Ramai yang mengiyakan soalan Sara. Zatbe tersenyum sebaik sahaja kelas kembali gamat.

" Okay! Before kedatangan saya ke kolej ni, memang saya tahu, kolej ni bosan sikit..." suasana meriah dengan ketawa.

" Jadi saya cuba usulkan cadangan saya untuk kamu semua..lagipun mestilah tension sebab asyik dengan assigment, belajar, study sampai pagi..dengan nak layan bf or gf korang lagi.."

" Jadi tak salah if korang ada masa untuk beriadah dengan student-student or member's korang..." terang Sir Zayne.

Mujur usul cadangannya diterima pihak atasan. Pengarah juga tidak keberatan untuk mengizinkan para pelajar menikmati program seperti ini.

" Jadi sir, tempat program dekat mana? " tanya lagi satu suara.

" Tempat program masih dalam perbincangan..tarikh pun masih lagi, tapi kira dari sekarang, kamu semua ada masa lagi seminggu sebelum ke program motivasi.."

Zayne masih dalam mood menerangkan. Syaura hanya melempar pandangan yang kosong. Hatinya rasa bersalah apabila melihat muka Syaura yang ditampal plaster.

Dalam kelasnya, Syaura hanya mendiamkan diri. Tak banyak mulut. Selalunya Syaura akan melawan, tapi Syaura diam dan cuba menjauhkan diri.

" Sir saya pulak! " Mira angkat tangan.

" Okay Mira.."

" Sir, program ni mesti dibawah program Tuan Nadinekan sir.." Syaura tersedak! Nadine?!

" Aik Syaura..tunang sebut namalah tu.." usik Sara. Mereka semua tergelak. Syaura menahan malu.

" Mana kamu tahu Mira? " soal Zayne.

Mira hanya menayang giginya yang tersusun rapi. Dia terserempak dengan Tuan Nadine yang baru sahaja keluar dari bilik Sir Zayne.

" Saya nampak Tuan Nadine.." Syaura mengetap bibir. Bila masa pulaklah minah ni terserempak. Aku yang 24 jam dengan dia, tak ada pulak terserempak.

" Jadi Tuan Nadine adalah kawan saya semasa zaman belajar saya, almost 5 years kami berkenalan.."

Syaura terdiam. Almost 5 years?

" Saya berkawan rapat dengan Tuan Nadine masa awal-awal semester lagi, kami roomate tapi berlainan kos.." cerita Zayne. Semua pelajar fokus pada cerita Sir Zayne.

" Tamat sahaja pengajian, dia terus sambung degree dan semasa tu saya sambung master.." terang Zayne.

Disebabkan dia pelajar STPM, tahun pengajiannya menjadi pendek. Masuk sahaja UITM dia mengambil degree.

Semasa itu Nadine mengambil diploma. Jangka masa pengajian mereka tidak sama.

Semua pelajar mengangguk faham. Jadinya Sir Zayne dan Tuan Nadine sudah berkawan lama.

Otak Syaura masih menghadam cerita Zayne. Pengenalan dia dengan Nadine bermula dari dia tingkatan 5. Dan semasa itu Nadine menyambung diploma.

Tapi kenapa selama dia dengan Nadine, dia tak tahu pun yang Nadine berkawan dengan Zayne.

Dan Zayne tak pernah tanya pasal hubungannya. Atau Zayne tak tahu? Atau Zayne dah tahu tapi dia mendiamkan sahaja?

" Semua setuju? " Syaura tersentak ! Setuju apa ni?

" Jadi saya nak pesan awal-awal..before kita semua nak join the outdoor program, kita semua boleh selesaikan kerja, i mean assigment..sebab nanti time enjoy the program tak adalah fikir about assigment kamu semua.."

" Jadi nak enjoy boleh, tapi siapkan assigment okay? "

" Baik sir.." semua pelajar mengangguk faham.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang