Bab 52

699 155 49
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

Azara menoleh ke belakang. Langsung tidak terlihat kelibat sesiapa setelah dia keluar dari rimba itu. Bagus, dia memang tidak mahu terus bersama-sama dengan mereka. Mereka berdua sudah menipunya!

Sudah tiga hari mereka duduk di atas badan kuda menjauhi Adoria, namun janji lelaki itu untuk membawanya menemui Carell langsung tidak terlihat bayangnya. Yang mereka berdua bincangkan hanya untuk menjauhi Adoria dan tenteranya daripada tertangkap, dan langsung tidak membuka soal Carell yang katanya dibawa oleh Jeeno.

Jika dia soal, barulah Tuanku Arzel akan berbicara tentangnya.

Namun, dapat Azara rasakan yang Tuanku Arzel hanya mereka-reka cerita. Arrenth kelihatan tidak tahu-menahu akan perkara yang mereka bualkan. Hanya senyap dan langsung tidak mencelah. Jelas yang Arrenth memang tidak tahu apa-apa tentangnya dan hanya Tuanku Arzel yang 'tahu'.

Ah, dia sudah dikira bersubahat dengan pengkhianat Adoria. Jika dia pulang pun, pasti dirinya akan dicurigai kerana dia hilang di waktu yang sama Tuanku Arzel dan Arrenth melarikan diri. Ah, tertekan!

"Cis, mereka berdua memang sengaja perangkap aku!" Azara mendengus kasar. Keadaan sekeliling diperhati. Kiri kanannya ialah gunung-ganang dan sekarang dia berdiri di sebuah tanah lapang di waktu malam yang kian lebar menyelimuti alam. Dengan perut yang sudah berkeroncong dan tidak ada arah tuju begini, ke mana dia hendak pergi?

Akhirnya, gadis itu melabuhkan duduk di atas sebuah batu. Matanya jatuh ke arah bekas unggun api yang ada di hadap an batu ini. Barangkali ada orang yang juga pernah berehat di sini sebelum ini. Akhirnya, keluh berat dilepaskan sambil tangannya mengurut kaki. Lenguh yang melingkari betis dan paha benar-benar membuatkan dia lelah untuk meneruskan perjalanan.

"Agak-agaknya mereka akan jumpa aku ke di sini?" Azara menyoal sambil matanya me liar memandang ke arah laluan rimba yang dilalui tadi. Hanya kegelapan yang dapat dia lihat di sebalik semak-samun di situ.

Mungkin mereka tidak akan menemuinya. Jauh sudah dia berjalan. Nasib baik juga dua manusia itu sedang fokus berbincang sehingga tidak menyedari dirinya sudah pergi meninggalkan mereka. Entah apa yang dibincangkan, Azara tak mahu tahu. Mungkin mereka berbincang untuk menjualnya lepas mereka sudah kehabisan bekalan makanan nanti. Mana tahu, kan?

Mereka berdua kan penipu. Pengkhianat pula tu!

"Erm, cik?"

Azara terus bangkit dan menoleh. Besar mata Azara terbuntang melihat empat orang lelaki berdiri di belakangnya. Kelihatan mereka juga seakan-akan bingung melihat dia di sini.

"Siapa kalian semua?"

"Kami yang seharusnya tanya begitu. Siapa cik dan mengapa cik duduk di tempat kami?" soal salah seorang daripada mereka dan Azara memandang mereka semua silih berganti. Saat itu barulah dia sedar bahawa unggun api di hadap an batu itu menjadi tanda ianya tempat mereka semua berkumpul.

KAIROSWhere stories live. Discover now