Syaura merenung jauh melihat taman bunga neneknya. Baru sahaja dia bertengkar dengan Mak Andak. Stress dia ! Kalau tidak mengenangkan neneknya sakit, dia tidak akan menjejaki kaki kerumah ini. Dia mengeluh lemah.

" Panjangnya mengeluh.." tegur sir Zayne yang mengambil tempat disebelah Syaura. Syaura memandang Sir Zayne dengan pandangan kosong. Kehadiran Sir Zayne tidak disambut. Dia masih memandang taman bunga neneknya. Mereka jadi bisu dan menatap keindahan senja. Pemandangan ditaman bunga Puan Sri Yasmin memang jelas sekali apabila waktu subuh dan senja. Pemandangan yang mendamaikan.

" Cantikkan ? " Sir Zayne cuba memancing perhatian Syaura. Syaura yang mengenakan baju tshirt hitam lengan Panjang dan seluar palazzo hitam itu masih diam tidak berkutik.

" Kenapa awak diam je ? Selalunya awak melawan apa yang saya cakap ? " Syaura masih diam. Dia malas ingin bercakap. Sir Zayne akhirnya melangkah pergi.

" Saya tak tahu, kenapa semua benci saya.." langkah Sir Zayne terhenti. Ada getaran dalam suara itu. Sungguh Syaura nampak lemah. Nampak lemah. Mak andak mengutuk dan mencaci arwah Ibunya.

" Tak ada yang bencikan awak Syaura, itu semua perasaan awak sahaja. Kalau semua orang bencikan awak, awak tak rasa kehidupan yang macam ini..awak tak akan dapat tengok keindahan senja. " Sir Zayne melangkah pergi. Dia tidak kuat untuk melihat Syaura mengalirkan air mata. Sungguh hatinya sakit apabila melihat air mata Syaura. Meskipun dia tidak tahu kenapa dengan mak andak dan Syaura.

Syaura mengesat air matanya laju. Semua orang tak akan faham apa yang dia rasa. Langkahnya kembali ke bilik Puan Sri Yasmin. Sir Zayne yang sedang berbual dengan Puan Sri Yasmin itu ditatap.

" Syaura..meh dekat dengan nenek.." Syaura meraih tangan neneknya. Dikucup lembut. Sir Zayne hanya memandang.

" Why nenek ? Nenek nak makan ke ? Atau nenek nak Ura mandikan nenek.."

" Taklah, nenek ada permintaan.." Syaura memandang neneknya lembut.

' Eh kau ! Sebabkan kaulah mak aku jatuh sakit ! ' kata-kata dari mak Andak membuatkan Syaura terdiam. Apa yang keluar dari mulut mak andak memang betul. Sebab dialah neneknya jatuh sakit. Kalau permintaan nenek ini menggantikan nyawa sekalipun dia sanggup ! Asalkan nenek bahagia.

" Kalau nenek dah tak ada nanti, nenek risau kalau Syaura tak de siapa nak jaga.." Sir Zayne melangkah merapati pintu bilik Puan Sri Yasmin.

" Nenek minta Zayne jagakan Ura.." genggaman Puan Sri Yasmin diketatkan.

" Nikah dengan Zayne ye Ura.." Syaura berhenti menggosok tangan neneknya. Matanya terus memandang Sir Zayne yang terhenti langkahnya disitu. Dia terdiam. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan. Bernikah dengan Sir Zayne ? Hidup dengan lelaki itu ? Lecturernya sendiri ?

" Sekiranya permintaan nenek ni berat..maafkan nenek ye sayang, nenek nak sangat Syaura dijaga dengan baik.. diberikan kasih sayang tanpa putus.." tangan Sir Zayne yang ingin memulaskan tombol pintu itu bergetar. Sungguh dia membuat keputusan yang berat sekali. Syaura masih mendiamkan diri.

Syaura memandang lembut neneknya. Mata neneknya dicari. Besar sungguh harapan Puan Sri Yasmin untuk cucunya. Kehidupan Syaura adalah kehidupan untuk dirinya juga. Sekiranya ini adalah yang terbaik, dia sedaya upaya cuba untuk menyatukan mereka. Dia yakin Zayne akan menjaga manah dirinya. Budi dan hati Zayne dia sudah kenal sejak hari pertama dia bawa Zayne balik sini.

" Nenek..nenek kena banyak berehat, nenekkan ada untuk Syaura dapat kasih sayang." Sir Zayne sudah tahu keputusan Syaura. Dia meninggalkan dua wanita itu untuk mengambil masa bersama.

" Nenek dah tak lama Syaura.." ujar Puan Sri Yasmin perlahan. Badannya mula terasa sakit.

" Janganlah cakap macam tu..." dia risau sekiranya Puan Sri Yasmin masih ingin menyambung bicara.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now