" Sir Zayne?! " terbuntang mata Syamira melihat Zayne mendekati mereka.

Terkejut Syaura ! Suara perempuan ni tak boleh kuat lagi ke?!

" Kau ni apahal?! " soal Syaura, sakit gegendang telinganya. Agaknya tahi dalam telinganya juga bergoncang.

" Sir Zayne weh! Apa dia buat kat sini?!! " walaupun Mira berbisik, tapi masih jelas ditelinga Zayne.

" Dia pakcik aku! " terang Syaura.

" Pakcik kau?!! " Mira masih lagi terpekik.

" Pakcik angkat aku.. " balas Syaura.

" Dan bakal tunang Syaura. " bidas Zayne.

" What?!! Tunang?!! " Syaura menjeling tajam Zayne.

Nafas Mira tercungap-cungap. Nasi yang dikunyah tadi belum sempat ditelan. Dia mengambil air dan meminum dengan rakus.

Baru dia tersedar. Dia memandang Sir Zayne dengan tersengih. Malu!

" Jemput makan sir, saya belum siapkan assigment sir.. "

" Kau kenapa tetiba assigment ?" bisik Syaura.

Dari tadi Zayne menahan ketawa.

" Weh Ura, asal kau tak bagitahu aku? Kalau tak, semalam aku dah siapkan assigment sir tau! " bisik Mira.

" Lah biarlah assig... " mulutnya ditutup.

" Kau dah siap ke belum? " soal Mira.

Syaura menggelengkan kepalanya. Fuh..Mira lega. Nasib baik ada geng yang tak siapkan assigement lagi.

" Maaf sir, saya dengan Syaura tak siapkan assigment lagi, tapi saya janji lepas sahaja majlis sir dengan Ura selesai, maka saya akan mula siapkan assigment sir.. "

Syaura menggelengkan kepalanya. Ini kalau orang utara tahu, depa kata buat palatau!

" Hahahaha..saya bukan kat kolej Mira, kita kat luar, tak perlu cerita pasal assigement. " Mira hanya menggangguk malu.

" Saya tak tahu pulak yang sir ni bakal tunang Syaura.." Zayne hanya tersenyum.

" Syaura tak bagitahu awak? " Syaura dari tadi lebih memilih mendiamkan diri.

" Mestilah tak sir, dia kata nak buat surprise..saya tak ambik hati pun, sebab Ura memang seorang yang sweet.." tokok Mira.

Kurang asam betul Mira ni! Bila masa pulalah aku ni sweet?

" Oh yeke? " Lagilah Syaura mencebik! Dedua ketul ni memang sengaja nak kenakan dirinya.

Zayne sudah tersenyum sampai ketelinga. Senang juga nak korek rahsia bila Syamira ada.

Mak Andak dan Tasha menjeling tajam. Zayne yang segera mengambil kotak dari tangan Syaura membuatkan mereka menyampah!

" Eii, mak andak..mak andak kata mak andak nak jodohkan Tasha dengan abang Zayne..kenapa pula si pompuan tu yang bertunang dengan abang Zayne?! " rengek Tasha.

Sudah lama dia memendam perasaan cinta dekat Zayne. Saat kakinya pertama kali melangkah ke rumah agam Puan Sri Yasmin, dia terpana melihat Zayne.

" Ish kamu ni, baru bertunang, sedangkan orang yang dah berkahwin pun boleh bercerai, apatah lagi orang yang bertunang.. " ujar Mak andak.

" Mak andak cakap je..tapi habuk pun tak ada. "

" Eh kamu ni ! Aku tahulah nak buat apa..kau nak Zayne tak? "

" Eh mestilah ! Abang Zayne tu dahlah handsome, kaya pulak tu.." Tasha mengeletis !

Siapa sahaja yang melihat Zayne pasti akan jatuh tersungkur. Badan yang tegap, tinggi, putih, rambut berstyle. Nak-nak mata hazel milik Zayne tu mampu buatkan para gadis jatuh cinta.

Mak andak sudah merancang untuk rapatkan Tasha dan Zayne. Dia mahu merampas apa sahaja yang Syaura dapat.

Tunggu masa sahaja dia mahu melihat Syaura jatuh terduduk dihadapannya. Baru puas hatinya !

Syaura mendekati Zayne yang mengambil duduk dihadapan kolam. Air mineral dihulurkan.

" Terima kasih Ura.." lembut Zayne menyambut.

" Sama-sama.. " nampak Zayne meneguk air laju. Haus betul.

" Air ni rasa sedaplah.. " ujar Zayne.

" Sedap? Dah nama pun air mineral, nak-nak kita tengah penat, dapat masuk dalam tekak, leganya Ya ampun! " Makin lama Syaura rasa selesa dengan Zayne.

" Bukan..sebab bakal tunang yang bagi, tu rasa sedap.." Zayne tersenyum. Syaura menahan malu.

Zayne dapat rasakan yang dia mampu menambat hati Syaura. Mereka berdua melihat keindahan senja.

" Cantik.. " Zayne memuji.

" Haah cantik..masa saya kecik-kecik, saya selalu sorok dekat sini.." cerita Syaura.

" Sorok? Sebab apa? "

" Sebab nenek suruh mengaji.. " Syaura tersenyum apabila teringat kembali zaman kecilnya.

Nampak lembut sahaja Puan Sri Yasmin, tapi apabila tiba untuk menjadi guru mengaji, automatik jadi garang.

" Hahahaha..sebab mengaji je.. "

" Nenek garanglah.." adu Syaura. Zayne masih merenung Syaura.

" Ohh..kat sini rupanya.." suara Mira menyentak lamunan Zayne.

Syamira mendekati mereka. Dia tersengih melihat wajah Zayne.

" Sir, saya pinjam Syaura sekejap ye..sebab Puan Sri Yasmin nak jumpa dia.. " Mira menarik tangan Syaura.

Setelah memastikan mereka jauh dari Zayne. Mira menampar lengan Syaura.

" Oh pandai kau dating rupanya.."

" Dating apa benda kau ni? " soal Syaura. Dia mula mencebik!

" Elelelelele..tadi tu apa Adelia Syaura?Dating lah tu..." usik Mira. Syaura hanya tersenyum.

Belum sampai masanya untuk jatuh cinta dengan Zayne, cuma dia rasa selesa dengan Zayne.

~ hai kesayangan author,  sorry kalau ada yang typo ~

~ teruskan vote dan comment okayy ~

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz