Tiba-tiba telefon Hania berbunyi menandakan panggilan masuk. Zafrul? Kenapa senja-senja ini Zafrul menghubunginya?

" Hello.. "

" Dekat mana? " soal Zafrul. Suara seperti tergesa-gesa.

" Dengan Puan Ura, tunggu Sir Zayne balik..kenapa? "

" Awak jaga Puan Ura dulu, saya kena kehospital sebab Zayne pengsan dekat kolej tadi.. Jangan bagitahu Puan Ura. " Hania menekup mulutnya.

" Baik Encik Zaf.. " Panggilan ditamatkan. Syaura yang membelakanginya dipandang kosong. Agaknya apa reaksi Syaura?

" Hania..kalau awak nak mandi, nak makan..ambil je tau.." pesan Syaura. Tangan Syaura sudah mencapai Iphone diatas meja.

Hania hanya memerhati tanpa berkata apa-apa.

Sekejap sahaja telefon sudah dilekapkan ditelinga Syaura. Tapi dalam beberapa minit, Syaura matikan panggilan.

Raut muka itu kelihatan gusar. Sekejap-sekejap mata menoleh kearah pintu rumah.

" Kesian Hania lama kat sini..saya cuba call Sir Zayne..tapi dia tak angkat call.. " Hania menahan sedih.

Syaura mendail nombor Zafrul. Dalam tiga panggilan baru Zafrul angkat.

" Hello Zaf.. " sapa Syaura.

" Ye Adelia? "  Zafrul menyambut.

" Zaf dekat mana? "

" On the way pergi cafe.. "

" Oh! Kalau Zayne ada dekat sana nanti, suruh dia call Ura balik semula boleh? Ura call tapi dia tak angkat..agaknya busy kot. "  Zafrul terdiam. Lambat-lambat dia menjawab okay.

Panggilan dimatikan. Hania yang dari tadi mendiamkan diri dipandang lembut. Remaja dihadapannya ini sangat baik. Selalu membuatkan dia ketawa.

" Hania..saya rasa tak sedap hatilah.. " Muka Syaura ditatap. Walaupun Syaura mengatakan yang dia tidak sedap hati, tapi bibir Syaura tetap tersenyum.

" Err..tak sedap hati kenapa Puan? " Hania cuba menutup hatinya yang gugup.

" Entahlah, saya dapat rasakan ada sesuatu yang terjadi dekat suami saya.. " kata Syaura perlahan. Hania terdiam. Naluri seorang isteri sangat kuat.

" Tak ada apalah Hania..jangan fikir apa yang saya cakap..merepek sahaja. " Syaura cuba mengawal perasaannya dari berfikir bukan-bukan.




Zafrul terduduk. Kata dari Dr. Hafiz sangatlah jauh dari pemikirannya. Dia tergamam, terkedu. Mukanya diraup. Dia perlu menenangkan hatinya. Namun, airmata tetap mengalir perlahan. Ingin sahaja dia menjerit tapi mengenangkan ini adalah kawasan hospital.

Jauh dia memandang dinding putih dihadapannya. Seakan-akan dapat ditembus.

3 tahun lepas, selepas pembedahan kaki Syaura, Syaura mengalami kerosakan hati. Hatinya yang sudah pun mula membengkak dan perlukan rawatan segera. Hati Syaura membengkak kerana hentakan yang kuat pada bahagian dada.

Zayne yang menawarkan diri untuk menjadi penderma hati pada Syaura. Sepanjang pembedahan berlangsung, Zafrul mampu menelan segala pahit yang akan dikhabarkan pada bila-bila masa sahaja.

Zayne yang mengalami jangkitan paru-paru sudah pun diberi penerangan supaya berjaga-jaga dalam aktiviti hariannya. Kadang-kadang Zafrul selalu berpesan pada Zayne untuk mengawal diri dari melakukan kerja-kerja yang berat.

Demi membahagiakan Syaura, Zayne sanggup menahan sakit. Menelan ubat untuk menampakkan yang dirinya kuat. Demi sayangnya pada Syaura.

Zafrul menyeka air matanya perlahan. Zayne terlalu kuat. Dia kuat untuk memastikan Syaura bahagia.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now