" Korang semua blah!! Aku tak nak sesiapa pun masuk dalam bilik ni lagi!! " Konco-konco Mia semua melangkah keluar. Mia menjeling tajam dan turut serta keluar dari bilik itu.

Bilik itu sudah pun sunyi. Hanya mendengar esakan Syaura. Kakinya sudah mula kebas. Dia cuba mengerakkan kakinya tapi hampa. Tiada rasa.

' Abang..Ura kat sini terseksa abang..sakit. '

" Schone frau..maafkan saya. " Iqbal memandang simpati dengan Syaura. Dia cuab bangunkan Syaura tapi Syaura menepis.

" Saya tak tahu Syaura yang Mia buat awak teruk macam ni.." Syaura yang basah dengan darah ditatap lembut.

" Awak dengan dia berkomplot Iqbal, apa yang awak tak tahu.." perlahan sahaja suara Syaura. Syaura melihat kakinya yang terkulai layu.

" Saya dendam dengan Zafrul..dia bunuh kakak dan tunang saya.." Iqbal memandang sayu wajah Syaura. Sikit pun Syaura tak mengerling kearahnya.

" Dendam tak bawa kemana Iqbal..jangan ajar hati tu untuk menolak takdir, awak sepatutnya redha dengan apa yang terjadi. Pernah awak tanya Zaf kenapa dia bunuh kakak awak? " Syaura menyapu perlahan airmatanya.

" Jasmine kahwin dengan Zaf atas dasar cinta..Jasmine selalu merungut yang Zaf tak pernah berikan perhatian pada dia. Sehingga satu hari, entah apa yang Zafrul pikir..dia rancang kematian Jasmine. " Iqbal mengeluh.

" Jasmine bawa May keluar hari tu..dan.." Iqbal menunduk kebawah.

" Diorang meninggal dekat tempat kejadian. Jasmine my sister, rapat dengan tunang saya. Diorang kawan baik. Diorang selalu bersama. Jadi dengan kepergian diorang, saya lost everything! Mia juga rasa benda yang sama sebab May tinggalkan dia..the only kakak yang dia sayang.."

" Jujur saya akui yang awak rupa macam May..tapi entah kenapa Mia benci awak. Mungkin dia tak dapat terima yang awak rampas Zayne.."

" Saya tak pernah rampas Zayne dari sesiapa! " Syaura menangis mengenangkan nasib dirinya. Pandangannya gelap. Matanya makin memberat. Kepalanya teramat sakit. Kakinya berdenyut-denyut!

" Schone frau..saya..." Syaura terkulai layu.

" SIAL !!! " Mia yang sudah pun ditolak masuk kedalam bilik itu. Man disebelah Zafrul melangkah dan menendang Mia. Laju sahaja Zafrul melangkah kearah Iqbal dan selayang tumbukan padu mengenai pipi Iqbal.

Zayne berlari mendapatkan Syaura. Syaura yang terbaring kaku menambahkan lagi rasa debar dihati Zayne. Kaki isterinya dipandang. Tergamam! Darah yang berlumuran dilantai dipandang.

" Sayang!! Sayang..abang datang..sayang buka mata! Abang datang ni say..sayang.." Zayne menangis melihat keadaan Syaura yang tidak seperti dulu. Bau darah yang masuk kerongga hidung Zayne. Kepala Syaura dipangkunya.

" Ab..abang.." Syaura mengerang sakit. Dia sudah tidak terdaya untuk bergerak. Kakinya yang tidak boleh digerakkan. Kepalanya yang sakit bagaikan nak pecah.

" Say..sayang bertahan okay..ambulans datang kejap lagi.." Menitik satu per satu airmata Syaura.

" U..ura rindu ab..abang.." bisik Syaura perlahan.

" Ura janji tak tinggalkan abangkan sayang? Abang ada ni..abang ada dengan Syaura.." Zayne menangis keras melihat keadaan isterinya.

" Ur..Ura dah tak larat.." Zayne memeluk Syaura seerat-eratnya.

Zafrul dan Iqbal beradu kekuatan. Mereka sama-sama membalas tumbukan demi tumbukan.

" Aku akan pastikan kau mati Zaf! Kau bunuh kakak aku dengan May!! " Teriak Iqbal keras.

