Butang lift ditekan tingkat 3. Cepatlah wahai lift ! Apasal dia nak jumpa aku ni ?! Menyusahkan betullah ! Sempat Syaura mengata Sir Zayne.

Ting !

Laju langkah kakinya mendekati pintu bilik Sir Zayne. ' Zayne Darris ' Huh ! Nama bukan main lagi !

" Coming.." suara dalam membenarkan masuk. Sekali Syaura pulas sahaja, pintu dan terbuka dan tepat lima minit kakinya melangkah masuk.

" Wow ! Bravo ! Genap lima minit.." Sir Zayne menguntum senyum. Melihat muka Syaura yang mencebik dan memberi pandangan tajam membuatkan dia makin geli hati.

" Kenapa sir nak jumpa saya ? " Syaura menjeling melihat Sir Zayne yang dari tadi tersenyum. Apa kena dengan orang tua ni ? Tersengih-sengih.

" Oh, tak apa pun..saya panggil sebab nak tengok muka awak je.." okay ! Syaura terkedu ! Dia menyambar mata hazel Sir Zayne. Nampak mimik muka Sir Zayne yang menahan senyum. Tapi, tak boleh ! Dia kalah dan akhirnya dia tergelak melihat Syaura.

" Apa masalah sir ni ? Suka hati panggil saya dan sekarang sir kata saja nak tengok muka saya ?! " Berani ye kamu. Syaura berani dengan Sir Zayne sahaja. Dengan lecturer lain berani mengata belakang-belakang.

" Kamu jangan marah saya Syaura. And for your information, saya tak hamak pun nak jemput awak masuk bilik saya ni melainkan atas sebab TU GA SAN yang saya kena uruskan ! " sekelip mata sahaja Sir Zayne bertukar. Dari yang ceria kepada yang tegas dan lancang betul mulutnya !

Syaura hanya terdiam apabila Sir Zayne mengeluarkan buku note merah. Diselak-selak dan akhirnya terhenti pada muka surat yang penuh dengan list.

" Tak pelik kalau Uni ni tak buang awak, sebab result awak dari sem 1 sampai sem 4 bagus, sangat bagus. Tapi attitude awak ? Urm, sangat tak sesuai dengan muka dan result awak ! " Sir Zayne mencampak perlahan buku notenya. Syaura memandang Sir Zayne dengan tajam. Mulut dia ni...

" Kenapa sir cakap macam tu ? " Sir Zayne mengutum senyum. Ya ! Memang ramai wanita akan cair dengan senyumannya tapi bagi Syaura itu adalah senyuman sinis !

" Saya ? why cakap macam tadi ? Awak buta ke atau saja-saja tak nampak yang pagi tadi saya ada dengan Miss Zana ? Awak tu mentee saya Syaura, kalau awak buat perangai dengan sikap awak yang tak boleh nak behave tu, kelas awak dan MEN TOR awak akan dapat kesannya juga. " Sir Zayne menarik nafas seketika.

Dia memang lecturer baru disini. Tapi tak bermakna dia boleh buat tak tahu sahaja dengan pelajar-pelajarnya. Menurut miss Zana, Syaura memang akan melakukan perkara yang tidak dijangka. Rekod asrama pun buruk juga.

" Tak ada gunanya Syaura kalau awak pandai tapi, attitude awak buruk. Pergilah kemana-mana syarikat pun untuk ambik pekerja, if someone yang ada attitude like this..nothing Syaura. " Syaura hanya menundukkan wajahnya. Dia tahu dengan semua tu, tapi setiap yang terjadi bukan atas sebab dia saja-saja nak buat perangai. Kalau orang tak mulakan dahulu, dia tak akan membalas.

" Saya tahu, awak buat ini semua sebab orang yang cari pasal dengan awak, saya ni dari awal jejak kaki dalam Uni ni lagi, macam-macam benda yang saya dengar pasal awak dan kelas awak. " Sir Zayne memandang lembut wajah Syaura.

" Awak dah 21 tahun Syaura. Cubalah tahan sikap tak behave awak tu bila dalam Uni,bila awak berdepan dengan orang yang buatkan awak sakit hati." Syaura cuba mengangkat kepala. Tapi mata hazel itu terus memandangnya. Syaura melepaskan keluhan.

" Puas jugalah saya merayu pada pihak pengurusan untuk tidak gantung awak.." laju sahaja Syaura mengangkat kepalanya. Dia terkejut sebab tak pernah lagi pihak pengurusan nak gantung pelajarnya !

" Ke..kenapa sampai nak gantung saya pulak ?! "

" Sebab Miss Zana..." Huh ! Dia dah agak yang Miss Zana akan lakukan perkara itu. Syaura hanya mendiamkan diri.

