Lincah tangan mereka menjalankan tugas. Nyawa adalah paling berharga disaat sebegini. Terlalu tinggi harapan seserorang untuk melihat tubuh ini terus bernyawa.

Sudah seminggu berlalu Syaura tidak sedarkan diri. Zayne tetap memandang wajah Syaura yang pucat, tidak berkutik. Tangan Syaura digenggam.

" Sayang..hari ni abang ada surprise untuk Ura.." tangan Syaura dikuncup lembut.

" Abang ada belikan sayang donut.." kendur suara Zayne apabila terpandangkan wajah Syaura yang masih tiada riak.

" Kalau sayang nak tahu..hari ni Mira, Idi dengan yang lain datang melawat sayang..diorang harap sangat yang Ura buka mata, bercakap dengan diorang semua.."

" Bukan diorang je..abang pun mengharapkan benda yang sama..abang rindu nak dengar Ura gelak, dengar Ura marah abang.." Airmatanya diseka.

" Abang tahu..Ura kuat! Sebab tu Ura masih ada lagi didepan abang..tu tandanya Allah bagi kita peluang untuk kita hidup bersama.."

Selepas dua tahun dia menanti Syaura, Allah uji dia dengan situasi yang sebegini. Syaura sudah pun berada didepan matanya, tapi hanyalah sekujur tubuh yang bernyawa tapi tidak berkutik.

Zayne melentokkan kepala dibahu Syaura. Tangan Syaura masih lagi digenggamannya.

" Tak apa..abang tahu sayang penat..tapi Ura kena tahu tau, yang abang setia tunggu sayang sampai sayang sedar.." bisik Zayne lembut. Tanpa dia sedari, airmata yang keluar dihujung tubir mata Syaura mengalir perlahan.


" Lepaskan akulah bodoh!!! " Mia terpecik melihat Man yang mendekatinya.

" Kau diam sebelum aku teranjang muka kau! Bingit telinga aku!! " tengking Man. Kenapalah Zafrul masih menyimpan perempuan bodoh ni lagi?!

" Kau dengan kepala botak kau boleh pergi mati!! Kau cakap dengan Zafrul tu..kalau nak bunuh aku, bunuh je!! " Man melangkah meninggalkan Mia yang muka terpecik-pekik.

Shah mentertawakan Man yang merungut kecil dengan perangai Mia.

" Perempuan tu, mulut dia tu aku rasa macam nak lempang biar bisu! " bentak Man.

" Lah hang ni pun..dah boss suruh bela dia..belalah si beruk tu.. Bukan ada apa pun.. " Shah menepuk lengan Man perlahan.

" Kau cakap senang Padi..aku ni yang kena bagi makan. Hari-hari dia ejek kepala botak aku! " Bertambah kuat Shah ketawakan Man.

" Dah memang hang botak wei Man, redha jelah dia cakap apa pun..biaq pilah dia nak cakap apa pun..mulut orang payah nak tutup.. "

" Hah kau ni! Cakap kau bukan main lagi..aku bagi kau masa dua hari je jaga perempuan tu.. "

" Uih! Mana boleh tukar shift hang ni..sat gi kepala aku kena tetak dengan boss! Aku jaga pintu.. Bukan jaga beruk tu.. " bidas Shah.

" Eleh! Kau sebenar tak nak sebab takut terfall in lovekan? " Ejek Man.

" Uiii tak kelapaqlah aii..banyak lagi marka kat luar sana tau..beruk dalam ni, sikit pun aku tak heran.. " Shah menjuihkan bibirnya. Nampak betul anti dia dengan Mia.

Sepasang kaki melangkah mendekati mereka. Man dan Shah berdiri dan memandang Zafrul yang mendekati mereka.

" Bukak pintu. " arah Zafrul. Mereka bertiga melangkah masuk. Mia yang diikat tangan keatas hanya menjeling tajam.

" Elok sangatlah kau datang..kau pakai pekerja ap..argh!! " Zafrul menendang perut Mia sekuat hatinya. Mia memuntahkan darah. Dia gelak! Sikit pun dia tak rasa takut.

" Kau buat Adelia lumpuh!!! " jerkah Zafrul.

" Lumpuh?! " Mia tersengih. Man dan Shah hanya melihat sahaja Mia yang sikit pun tidak rasa bersalah.

" Baguslah dia lumpuh..asal erk liat sangat pompuan tu nak mati? "

Zafrul mengambil kapak yang dilekatkan didinding barang-barang senjatanya. Dengan sekali hayunan sahaja kaki Mia sudah pun putus!