" Kakak kau dengan tunang kau rancang nak bunuh Aulia!!! " jerkah Zafrul. Iqbal terdiam.

" Kakak dengan tunang kau rancang nak bunuh Aulia! Kau fikir sikit Iqbal! Budak macam tu dia nak bunuh?! Siapa yang lagi kejam?! Aku ke diorang?! "

Iqbal tergamam! Mustahil!!

Mia yang memandang tajam kearah Syaura dan Zayne mendekati Iqbal. Dia dengar kata-kata dari Zafrul! Iqbal yang terdiam dan tiba-tiba sahaja terduduk dijeling tajam. Matanya terpandangkan objek dipinggang Iqbal.

Pistol diangkat, dengan sekelip mata sahaja bahu Zafrul terkena peluru.

" Argh!! " Mia ketawa puas. Man yang terlepas pandang, segera mendekati Zafrul.

" HAHAHAHA !! BODOH !! KORANG SEMUA BODOH !! " Zayne yang menundukkan diri, memangku Syaura membuatkan Mia sakit hati.

" Zayne! I dah tak sanggup tengok you menderita! I kesian dekat you Zayne. " Pistol ditangannya dibawa main.

" I akan tolong you mengecapi bahagia Zayne! I janji I akan hidup bahagia dengan you.."

" Enough Mia! Enough!! Kau tak sudah-sudah dengan cinta bodoh kau tu!! " jerkah Zayne.

" You kata cinta I bodoh?!! Sanggup you buat I macam ni semata-mata perempuan bodoh tu? Kau memang patut mati. " Pistol diacukan pada Zayne dan Syaura.

Sekelip mata sahaja Mia melepaskan tembakan dan pelurunya tepat mengenai dada Iqbal. Mia tergamam! Iqbal yang merelakan diri terkena tembakan untuk menyelamatkan Zayne dan Syaura.

Iqbal jatuh! Dadanya dipegang. Nafasnya tercungap-cungap. Man melihatkan Mia yang tergamam menghentak kepala Mia menggunakan kayu disitu sehinggakan Mia pengsan tidak sedarkan diri.

" Kenapa Iqbal?! " Zafrul mendekati Iqbal. Alangkah terkejutnya dia melihat Iqbal yang menghalang peluru dari terkena Zayne dan Syaura.

" Ak..aku nak te..bus salah aku..kat sc..hone f..rau.." Nafasnya tersekat-sekat. Pandangannya menjadi balam! Airmatanya menitik menahan sakit.

" To..long ca..kap kat di..a yang..ak..aku sa..yang di..a " Sakit yang dia rasakan sudah tidak dapat ditahan. Peluru yang terkena tepat pada dadanya dibahagian organ jantung.

" Ma..afkan..ak..aku Za..f.."

Akhirnya Iqbal menghembuskan nafas terakhir.

Syaura yang separuh sedar, tersedak lalu mengeluarkan darah yang banyak dari mulutnya. Nafasnya tersekat-sekat!

" Ergh..erhhh.." Syaura mengerang sakit!

" Sayang!!! Sa..sayanggg!!! " Zayne mengoncangkan badan Syaura.

" Sayang..jangan macam ni sayang..sayang janji tak tinggalkan abang!!! SAYANG !! " Zayne meraung.

Adakah ini saat terakhir Syaura? Mampukah dia menahan sakit yang teramat?

" Boss ! Ambulans dah sampai. " Wajah pucat Syaura dipandang sayu. Zafrul memandang Zayne yang menjerit separuh gila! Iqbal yang terkulai dikerling. Mia? Awal-awal lagi konco-konconya membawa Mia lari ke markas! Ada hutang perlu diselesaikan.

Zayne yang menganggkat Syaura yang terkulai layu. Air matanya tidak berhenti dari mengalir. Hatinya dipagut rasa sedih!

" Ura sayangkan abang.."

Terngiang-ngiang ucapan Syaura dua hari lepas semasa ingin melelapkan mata sebelum Syaura diculik!

" Tolong jangan tinggalkan abang Ura.." Rayu Zayne.

Dia mengharapkan untuk Allah berikan dia lagi sekali peluang untuk merasakan bahagia bersama dengan Syaura.

Weiii !! Apa ni? Author type sambil nagis

Vote dan comment okay...

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang