Bab 17

760 162 16
                                    

•••••

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

•••••

"Siapa yang laporkan kamar kerja beta dimasuki orang?" Tuanku Arzel menyoal sambil matanya meneliti kesemua barang yang terletak di atas meja. Diperiksa satu demi satu untuk memastikan tidak ada yang hilang.

"Patik, tuanku."

Tuanku Arzel mengangkat wajahnya dan memandang Remy. Lelaki itu sudah menapak satu langkah ke hadapan, keluar daripada barisan kumpulannya.

"Patik dalam perjalanan untuk turun ke bawah semula, dan kemudian patik terdengar sesuatu dari bilik kerja tuanku. Bila patik lihat ke dalam, orang tersebut sudah terlebih dahulu melarikan melalui jendela tersebut." Remy berkata sebelum naik tangannya menunjuk ke arah jendela di sebelah meja kerja tersebut.

Tuanku Arzel bergerak ke arah jendela tersebut sebelum memandang ke sekeliling. Laman luas menjadi ruang latihan kedua untuk tentera Adoria menjadi tatapan matanya sementara langit ketika itu sudah mula gelap hendak berganti malam.

Kemudian, dia memandang pula ke bawah. Jauh di antara jendela biliknya dengan tanah di bawah sana membuatkan satu perkara bermain dalam fikiran Tuanku Arzel.

"Orang yang menceroboh itu ialah orang dalam istana sendiri, dan besar kemungkinannya ialah tentera Adoria...." Tuanku Arzel berkata sebelum memandang semula ke arah mereka semua.

"... atau mungkin salah seorang daripada kamu sendiri."

Masing-masing menelan air liur perit. Tatapan mata lelaki itu tampak lebih gelap berbanding tadi. Kosong.

Auranya terlalu dalam menikam.

"Mengapa tuanku beranggapan demikian?" soal Arrenth selepas itu. Kelihatan Tuanku Arzel memandang ke arah luar jendela kembali. Membuat suatu perkiraan mengenai perkara yang mereka sendiri tidak memahaminya.

"Tinggi jendela ini ke tanah agak jauh, dan mustahil ada orang berjaya memanjat dari bawah ke sini untuk masuk ke ruang kerja beta. Satu-satunya jalan masuk yang ada hanya..." Tangan Tuanku Arzel menuding ke arah pintu masuk. "... sana."

"Patik akan dapatkan senarai nama semua tentera Adoria yang ada bertugas pada hari ini." Arrenth berkata terus.

"Tak perlu kau terus besarkan skop pencarian. Kecilkan dahulu, untuk kita menjimatkan tenaga. Tiada apa-apa barang beta yang hilang, barangkali dia tidak menemui apa yang dia cari," ujar Tuanku Arzel kemudiannya.

"Tapi tuanku, jika kita berbuat demikian, mungkin ianya akan menjadi lambat. Bagaimana jika kamar kerja tuanku dimasuki lagi oleh orang itu?" Veeo bertanya selepas itu. Bimbang jika mereka berbuat demikian, kejadian yang sama akan berulang lagi atau mungkin lebih teruk berbanding tadi.

KAIROSOnde histórias criam vida. Descubra agora