“Hisy, Park Yoda nih!” Dengus Baekhyun yang dulang makanan terus berpindah di makanan di tangannya dalam sekelip mata. “Sinilah biar aku bawak. Kau tahu tak dah sepuluh minit kau bertenggek kat tengah jalan tu tak pergi hantar!” Bebel Baekhyun sambil mengambil langkahnya menuju ke meja pelanggan yang memesan makanan yang ditatangnya itu.

Suho hanya memandang Chanyeol dengan membuat muka ‘Tengok Baekhyun dah marah, Kau bukannya tak tahu dia bukannya selalu naik angin’ pada Chanyeol. Chanyeol seakan-akan dapat membaca fikiran Suho dengan hanya melihat riak wajahnya.

“Maaf.” Ucap Chanyeol sepatuh sambil menatap lantai yang dipijaknya.

“Aku rasa kau tak payah kerjalah. Kau duduk rumah tenangkan fikiran.” Balas Suho.

“Hah?”

Suho menggelengkan kepalanya sebelum berkata, “Aku cakap baik kau duduk…”

“Hyung, aku dengar apa kau cakap…” Potong Chanyeol segera. “Masalahnya kenapa? Aku masih boleh buat kerja. Aku nak tolong Umma.” Chanyeol menambah sambil matanya sempat menangkap sekilas Ummanya yang memandangnya sebentar sebelum menyambung kerjanya semula.

Bahu Chanyeol dicapai Suho lalu diusapnya. “Rehat je, Chanyeol.” Pesannya. Chanyeol baru sahaja hendak membuka mulutnya untuk membalas kata-katanya tapi, dia terus memotong. “Kau nampak kusut semacam. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran kau, bukan? Aku tahulah. Aku kan Hyung kau. Baik kau balik rumah tidur ke apa ke… buat apa yang patut untuk tenangkan fikiran.” Kata Suho panjang lebar.

“Junmyeon-ah…” Panggil Puan Park.

Suho dan Chanyeol terus menoleh memandang Puan Park dengan serentak. “Sebelum disuruhnya Chanyeollie balik, biar Chanyeol tunggu sini sekejap boleh? Ada seseorang nak jumpa Chanyeol. Beri mereka bercakap sekejap?”

“Siapa yang nak jumpa Chanyeol, Eomeoni?” Soal Baekhyun yang sibuk ingin tahu.

“Ya… Sia…” Chanyeol mengangguk sebelum matanya menangkap ada sesusuk tubuh berjalan ke arah mereka. “Pa…” Chanyeol mengangkat mukanya perlahan dan melihat orang itu dari bawah hingga atas. Orangnya berpakaian sederhana sahaja. Namun, Mata Chanyeol terbuka luas apabila memandang wajah orang itu.

Appa Hyeran.

‘Encik Yoon? Ada apa dia nak jumpa aku?’ Desis Chanyeol dalam hati.

Chanyeol mengerut dahinya sambil melontarkan pandangannya ke lantai. Mindanya sibuk berfikir hajat apa yang Encik Yoon mahu berjumpa dengannya. Bukankah peristiwa tempoh hari sudah pun berakhir dan sudah ditetapkan yang Hyeran dan dia tak akan berkahwin kerana dia tidak mahu… err.. maksud dia Hyeran yang tidak mahu.

“Chanyeol?” Panggil Encik Yoon lembut. Chanyeol yang tersentak memandang wajah Encik Yoon yang menyapanya dengan senyuman.

“Y-Ya?” Suara  Chanyeol terketar-ketar menyahut panggilan Encik Yoon.

“Maaflah kalau pak cik ganggu Chanyeol. Chanyeol nak balik, kan? Tunggu sebentar ya. Pak cik ada benda nak cakap dengan Chanyeol.” Tutur Encik Yoon kepada Chanyeol.

“Err..” Chanyeol menelan liur sambil memandang Suho dan Baekhyun yang kini merenungnya. Wajah mereka keliru, perlukan penjelasan. Mungkin mereka mahu tahu siapakah Encik Yoon. Mestilah. Mereka kan ambil berat tentang Chanyeol. “Err… Okey.” Chanyeol terus mengangguk kepada Encik Yoon.

“Baiklah, Chanyeollie. Kamu pergilah ke bilik atas dan berbuallah ya.” Suruh Umma Chanyeol.

Chanyeol mengangguk faham. “Mari, pakcik.” Ajaknya lalu membawa Appa Hyeran ke tingkat atas meninggalkan Suho dan Baekhyun yang kebingungan.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now