" Abang nak sayang teruskan hidup walau tanpa adanya abang.." Syaura memeluk dirinya erat.

" Abang minta maaf..sebab abang..ab..bang tak ada waktu yang pan..panjang untuk ada dengan sayang.. " Syaura berdoa agar ada insan yang datang kesini untuk menyelamatkan Zayne.

" Abang!! Abang cakap apa ni?!! Abang bertahan okay.. Ura ambil telefon, Ura call ambulans..." Syaura ingin mengesot namun, Zayne menghalang.

" Temankan abang.. " bisik Zayne. Syaura tersedu-sedu.

" Abang..janji tak tinggalkan Ura kan? " ucap Syaura perlahan.

" Maafkan ab..abang sa..yang..." Nafas Zayne tersekat-sekat. Tangan Syaura digenggam erat menahan sakit.

Wajah pucat Zayne ditatap. Airmatanya laju mengalir tanpa ada tanda-tanda untuk berhenti.

Mata hazel Zayne yang bertakung air mata akhirnya jatuh mengalir perlahan.

" Ura sayang abang..abang dengar tak? " ucap Syaura.

Zayne mengucap dua kalimah syahadah. Syaura memeluk Zayne. Kepala Zayne dipangkuannya dipegang.

" Abang.. " Tangan Zayne sudah sejuk. Mata Zayne sudah pun terkatup rapat.

" Abang..." Tangan Syaura menggoncang bahu Zayne.

Tangan Zayne yang tidak lagi mengenggam tangannya dipandang terkulai.

" Ab..abang.. " Zayne tidak berkutik. Tubuh Zayne sudah menjadi lembik. Kepala Zayne sudah pun menjadi dingin.

" Allah.." ucap Syaura perlahan. Tubuhnya menggigil memandang jasad Zayne.

" Ab..abang..." Syaura menangis. Dia memandang wajah Zayne yang pucat. Wajah tenang itu menjadi tatapannya.

Pintu kedai terkuak. Menjadi pandangan pertama Ali adalah Zayne yang terbaring kaku dan disisinya Syaura yang menahan sedu.

" Allah... "

[ Dua bulan berlalu.. ]

Syaura memandang laut yang tenang, ombak datang menyapa. Angin lembut yang menyapa kulitnya merasakan kedinginan yang selesa bertandang dihati.

Zafrul hanya memerhatikan Syaura yang bersendirian itu dibiarkan sahaja. Waktu yang tidak pernah pun diminta oleh dia, akhirnya itu juga yang dia dapat.

" Aku nak kau serahkan surat ni dekat Ura..jaga Ura untuk aku Zaf..terima kasih."

Zafrul menahan sebak apabila teringat kembali kata-kata Zayne dihospital dahulu.

Syaura memandang sepucuk surat yang diberi oleh Zafrul sebentar tadi. Dia membuka dan mengeluarkan sekeping kertas.

Assalamualaikum isteri abang..
Saat ini abang sudah pun tidak ada disisi sayang..namun hati abang masih tersimpan kemas didalam tubuh Syaura.

Kehadiran sayang memberi makna erti sebuah kehidupan. Dengan sayang abang merasa erti sebenar cinta.

Hari-hari abang dihiasi dengan gelagat sayang yang kadang-kadang buatkan abang geram macam nak gigit pipi sayang..

Namun takdir sudah pun tertulis untuk kita..

Abang tak dapat melawan takdir untuk meneruskan hidup bersama dengan sayang..

Abang minta maaf atas semua kesalahan abang pada sayang.. Abang sayangkan Ura hingga keakhir hayat abang.

Abang harap sayang teruskan hidup walaupun tanpa ada abang disisi sayang..

Jangan sedih, abang selalu ada dalam hati sayang..kasih sayang dan cinta abang, abang sematkan hingga keakhirnya.

Sayang selalu doakan yang kita akan bersatu semula dialam sana selama-lamanya..

Bye cinta hati abang..

- Sir Zayne -

Surat tadi didakap lembut. Seakan-akan dia sedang mendakap tubuh Zayne. Genap 2 bulan Zayne meninggalkan dia. Sehingga kini kuncupan dan genggaman Zayne masih lagi dia rasai.

Bulan lepas, pelajar-pelajar Zayne datang menziarahi cafe milik Zayne. Syaura tersenyum sebaik sahaja mereka teruja berjumpa dengan dia.

Kata mereka, Zayne sangat bangga memiliki isteri sehebat Syaura. Setiap kali kelas, mereka akan dibukakan dengan cerita dari Zayne tentang kehidupan Ura dan Zayne.

Syaura tidak sangka yang Zayne akan menghargainya sebegitu sekali. Dia tersenyum memandang Hania yang mendekatinya.

" Nah Puan Ura..maaf saya lambat. " Hania menghulurkan laptop pada Syaura.

" Terima kasih Hania.. " Hania mengangguk lalu melabuhkan punggung disebelah Zafrul.

" Shah beritahu yang Aulia sekarang ni ada dengan dia, belajar menembak. " Zafrul mengangguk.

" Awak bila nak belajar? "

" Er..nanti-nantilah.. " Mereka berdua mengalihkan pandangan kearah Syaura.

Jari-jari Syaura lincah menaip sesuatu.

Abang.. Ura akan tetap setia menanti abang walaupun itu hanya penantian yang tidak akan Ura lewati bersama dengan abang..

Walaupun jasad abang tiada, namun hati abang tetap ada pada Syaura.

Syaura akan jaga sebaik-baiknya sehingga tiba masa Ura menyusul mengikuti abang.

Sementara Ura punya waktu, Ura akan sentiasa hidup dengan kenangan kita berdua. Dari awal sampai keakhirnya.

Dan Ura yakin, yang kita akan disatukan didalam syurga nanti...

Syaura memandang lembut pada skrin laptopnya.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU

Bermulalah coretan pertama dia yang menceritakan tentang kehidupan seorang lelaki yang sangat menghargai peluang dan waktu yang diberikan untuk menjalani hari-hari yang membahagiakan.

Lelaki itu yang berusaha membuktikan betapa manisnya cinta. Sehingga keakhir hayat lelaki itu, dia masih mencintai dan terus berada disisi orang yang dia sayang.

Syaura tersenyum seketika apabila dia bagaikan terasa tangan Zayne memeluk dia dari belakang. Walaupun itu hanyalah ilusi, namun dia yakin yang Zayne sedang duduk menemaninya disitu.

Wahai angin, bawalah salam sayang aku pada dia. Katakan yang aku menunggu dia untuk selama-lamanya.

TAMAT

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now