Syaura menjenguk. Mira hanya menggelengkan kepala. Dia tahu luka dipipi Syaura. Tangan Syaura dicakar.

Ini gara-gara perempuan I you tadi. Mujur dia ada handplast untuk ditampal. Nak harapkan Syaura? Janganlah kau berharap ditasik madu pabila bulan mengambang.

" Sir Zayne ada call kau tak? " soal Mira. Syaura berdecit.

" Tak yah tanya boleh tak? Aku malas nak ambik tahu.." dia menyuap nasi kedalam mulut. Seleranya mengalahkan hantu raya.

Gila, dari siang tadi dia memeram air liur basi tanpa sedar. Sesedar dah menginjak ke pukul 10 malam.

Sah malam ni, susah nak tidur. Mahu dia menghadap laptop siapkan assigment.

" Huish! Marah betul kau! "

" Kalau aku pun marah Syaura..bukan salah kau pun.. " ujar Mira. Mereka terdiam seketika.

" Agak-agak kau siapa perempuan tu? "

" Eh manalah aku tahu..tak nak ambik tahu. " Seketul Syaura. Dia sememangnya malas nak berfikir benda yang berteka teki. Otak dia tersangatlah malas.

" Aku rasakan perempuan I you tu.."

" Perempuan Ayu? Mana kau tahu nama dia.." soal Syaura.

" Eh bukan Ayu tu..I you..I dan Y O U. Aku bagi nickname tu sebab dia berI you dengan kita tadi.." terang Syamira.

Sesukahati jelah nak letak nama kat orang. Mahu susah payah mak bapak orang tu cari nama, I you jugalah dia panggil.

" Acah omputih! Macam dia sorang je boleh speaking..aku ni macam tak boleh." Syaura mencebik menyampah.

" Kau cuba speaking Syaura..ha ini dia juara cakap omputih sudah ada. " Mira mengipas muka Syaura.

Mereka berdua masuk air. Bila dah bergabung inilah jadinya.

" Hey you! Tak ada adab ke? Bukan nak say sorry i love you what is your name where you live.." Syaura menganjing.

Mereka tergelak. Sakan mengutuk Mia tadi. Susah nak nampak Syaura dan Syamira serius. Betul-betul serius pun bila tengah jawab exam. Kuikuikui.

" Ha cerita pasal I You ni, kalau esok aku jumpa dia..tahulah apa aku nak buat. " suara dendam. Syaura pastikan Mia akan dapat balasan.

Cari pasal lagi dengan dia. Disebabkan Mia lah dia kena marah dengan Sir Zayne.

Yang si tua tu pun sama. Menuduh je! Bukan nak tanya ke apa ke, ni main melulu sahaja.

Nadine melangkah masuk kedalam biliknya. Ruangan biliknya yang besar itu dipandang. Satu pintu kecil dibahagian hujung bilik segera dihampiri.

Buka sahaja bilik itu, matanya terjatuh pada gambar yang tergantung kemas. Adell.

Gambar Adelia Syaura yang tersenyum saat memandang kearahnya. Wajah yang cantik dan manis itu ditatap.

" Kenapa Nadine tengok Adell macam tu ? " Syaura memandang pelik.

Nadine hanya tersenyum dan menghulurkan sebuah kotak kecil berwarna biru.

" Saja je, sebab Adell cantik.." matanya menatap wajah Adell dengan lembut.

" Aik apa ni? " Syaura cuba buka kotak yang diberi Nadine. Matanya bercahaya apabila melihat isi didalam kotak itu.

" Nadine!! Ni rantai yang Adell cakapkan tu.." Suara Syaura yang teruja dan terharu.

" Nadine belikan untuk Adell sebab rantai ni sesuai dengan Adell.."

Lama juga dia mengumpulkan duit untuk dapatkan seutas rantai. Rantai yang diidamkan Syaura tidaklah mahal mana, tapi sebagai kekasih hati, dia tidak sanggup melihat Syaura yang hanya mengidamkan sesuatu benda.

" Adell pakai tau! "

" Eh mestilah Adell pakai.."

Kotak yang berwarna biru itu diambil. Rantai pemberiannya kepada Syaura dipulangkan semula.

Kisah percintaannya dengan Syaura diputuskan. Salah siapa? Salah diri sendiri. Tak sangka hakikatnya dia tidak boleh lupakan Syaura.

Hatinya masih pada Syaura. Salah dia sebab tinggalkan Syaura demi mengejar cinta perempuan lain.

Kini dia sudah sedar bahawa hatinya masih milik Syaura. Dia cuba mencari Syaura tapi tak dapat dikesan.

Akhirnya, kerjanya membawa kepada pertemuan dia dan Syaura. Tapi, nampak sahaja riak wajah Syaura yang membenci dirinya. Malahan mata Syaura juga sering memberikan pandangan yang tajam.

Adelia Syaura tidak seperti yang dikenal pada masa dahulu. Syaura berubah dengan wajah yang bengis.

Kata-kata dari Syaura juga sungguh tajam. Nadine mengeluh. Macam mana dia nak rebut cinta Syaura semula ?

~ Selagi tengah cuti sem ni, author akan selalu update..~

~ teruskan vote dan comment okay ~

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now