Iqbal berbalas ketawa. Baginya Syaura sudah cukup cantik. Tak kanlah orang-orang lelaki yang lalu lalang disini memandang Syaura.

" Jom kita gerak.. " Iqbal membantu Syaura membawa dua kotak donut.

" Donut siapa ni? " tanya Iqbal. Pelik pula dia melihat dua buah kotak donut.

" Oh yang ni saya nak bagi buah tangan dekat family encik Iqbal. " jawab Syaura.

" Lah susahkan je.. "

Mereka berdua masuk kedalam kereta. Syaura terkaku apabila masuk kedalam kereta canggih ini. Cantik!

" Awak duduk kat Malaysia, kat mana? " Iqbal memulakan perbualan.

" Saya asal seremban, tapi duduk kat KL dengan arwah nenek saya dulu.."

" Sorry Syaura saya tak tahu.. " Iqbal serba salah. Cepat-cepat dia memohon maaf.

" Eh! Tak apalah encik Iqbal. Saya tinggal dengan arwah nenek dari kecil lagi. Parents saya terlibat dalam kemalangan dan mereka meninggal. Saya sorang je terselamat time accident. " cerita Syaura.

" Oh! Sedihnya.. " suara Iqbal mula kendur. Tak sangka gadis ditepinya ini sudah tahu erti kehilangan.

Syaura tersenyum. Dia tahu Iqbal akan jatuh simpati atas nasib dirinya. Dia sudah biasa dengan semua ini.

" Nenek awak meninggal sebab apa? "

" Nenek meninggal dekat Mekah. Dia menunaikan umrah dan haji. Cerita Mak Bip, kawan nenek...nenek meninggal time dia tengah sujud. " Syaura tersenyum dan menahan sebak. Sudah dua tahun nenek meninggalkan dia. Sama tempoh dengan pengakhiran kebahagiaannya dengan Zayne.

Zayne..

" Allahuakbar..bertuahnya jadi nenek awak.. "

" Itulah..dia meninggal ditempat Allah. Tanah suci. " puji Syaura.

" Kalau awak balik ke Malaysia, awak duduk dengan siapa? "

" Mak andak..mak sedara saya. "

" Tak lama lagi dah nak bulan puasa..awak tak nak sambut puasa dekat Malaysia ke? " Syaura terdiam.

" Saya tak tahu lagi.. " lambat-lambat Syaura menjawab. Dia sedang berperang dengan perasaan sendiri.

" Kenapa awak datang sini? " Syaura tergamam. Soalan itu.. Dia sendiri tidak pasti sama ada mahu cerita perkara sebenar ataupun tidak.

" Er..saya saja nak rasa bekerja dekat Eropah. " Jawapan paling selamat.

" Oh! Seronokkan kerja dekat sini..dia bla bla bla.."

Ingatan Syaura teringat pada seseorang. Sepasang mata hazel yang memandangnya lembut. Kuncupan hangat yang pernah terlekap dipipi dan dahinya. Senyuman itu yang selalu mengindahkan harinya.

Syaura menutup mata sekejap. Cuba menghilangkan bayangan itu.

" Abang cintakan Ura.. "

Suara itu pula yang memenuhi gegendang telinga.

" Adelia Syaura binti Alif Zakri..aku ceraikan kau dengan talak satu! "

Syaura tersentak. Matanya dibuka. Dia berada didalam kereta. Bayangan itu muncul dengan tiba-tiba. Hatinya berdegup laju.

Kesakitan yang sudah lama dia lupakan, datang kembali. Rasa yang sangat mendalam. Syaura menarik nafas lalu menghembus perlahan. Dia cuba menghapus bayang-bayang itu dengan menghalakan pandangan keluar tingkap.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now