" ARGH!!!! " jerit Mia. Kini dia hanya tergantung tanpa adanya kaki. Darah yang terpancut keluar, dahinya yang berpeluh-peluh.

" Macam ni rasa sakit yang Syaura tanggung time kau seksa dia! " Mia tercungap-cungap menahan sakit.

" Si..al kau.." maki Mia perlahan.

" Aku tahu Mia..kau bukan balas dendam untuk May..tapi kau memang nak bunuh Syaura sebab nak rampas Zayne. Kau gunakan Iqbal untuk sempurnakan lagi rancangan kau! Aku tahu..May jadi jahat pun sebab kau!! "

" Hahaha! May?! Pompuan sengal tu? Memang patut dia mati. Bodoh sangat! Benda kecik pun susah dia nak buat.." nafas Mia makin tersekat-sekat. Darah yang membuak keluar membuatkan pandangannya berpinar.

Tapi dia tetap gagahkan diri untuk melawan dan memberitahu kebenaran. Dia tahu, yang dia akan mati.

" Lagi satu Zaf..kau dah buat DNA kat anak kesayangan kau? "

Zafrul terdiam. Mata kuyunya menikam muka Mia.

" Kesian kau kena tipu hidup-hidup dengan Jasmine.. Anak yang kau sayang, kau jaga tu anak May!! Bodoh! " Kapak ditangannya terlepas. Man dan Shah saling berpandangan.

" Jasmine tipu kau Zaf! Why eh kau boleh percaya Jasmine sedangkan kau tahu yang dia tak kan mengandung?! "

" Iqbal tu bodoh! Dia tak tahu yang May dah mengandungkan anak dia.. "

" Aku ingatkan tak berkesan, rupanya berkesan pulak ubat tu.. " Mia ketawa besar!

" May dengan Iqbal sama bodoh! Jasmine? Dia ambil peluang untuk tipu kau, dalam pada masa yang sama dia nak selamatkan kawan baik May! " cerita Mia.

" Kau tahu Zaf.. Kau ni hanyalah pak sanggup dalam semua keadaan..isteri curang, budak tu bukan anak kau.."

" By the way..semua yang aku rancang semuanya lari dari yang aku plan..disebabkan May bodoh tu!! Kenapalah mak aku lahirkan anak bodoh macam May tu.. " jelas Mia.

" Kenapa kau buat macam tu? " Zafrul memandang tajam.

" Simple..aku nak May, Iqbal, Jasmine dan kau merana..sebab aku tak suka orang lebih dari aku.. Tiba giliran Syaura, tak ada kesempatan pula untuk aku bunuh dia, tapi kira okay jugaklah dia lumpuh.. " Mia ketawa sepuasnya. Dia sedikit pun tidak rasa bersalah dengan apa yang dia buat.

Zafrul berdiri dan memandang Mia yang sudah pun berlumuran darah. Cerita dari Mia sudah pun terjawab. Jadi memang betul Aulia bukan anak dia.

" Man! Tanam dia hidup-hidup. Aku tunggu kau dekat hutan sana. " Zafrul memberi arahan.

" HAHAHAHA! Tanam?! Mati? Aku akan mati? Hahahaha!! " Man hanya menggelengkan kepala melihat telatah Mia.

Zafrul mengesat airmatanya perlahan. Sudah lama dia tahu Aulia bukanlah anak dia, cuma tunggu bukti. Hari ini dia tahu segalanya.

Walaupun hatinya menolak sekeras-kerasnya, tapi apalah nak dibandingkan dengan sayangnya terhadap Aulia.

Jasmine memang mempermainkan dia selama ini. May juga. Aulia yang menjadi taruhan antara Jasmine dan May. Semua dibawah kawalan Mia! Sanggup Mia buat benda ni pada orang yang tidak bersalah.

" Daddy akan jaga Lia sampai daddy mati!" gumam Zafrul perlahan. Bayangan Aulia jelas dimatanya. Entah bagaimana Jasmine mempengaruhi fikirannya.

Dia tidak sangka sejauh ini Jasmine buat dirinya. Untuk melepaskan marah, Jasmine sudah pun tiada.

Dia memiliki segalanya harta, kuasa, pangkat, darjat tapi keluarganya yang kecil itu pun dia gagal untuk diuruskan.

Dia berharap ini adalah kali terakhir dia merasakan peritnya kebenaran. Berharap esok adalah kebenaran yang membuatkan dia bahagia.

Urmm..tak leh brain dengan part ni!! 

So guys..puas hati x Mia mati?

Teruskan vote dan comment okay!!

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now