diberikan. "Salam sejahtera, tuanku. Patik membawa berita dari Jabatan Keadilan untuk disampaikan kepada tuanku."

"Teruskan." Tuanku Arzel membalas, namun kotak fikirannya mula dihuni tanda tanya. Berita apa yang dibawa dari Jabatan Keadilan? Jabatan itu tidak akan mencari dirinya melainkan mereka mempunyai kes yang melibatkan keluarga diraja atau warga istana.

KAIROSWhere stories live. Discover now