Bab 34

676 143 12
                                    

•••••

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

•••••

"Akan kami sampaikan segala kurniaan dan salam Tuanku Arzel kepada sultan kami. Sudah terbayang akan senyuman lebar yang bakal menghiasi wajah Sultan Al-Waqqas kelak saat kami kembali ke nanti." Sayyid Uthman berkata kepada Tuanku Arzel dan segaris senyuman terukir di wajahnya.

Senang hatinya dengan kata-kata Sayyid Uthman ketika itu.

"Semoga kurniaan yang tidak seberapa ini luas manfaatnya untuk kalian semua di sana." Tuanku Arzel membalas dan Sayyid Uthman mengangguk kecil.

"Ini sudah lebih dari cukup, tuanku. Segan kami hendak menerima kesemua ini, sedangkan kami hanya bertandang ke sini tanpa apa-apa pemberian yang sewajarnya," balas Sayyid Uthman selepas itu.

Segala bekalan yang diberikan oleh Adoria kepada mereka sebelum mereka berangkat pulang hari ini sememangnya berada di luar jangkaan mereka. Mereka sudah sedia maklum yang lelaki ini ingin mengurniakan sesuatu, kerana sudah dimaklumlan lebih awal.

Namun, tidak sebanyak ini. 3 ekor kuda diperlukan untuk membawa kesemuanya dan ketiga-tiga ekor kuda itu juga dikurniakan oleh Empayar Adoria buat mereka.

"Tak mengapa, Sayyid Uthman. Anggap sahaja ini sebagai tanda terima kasih beta kepada Al-Qaaid kerana sudi untuk menjernihkan kembali alur sungai yang selama ini mengalir keruh di antara kita. Kalian yang terlebih dahulu bertandang ke mari, dan itu sudah cukup menjadi satu hadiah yang besar buat beta. Kurniaan beta ini barangkali tidak akan menyamainya." Tuanku Arzel membalas.

"Jika bertandang tuanku ke wilayah kami nanti, akan kami sambut dan berikan layanan seindah layanan tuanku terhadap kami semua di sini," ucap Sayyid Uthman dan menunduk hormat kepadanya. Kesemua orang bawahannya yang sejak tadi membisu di belakang turut sama memberikan tunduk hormat.

"Sudah pasti beta akan ke sana kelak, Sayyid Uthman. Ingin sekali beta melihat keindahan Al-Qaaid seperti yang kalian ceritakan pada beta. Beta juga ingin menemui sultan kalian yang bersih hatinya hendak berbaik semula dengan Adoria. Sungguh, beta terhutang budi," kata Tuanku Arzel kemudiannya.

"Kami mengalu-alukan kehadiran tuanku di sana." Sayyid Uthman menunduk hormat sekali lagi dan dibalas dengan senyuman Tuanku Arzel. Saat itu juga, seseorang datang mendekati mereka.

"Assalamualaikum, ya Sayyidi. Salam sejahtera, Tuanku Arzel." Ucapan salam diberikan kemudiannya dan menarik perhatian kedua-dua mereka. Kelihatan Abu Suhail, pengikut Sayyid Uthman di dalam rombongan itu menerpa pandangan mata.

"Ampunkan patik kerana mengganggu perbualan tuanku bersama Sayyid Uthman, namun izinkan patik menyampaikan sesuatu pada Sayyidi patik, tuanku." Abu Suhail berkata dan membuatkan Sayyid Uthman juga Tuanku Arzel berpandangan sesama sendiri. Hairan. Riak wajah Abu Suhail saat ini juga tampak dibaluti resah.

"Ada perkara yang membimbangkan kamu, Abu Suhail?" Tuanku Arzel menyoal selepas itu. Dia yakin, Sayyid Uthman juga diburu soalan yang sama sepertinya.

KAIROSحيث تعيش القصص. اكتشف الآن