Mak andak hanya terdiam dan tergamam. Dia tidak sangka Tasha sampai sebegitu perangainya. Sudahlah dia selalu membandingkan Syaura dan Tasha. Rupanya Tasha lagi teruk dari Syaura.

Apa yang mak andak harapkan, semoga Tasha berubah kearah yang lebih baik. Dan dia tidak putus berdoa agar Syaura tidak menyimpankan dendam.

" Assalamualaikum wahai bidadari-bidadariku.. " suara yang gemersik mendayu membuatkan mak andak dan mak kiah serentak menoleh.

Figura perempuan muda dihadapan mereka membuatkan mata mereka membulat. Tergamam!

" Syaura?!! " Mak andak lantas memeluk tubuh Syaura erat! Mak kiah memeluk Syaura. Tidak ketinggalan juga Syaura memeluk serentak dua wanita yang paling bermakna!

" Auww...janganlah nagis.. " Syaura peluk mereka berdua.

" Rin..rindu Ura.. " Mak kiah menangis. Terkejut dia bila melihat Syaura. Mak andak membelek-belek badan Syaura.

" Kenapa makin kurus ni? Kamu tak makan ke kat sana? " Syaura tergelak. Wajah tua itu ditatap lembut. Nampak risau wajah tua itu dengan dirinya.

" Kamu nak makan apa Ura.. Meh mak kiah yang masakan untuk kamu.. Cakap je..."

" Yelah! Mak andak pun nak masak apa yang kamu nak makan.. " pelawa mereka. Syaura dah kecur air liur bila teringat masakan kampung.

Mereka beriringan masuk sambil mendengar cerita Syaura disana. Macam-macam yang Syaura minta mak andak dan mak kiah masakan untuknya. Rindu!


" Syaura, jom tema mak andak pergi beli barang dapur.. " ajak Mak andak. Mak kiah awal-awal sudah menolak, katanya lutut dia sakit.

" Jom!! Ura nak beli keropok!! "

Selepas sahaja Syaura bedal nasi sampai dua pinggan, dia kecur pulak dengan keropok yang baru sahaja keluar diiklan tv.

Mak kiah pula hanya menggelengkan kepala. Syaura mengenakan mask hitam untuk menutup mukanya.

" Kenapa pakai face mask? " ada sahaja si Syaura ni.

" Saja..buat masa ni tak nak jumpa sesiapa.. " jawab Syaura.

Zafrul dan Zayne hanya mengikut sahaja kehendak Aulia. Datang sini semata-mata nak shopping aiskrim. Dengan Zayne sekali yang dia angkut.

Tak kisahlah uncle dia tu tengah sendu ke apa ke tetap dia nak uncle dia ikut. Matanya menjadi rambang apabila tiba dipeti aiskrim.

" Daddy i want this..this too and this! Daddy i want all the ice cream.. " Zayne menggelengkan kepalanya.

Baru sahaja Zafrul ingin bagi warning, telefonnya berbunyi pula.

" Zayne! Tengok Aulia. " Zafrul mengangkat panggilan.

Zayne mendekati Aulia yang sedang memilih aiskrim. Bila dia toleh kedalam bakul, sudah tiga perisa aiskrim selamat mendarat dalam bakul.

" Banyaknya Lia beli.." tegur Zayne. Matanya melekap pada muka Aulia.

" Lia cravinglah uncle Zayne! Dah sebulan lebih Lia kena pantau dengan Daddy. " Zayne tersenyum.

" Uncle Zayne..can i ask you something? " Walaupun matanya masih memilih perisa aiskrim tapi mulutnya tetap nak bercakap.

" Only one Lia.. " Zayne memeluk tubuh memandang Aulia.

" Why eh Uncle Zayne serabai? Dulu handsome..better dari daddy.. And now? Daddy yang better dari uncle. Sampaikan uncle dah tak better dari yang lain. " Zayne terdiam. Selama ini dia tidak kisah dengan penampilan dia.

Dia meraba dagu dan pipinya. Rasa bulu-bulu yang kian melebat. Rambutnya yang sudah pun panjang. Zayne mengeluh.

" Uncle pun tak tahu. " Rindunya dia pada Syaura! Sampaikan dia tak ambil berat langsung pasal dirinya.

Kemanakah Syaura pergi? Zafrul sehingga kini sikit pun tak bagitahu kemana Syaura pergi. Dia memang tak layak untuk Syaura, tapi dia ingin menembus semua kesilapannya! 

Saat dia ingin menoleh kearah Aulia, seorang perempuan datang dan berdiri disebelah Aulia. Dia juga memilih aiskrim.

Syaura mula rasa pelik apabila lelaki disebelahnya itu memandangnya. Dia cuba menoleh dan ingin memastikan yang lelaki itu adalah kenalannya ke?

Bila dia memandang, pandangan lelaki itu masih padanya. Aik? Siapa ni? Dengan muka penuh bulu, mata kuyu. Syaura mengerutkan dahinya. Dia kenal ke?

Syaura yang mengenakan face mask tidaklah terlalu bimbang memandangkan orang tidak mengenalinya.

Saat dia ingin membongokkan tubuhnya untuk mengambil aiskrim, dia terpandangkan raut wajah budak perempuan itu. Eh!

" Uncle Zayne! Tolong Lia ambik aiskrim tu..Lia tak sampai. "

Pap! Dua mata memandang Syaura serentak. Bekas aiskrim terlepas dari pegangan Syaura. Syaura terkejut dengan nama yang baru sahaja meniti dibibir budak itu. Melihatkan Syaura kaku, Aulia mendekatinya dan mengambil aiskrimnya.

" Kakak..kakak okay tak? Aiskrim kakak terjatuh. " Aulia mencari bebola mata Syaura.

Syaura hanya menganggukkan kepala. Zayne mula merapatinya. Syaura tergamam. Ini ke Zayne?

" Cik okay tak? " tegur Zayne. Bulat mata Syaura memandang Zayne. Mata hazel itu! Pandangan Zayne yang sudah tidak seperti dulu. Betullah kata Syahmi, Zayne serabai.

" Dah kenapa kamu tercegat kat situ Syaura oi.. Jom kita bayar barang-barang ni.. " tiba-tiba saja mak andak memanggilnya. Lagi bulatlah mata Syaura!

Zayne pula terkejut melihat mak andak yang turut berada disitu. Cuma mak andak jauh dari mereka. Gadis dihadapannya dipandang.

Syaura?!

Hai guys!! Amacam?! Zayne dah brjumpa balik dengan Syaura weh!!

Sorry guys sebab Qay update lambat..

Teruskan vote dan comment guys!! Lebiueww!!

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें