Iqbal berjalan menghampiri Syaura yang sedang duduk menunggu seseorang. Dari tadi dia perasan Syaura keluar dengan Zayne. Cuma tiada kesempatan untuk menegur memandangkan dia sedang jumpa client.

" Holla schone frau.." tegur Iqbal lembut. Syaura terkejut dengan kemunculan Iqbal.

" Eh! Encik Iqbal..lama tak jumpa. " Syaura membalas lembut.

" Haah..saya busy sikit lately ni..awak buat apa kat sini? "

" Saya keluar dengan Zayne..cari barang sikit. "

" Oh! Mana dia? " Mata Iqbal melilau mencari Zayne.

" Dia pegi toilet sekejap..Encik Iqbal buat apa kat sini? " Mata Syaura memandang Iqbal yang melabuhkan punggung disebelahnya.

" Saya ada jumpa client tadi.." ucap Iqbal.

Zayne melangkah laju menuju ketempat Syaura. Matanya tajam memandang Iqbal yang mengambil tempatnya disebelah Syaura.

" Ehem! " Zayne berdehem apabila sampai ditempat itu. Syaura mengalihkan pandangan kearah Zayne.

" Abang dah sudah? " Iqbal merenung kearah Zayne.

" Dah! Jom kita banyak lagi barang nak beli. " ajak Zayne.

" Sekejap! Saya nak bagi Syaura donut.." Matanya mengerling tajam pada Iqbal.

" Nah, tadi saya beli sebab perasan awak dengan Zayne tadi. Nak jumpa awak tapi tak ada buah tangan. Kebetulan lalu dekat depan kedai donut, dah alang-alang saya belikanlah untuk awak. " Syaura menyambut huluran Iqbal.

" Terima kasih Encik Iqbal..buat susah-susah je.." Iqbal mengangguk seraya menghulurkan salam pada Zayne. Zayne menyambut juga walaupun hatinya panas.

" Jumpa lagi schone frau.." Iqbal meninggalkan mereka berdua. Hilang sahaja Iqbal dipandangan Zayne, Zayne mengambil tempat disebelah Syaura.

" Seronok dapat donut? " peril Zayne.

" Seronoklah! " Zayne mendengus perlahan.

" Macam abang tak boleh belikan pula donut tu. Abang boleh belikan sekali kedai donut tu kalau Ura nak! " bentak Zayne. Jeles ni tau!

" Lah..yeke? Kalau abang cakap dari dulu, Ura dah suruh abang belikan. Tak yah tunggu time abang nak jeles sebab kes encik Iqbal bagi donut je.." usik Syaura. Dari awal Zayne sampai tadi dia tahu Zayne cemburu. Alang-alang tu kita simbahlah petrol kat api.

" Dulu lain, sekarang lain..dari mana muncul entah mamat tu..tiba-tiba je ada dalam kisah kita! "

" Relaxlah abang..dia anggap Ura sebagai kawanlah. " Syaura cuba menenangkan Zayne.

" Huh! Kawan? Ye ke tak tu anggap kawan. Entah-entah dia suka Ura dalam diam. "

" Iqbal bukan macam Mia..kalau boleh nak buat kita berpisah. " Zayne terdiam.

Zayne perasan ini adalah perasaan Syaura ketika dia dan Mia. Allah balikkan semula perasan itu kepada dia. Syaura disebelah dipandang.

" Dah jom kita sambung beli barang.." ajak Zayne.

" Jom.." Keadaan menjadi seperti biasa. Mereka berdua diperhatikan dari jauh tanpa mereka sedar. Sepasang mata galak memandang mereka dengan penuh dendam. Dari tadi Mia hanya mengekori Syaura dan Zayne.

' Tak apa! Bercintalah puas-puas..kau akan mati Syaura! '




Zafrul melangkah masuk kedalam pejabatnya. Man disebelah dipandang. Segala info mengenai Iqbal Ayden sudah pun lengkap. Haziq yang ditugaskan menjadi mata-mata untuk memerhatikan gerak-geri Mia telah memberitahu bahawa Mia sering mengekori adiknya dan Syaura.

" Man.." seru Zafrul.

" Yang datang jumpa dengan Lia adalah Iqbal Ayden. Sempat juga dia berborak dengan Aulia. Cikgu kata Iqbal layan Lia dengan baik. "

Zafrul mengeluh. Kisah lama kini terungkap kembali. Selama dia berkahwin dengan Jasmine, Jasmine adalah wanita yang paling dia percaya. Seratus peratus kepercayaan yang dia berikan kepada isterinya. Tapi Jasmine tidak langsung menghargai. Selepas mereka berkahwin, Jasmine berubah serta merta. Ada hubungan dengan lelaki lain.

Zafrul mula sedar apabila terdengar perbualan Jasmine dan seorang lelaki untuk membunuhnya dan Aulia. Dia tiada pilihan melainkan buat satu rancangan lain untuk bunuh isterinya. Hari yang sama, Jasmine merancang untuk membunuhnya tapi dia lebih cepat bertindak.

Zafrul yang merancang semua kemalangan sehingga meragut nyawa Jasmine. May adalah salah satu kawan karib Jasmine. May adalah pengaruh yang besar dalam perancangan Jasmine. Dia terpaksa membunuh kedua-duanya demi keselamatan Aulia.

Tapi kebenaran sebalik apa yang Aulia beritahu, muka Aulia memang ada iras May. Bukan Iqbal sahaja yang perasan, dia juga perasan. Ingatannya jatuh pada Syaura. Gadis itu memilik iras muka May, Mujur keperibadian Syaura tidak seperti May. Dan dia mengharapkan Aulia membesar dengan keperibadian yang baik.

hai guys!! next time if Qay nak update, Qay akan update half chapter dari salah satu new chapter kat tiktok tau before Qay upload new chapter. Sahaja nak buat korang excited !! So mana yang belum follow tiktok Qay, follow okay..kat situ korang boleh tahu new update untuk wattpad Qay!!

[ link tiktok tertera di bio wattpad. ]

vote dan comment !!

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now