Bab 21

802 148 4
                                    

•••••

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

•••••

Irama muzik yang diselangi gelak dan tawa golongan-golongan bangsawan itu memenuhi ruang udara di balairung istana. Malam ini, istana dikunjungi oleh kesemua golongan bangsawan Adoria untuk memeriahkan majlis tari-menari yang dikhaskan hanya untuk golongan seperti mereka sahaja. Majlis itu dihadiri oleh semua utusan kerajaan yang masih berada di Adoria, dan ditambah pula dengan golongan bangsawan Adoria di sini, menambahkan lagi riuh balairung istana yang tersergam indah ini.

Dan ketika itu, Tuanku Arzel langsung tidak mengendah apa-apa. Hanya sibuk memikirkan perkara yang berlayaran dalam kotak fikiran sejak siang tadi.

"Jika tiada peluang kedua untuk manusia dalam dunia ini, maka sudah tidak ada lagi manusia yang hidup sehingga kini."

Tangan yang direhatkan di atas meja yang setinggi dadanya itu bergerak mencapai tembikar sebelum dituang isi dalamnya ke gelas sendiri. Hanya ini sahaja yang akan dia lakukan sehingga majlis ini tamat.

Minum, minum dan minum.

"Tiada sesiapa tahu jika angin yang terbang dari barat ke timur boleh berubah dari timur ke barat pula, kerana bukan kita yang mengawal angin. Dan jika peluang itu juga dia sia-siakan, mungkin itu menjadi tanda untuk langkah seterusnya."

Titisan terakhir air renehan teh itu jatuh ke dalam gelasnya. Air di dalam tembikar itu sudah habis, namun masih diangkat tembikar tersebut oleh Tuanku Arzel. Kaku, seakan-akan batu.

Sekarang dia tidak tahu, sama ada pertemuannya dengan Azara ialah satu rahmat atau sebaliknya. Pegangan yang selama ini dia pegang erat goyah disebabkan gadis itu.

Keluhan kecil dilepaskan Tuanku Arzel dan diteguk air di dalam gelasnya.

"Nampaknya, tuanku memang tidak gemarkan majlis keramaian."

Tuanku Arzel lantas menoleh. Raja Charles lagi, dan kali ini Puteri Ardelia berada di sisi ayahnya. Jelita wajah itu kian terserlah dengan rambut yang indah dirapikan bersama-sama sepersalinan busana mewah yang labuh kainnya mengucup lantai istana. Kelihatan ada senyuman nipis diberikan senyum itu pada Tuanku Arzel.

Namun, tidak dibalas senyuman itu oleh Tuanku Arzel. Hanya tundukan hormat sahaja yang diberikan dengan wajah kosong.

Senyuman Puteri Ardelia mati perlahan-lahan.

"Seperti yang beta katakan sebelum ini, beta cuma merasakan masa beta seharusnya diisi dengan perkara yang lebih bermanfaat berbanding dibuang dengan perkara sebegini." Tuanku Arzel membalas sambil matanya naik memandang seisi dewan tarian itu.

KAIROSजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें