" Aku nikahkan dikau dengan Adelia Syaura binti Alif Zakri yang berwakilkan aku dengan mas kahwinnya sebanyak 100 ringgit tunai.."

" Aku terima nikahnya Adelia Syaura binti Alif Zakri dengan mas kahwinnya sebanyak 100 ringgit tunai.."

" Sah! "

" Sah! "

" Alhamdulillah.." mereka menadah tangan untuk berdoa.

Syaura sebak. Air matanya gugur. Puan Sri Yasmin disebelahnya dipandang. Neneknya juga mengalirkan airmata.

Syamira mengesat airmatanya. Syaura dah sah bergelar isteri. Sebak saat dia melihat Syaura memegang tangannya.

Semua orang memberi laluan kepada Zayne untuk pembatalan air sembahyang.
Syaura hanya menunduk.

" Assalamualaikum isteri abang.." seru Zayne.

Erk?! Syaura menahan malu. Saat Zayne mula mencapai tangan Syaura untuk menyarung cincin, tangan Syaura menggeletar.

Semua mata tertumpu pada mereka berdua.

" Salam suami kamu Ura.." arah Puan Sri Yasmin.

Syaura menyambut tangan Zayne. Menunduk penuh hormat. Tapi, bukan tangan Zayne yang dikucup, tangan sendiri yang dia kucup.

Zayne hanya mampu tersenyum melihat Syaura. Mira menepuk dahi! Apo kau ni Ura?!

" Tangan suami kaulah Ura, bukan tangan kau.." bisik Mira.

Tangan Zayne dikucup lembut. Saat ini Zayne menundukkan kepalanya. Flash! Kamera mereka ditangkap.

Perlahan wajahnya mendekati wajah Syaura. Bulat mata Syaura.

" Eh..eh sir nak buat ap.." dia terdiam saat bibir Zayne didahinya. Lembut. Dan lama.

Zayne berdoa agar dia mampu menjadi suami yang baik untuk wanita dihadapannya. Mampu dilindungi.

Saat terlafaznya akad nikah, bahunya terasa berat dan dadanya sebak. Saat ini dia sudah mempunyai tanggungjawab terhadap anugerah yang Allah telah kurniakan untuk dirinya.

Saat ini juga dia sudah berazam agar Syaura layak untuk diberikan kasih-sayang sepenuhnya.

Syaura masih lagi terkedu. Waktu ini dia berada didakapan Zayne.

" Okay..1,2,3." flash!

" Okay..abang kena pegang dagu akak..baru nampak sweet.." arah jurukamera.

Syaura menjulingkan matanya keatas. Bila masalah aku akak kau? Aku muda lagi okay ! Sir je yang dah tua.

" Boleh..lama-lama pun tak apa.." ujar Zayne. Syaura memandang tajam.

Flash!

Flash! Sudah banyak mereka menggayakan. Posing kesana, kesini. Tangan dekat sinilah, dekat situlah.

Walaupun majlis bersederhana tapi meriahnya lain macam. Zayne menayang senyum bahagia.

Syaura masih lagi tidak percaya bahawa dirinya kini bergelar isteri orang. Seakan-akan ini mimpi. Tapi bila dia cubit tangannya sendiri, rasa sakit. Maknanya ini betul-betul, bukan cobaan.

Dari jauh Tasha memandang tajam pasangan pengantin itu. Penumbuk digenggam.

Mak andak pula, sibuk berborak dengan saudara mara yang hadir. Tok nenek segala moyanglah mak andak melayan.

Dia hanya memeluk tubuh sahaja. Walaupun dia bergaya tapi semua mata lebih tertumpu pada Syaura.

Syaura yang mengenakan baju kurung putih dengan sulaman kerawang emas dibahagian bawah, diikuti dengan lilitan shawl dikepalanya. Make up juga tidaklah terlalu pekat tapi natural yang menaikkan lagi seri diwajah Syaura.

*author ambil gambar dari google, busana pengantin Mira Filzah*

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*author ambil gambar dari google, busana pengantin Mira Filzah*

Cemburu betul dia dengan kehidupan Syaura. Hatinya masih lagi memberontak untuk dapat Zayne.

" Tunggu kau Syaura! Hidup kau memang tak akan bahagia !" gumam Tasha.

Sakit hatinya melihat Zayne yang tidak lepas dari menatap Syaura. Saudara mara juga masih menumpukan perhatian kepada pasangan pengantin.

~ holla kesayangan Qay..Qay nak ucapkan terima kasih pada yang promotekan cerita Sir Zayne ni tau..

~ So mana yang belum promote, bolehlah promotekan hehehehehe...sebelum Qay menghantui korang.

~ This part amacam? Tersenyum tak bila baca? Ni baru sikit je sweet Zayne, next part pula akan buat korang cair..

~ Teruskan vote, comment okay..

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now