Dan apabila dia sudah boleh berkata-kata, dengan tiba-tiba dia terhenti apabila menangkap empat susuk tubuh yang kini berjalan menuju mereka. Matanya juga sempat menangkap Hyeran yang juga sedang memandangnya. Mata mereka bertembung buat seketika. Chanyeol tergamam apabila melihat renungan tajam dari Hyeran. Inilah yang dia takutkan. Dia tidak mahu Hyeran memandangnya seperti ini. Hyeran kelihatan sangat membencikannya dan dia tidak sanggup kalau Hyeran membencikannya.

‘Maafkan saya, Hyeran.’ Bisik hati kecil Chanyeol.

“Chanyeol-ah, ada sesuatu ke yang Chanyeol nak beritahu pada Noona?” Tanya Yoora, ingin tahu.

“Hah?” Chanyeol tersentak. “Em…” Chanyeol benar-benar mahu meluahkan segalanya kepada Noonanya pada saat dan ketika ini namun, melihatkan Ummanya yang sedang melabuhkan punggung di sebelahnya, dia menggelengkan kepalanya kepada Noona. Appanya pula duduk di sebelah Yoora.

Hyeran dan appanya juga sudah duduk di sofa menghadap dengan Chanyeol dan keluarganya. Dia dapat melihat Hyeran melontarkan senyuman kepada Ummanya namun dari mata Chanyeol, senyuman Hyeran itu kelihatan sangat palsu. Sejurus sahaja Hyeran tersenyum kepada Ummanya, mata gadis itu terus bertembung dengan mata milik Chanyeol.

Mereka bertatapan.

Lama.

Hyeran memberikan renungan tajamnya manakala Chanyeol hanya memandangnya dengan lembut. Chanyeol cuba untuk mengukir sebuah senyuman yang manis namun Hyeran terus mengedipkan matanya sebelum melontarkan pandangannya pada appanya yang berada di sebelahnya. Hyeran pura-pura tidak nampak senyuman Chanyeol yang membuatkan Chanyeol berasa agak hampa.

“Wah, Chanyeol. Cantiknya isteri adik. Oops, maksud Noona bakal isteri Chanyeol. Pandai Umma pilihkan untuk Chanyeol. Tinggi jugga citarasa Umma.” Puji Yoora dengan menekankan perkataan bakal. Bakal tak bakal, hujung minggu ni juga kahwin. Tak adalah lama sangat nak menjadi isteri Chanyeol ni.

Umma Chanyeol pula hanya ikut tertawa mendengarkan ketawa Yoora Noona. “Memanglah kena pilih yang betul-betul cantik Yoora, kalau tak nanti sampai bila-bila tak setuju nak kahwin. Nasib baik hati terbuka sedikit pintu hati tu nak kahwin.” Kata Umma Chanyeol.

Pipi Hyeran mula memerah apabila anak-beranak itu memuji-mujinya. Segaris senyumannya terukir di wajahnya yang kelihatan bercahaya tak seperti beberapa minit lepas, masam mencuka! Chanyeol yang melihatnya hanya menggeleng-gelengkan kepalanya akan kerenah Hyeran itu. Dia lalu mendapat idea untuk menyakat Hyeran.

“Cantik tu cantiklah, Noona. Tapi, Noona lagi cantik kut.” Ujar Chanyeol yang lantas membuatkan senyuman di wajah Hyeran semakin pudar dan terus menghilang. Hyeran terus mengangkat kepalanya merenung Chanyeol tajam.

Tatkala melihat wajah Hyeran yang mula masam mencuka, Chanyeol tertawa kecil. Entah kenapa dia merasakan yang semakin lama dia melihat Hyeran, semakin comel pula bakal isterinya itu. Apalagi bila dia sedang marah.

Chanyeol apa lagi, dia mengenyitkan matanya kepada Hyeran untuk mengusiknya lagi. Hyeran yang tidak menyangka akan dapat melihat kenyitan mata Chanyeol pada hari itu lantas terus melontarkan pandangannya kepada appanya.

Rusuk Chanyeol terus disiku oleh Yoora. “Tak baiklah, Chanyeollie!” Marah Yoora sambil tertawa.

“Alah, biarlah.” Balas Chanyeol sambil tersenyum puas.

“Jadi, kami berkumpul di sini untuk membincangkan beberapa perkara tentang perkahwinan anak-anak kita nanti.” Encik Park mengumumkan tanda mulanya perbincangan mereka pada malam itu. “Seperti apa yang Encik Yoon telah katakan beberapa hari lepas, Encik Yoon tidak kisah tentang hari, tarikh dan tempat berlangsungnya perkahwinan anak-anak kita nanti. Semuanya telah diserahkan kepada keluarga pihak pengantin lelaki untuk diuruskan.” Ucap Puan Park pula dengan senyuman yang tak lekang di wajahnya.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now