" Saya harap kamu dapatlah berfikir sebelum bertindak Syaura."

" Saya minta maaf sir.." Ya ! Depan sir kena nampak menyesal.

" Sokay Syaura, awak berhutang dengan saya, sebabkan awaklah saya terpaksa cancel kelas saya dengan sem 3. Jadi awak boleh balik ke kelas..dan pasti, awak sampai dulu, sebelum saya sampai dulu. " tegas Sir Zayne bersuara. Syaura yang terkulat-kulat itu memandang Sir Zayne dengan pandangan yang pelik. Oh ye ! Kelas dia kejap lagi.

Semua mata terpegun melihat Sir Zayne yang mengajar dihadapan, tapi tidak pada Syaura. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia pecahkan kereta Miss Zana. Tapi apa boleh buat, dia hanyalah seorang pelajar.

" Saya harap kamu semua take note isi penting, dan assignment saya, sila hantar selewat-lewatnya esok sebelum 6 petang. Before saya akhiri kelas saya, ada apa-apa soalan ? " mata Sir Zayne terhenti apabila melihat Syaura yang menongkat dagu.

" Okay Syaura, awak nak tanya apa ? " tersentak Syaura apabila namanya dipanggil.

" Ha ? " soalnya kembali. Si Zayne yang menyilangkan tangan itu menyembunyikan senyuman.

" Awak angkat tangan tadi, awak nak tanya apa ? " Semua mata tertumpu memandang Syaura. Dalam hatinya dah menyumpah Sir Zayne.

" Ha.."

" Kalau awak tak tanya apa-apa, saya tak akan lepaskan classmate awak balik.." mereka semua mengeluh. Kini harapan mereka terletak pada Syaura. Mira menyiku Syaura yang elok diam memerhati.

" Sir saya" ligat otak Syaura mencari soalan.

" Saya nak tanya sir, if someone yang buatkan kita rasa sakit hati..apa patut kita buat ? Tak kan nak diam ? " ternganga classmate mendengar soalan Syaura. Mira mula menepuk dahi dengan lima jarinya. Apo ni Ura ?!

" Oh..nice question ! But Syaura, this is not subject psikologi untuk awak tanya soalan like that.." Sir Zayne masih menayangkan muka selambanya.

" Tapi sokay..saya pun tak tekan yang boleh tanya soalan untuk subjek ini..jadi jawapan untuk soalan awak, You just hit something that wont hurt you or anyone else, like a pillow. Just imagine the face of the person who made you hurt and hit you as hard as you could. Itu akan buatkan awak jadi lega dan kembali normal. "

" Okay class, time is out..so you can leave now.." Syaura masih memandang whiteboard putih. Mira dan kawan-kawan yang lain sudah pun melangkah keluar. Malam ini dia keseorangan lagi memandangkan Mira pulang ke rumah parentsnya.

Kata-kata Sir Zayne menyentak tangkai hatinya, dia memang bukan manusia yang normal apabila semua benda dia nak serang. Dia ada penyakit ke ? Kurang kasih sayang ? Neneknya sering ada jika dia ada masalah tapi dirinya ?

Kelasnya dipandang sepi..rasa menyesal mula bertandang dalam hati. Hatinya dipangut rasa menyesal. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar, telefonnya berbunyi. ' Nenek Syg '

" Hello.." sapa Syaura

" Hello.." suara dingin itu lagi ! Why dia guna telefon nenek untuk menghubunginya.

" Nak apa ? "

" Nenek kau sakit ! Tak reti balik rumah ke ?! " soal Mak Andak. Bulat mata Syaura. Nenek sakit ?!

" Macam mana nenek boleh sakit mak andak ? " nada suara Syaura yang risau itu tidak diendahkan.

" Kau ingat aku ada 24 jam ke dengan nenek kesayangan kau ni ! Kau nak tahu, kau baliklah rumah ni " Mak andak meletakkan panggilan. Syaura segera melangkah keluar.

Buk !

" Auch ! " Syaura memegang kepalanya. Dia langgar tembok ke, keras betul !

" Eh ! Sorry..saya tak sengaja. " Sir Zayne cuba memegang kepala Syaura tapi ditepis kasar. Merah padam muka Syaura.

" Tak sakit pun, jangan sentuh saya.."

" Saya datang ni sebab kakak telefon bagitahu yang ibu sakit.." Mereka berdua melangkah keluar.

" Saya tahu.." Syaura meninggalkan Sir Zayne dibelakang, menutup pemerhati yang sedang memerhati mereka terburu-buru keluar dari hall. Mujur sahaja kereta mereka tidak jauh dari Uni. Barang-barang Syaura dicampak ke seat belakang. Kereta di start dan menderu laju kelisa dia keluar dari Uni.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora