KEPISH!
Dia merotan lengan kanan Luth pula. Asyik belah kiri sahaja pun bosan juga. Luth mengaduh sakit entah ke sekian kalinya. "Boleh tak kau stop pukul aku?"

"Aku tak suka orang bagi alasan."

"Aku pun tak suka orang pukul aku."

"Jadi jangan bagi alasan kalau tak nak kena pukul."

"Jadi jangan pukul aku, kalau kau pula tak nak kena pukul dengan aku."

"Oh, kau berani pukul ketua housemaid?"

"Kenapa kau ingat aku tak berani?"

"Heh, kalau berani try lah."

"Tak apa, aku hormat kau sebagai ketua."

"Ceh, tahu pun takut. Pengecut!" ejek Noah. Dia memeluk tubuh dan berpaling ke arah lain.

"Aku bukan pengecut." tegas Luth. Makin sakit kepala dia melayan lelaki gila ni! Bermula semalam lagi, tak habis-habis nak cari pasal. Kalau adik aku, dah lama aku campak sahaja dia ke dalam kolam ikan belakang rumah ni.

"Oh, ya ke? Ada?" soal Noah. Luth mengerut kening.

"Ada apa?"

"Ada aku tanya?" sindir Noah dan ketawa mengekek. Suka pula dia melihat muka Luth yang sudah merah padam. Luth mengepal-ngepal kuat kedua-dua belah tangannya. Hanya tunggu masa kepala hendak meletup sahaja untuk penumbuk ini dilancarkan ke wajah Noah. Buat kelakar tak lucu langsung!

Tergeleng-geleng kepala Noah melayan karenah Luth. Daripada terus membuang masa, baik dia teruskan kerja. Lantas, Noah mengatur langkah menuju ke arah meja kopi yang berada di tidak jauh daripada situ. Dia mencapai satu dokumen kerja di atas meja lalu membukanya.

"Okay, we should start now. Zarif, Karl, Mark, Rayhan and Amar. Kauorang hari ni akan bekerja di tingkat empat dan lima. Dekat situ saya tengok banyak habuk, dan banyak usang dekat dinding. Jadi bersihkan. Faham?" ujar Noah serta mengagihkan tugas buat mereka berlima. Lima orang lelaki yang disebutkan itu mengangguk kepala tanda faham. Lantas, mereka pun bergerak secara barisan menuju ke arah lift yang terletak di sebelah tangga untuk menaikinya menuju ke tingkat lima dan empat.

Setelah kelibat mereka menghilang, Noah kembali memandang dokumen kerja itu. "And... Kumpulan lagi satu, Zayn, Shahrul, Jastin, Harraz dan Habib Nazrin. Kauorang kena bersihkan ditingkat tiga sahaja. Dekat situ ada masalah paip bocor dekat bilik paling hujung. Dan bilik perpustakaan pun saya dah check, penuh habuk dan tak disusun dengan betul. Plus, saya ada letak daun bingkai gambar besar dekat sana. Nanti tolong gantungkan dekat bilik kerja Tan Sri Adam Lim. Okay?"

Mereka mengangguk serentak. Lantas mereka pun beredar pergi daripada situ setelah menerima arahan. Kali ini tinggal Luth dan Hawa sahaja. Dokumen kerja itu ditutup, lalu diletakkan ke atas meja kopi semula. Dia melangkah menghampiri mereka.

"Hawa, awak kerja dekat dapur. Siapkan sarapan untuk Puan Sri dan Tan Sri ya?"

"Baik, abang Noah." Hawa menurut. Dia menunduk kepala tanda hormat sebelum melangkah menuju ke arah dapur besar di hujung sebelah kanan. Noah tersenyum lebar, memerhatikan figura Hawa yang semakin menghilang daripada pandangan. Comel betul wanita itu. Luth yang sudah lama memerhati geram sahaja apabila melihat riak muka Noah yang kelihatan nakal memerhati isterinya. Makin geram pula aku dengan perangai mamat ni! Lantas, kaki kanan Noah dipijaknya dengan kuat. Rasakan!

"Arghh!" Noah menjerit kuat. Spontan rotan ditangannya terlepas. Terlompat-lompat dia menyentuh kaki kanannya yang berdenyut-denyut sakit.

"Don't you ever dare look at her like that. Itu baru aku pijak kaki tahu? Belum pijak muka kau lagi." sinis Luth berbaur amaran. Tegang sahaja mukanya memandang Noah. Perlahan-lahan Noah memijak kaki kanannya ke atas lantai semula. Kurang sedikit rasa sakit tadi. Dia mendengus kecil.

"Aku gurau je, itu pun kau nak cemburu ke?"

"Eh, suka hati akulah. Dia isteri aku, bukan isteri kau! Cepatlah, apa kerja aku?"

"Cuci tingkat dua dan satu."

"Huh?!" Luth terkejut. Jatuh rahangnya mendengar.

"Banyaknya?! Diaorang semua kerja secara berkumpulan kenapa aku seorang diri? Dua tingkat pula tu!"

"Kau tengok muka aku ni macam aku ambil kesah ke tentang semua tu? Of course not! Tak salah pun kalau kau kerja lebih masa. Gaji kau pun tentu akan lebih juga. Tak apa, kalau Hawa dah siap masak nanti aku suruhlah dia tolong kau. Alaa... bukannya susah mana pun, cuci 12 bilik sahaja setiap tingkat."

"Du... Dua belas?"

"Anggap sahaja kau cuci rumah sendiri. And..." Noah mengeluarkan segugus kunci di dalam kocek seluarnya lalu dihulurkan ke arah Luth. Lambat-lambat Luth mencapainya.

"Itu kunci bilik untuk setiap tingkat. Dekat kunci tu ada nombor, jadi senanglah kau nak cari bilik yang mana nanti."

"Kau pula buat apa?"

"Aku cuma memerhati. Dan sekarang, aku nak pergi perhatikan Hawa buat kerja dahulu. Dan jangan risau, aku takkan buat apa-apa dekat Hawa. Trust me. Aku cuma jalankan kerja sahaja. Tapi dengar cerita semalam... muka aku macam Lee Jong Suk? Sorry lah, aku terdengar tanpa sengaja. But it's okay, I like it. Selamat bekerja!" ucap Noah. Dia menepuk-nepuk lengan kiri Luth berkali-kali sebelum melangkah menuju ke dapur.

Luth menjelinge meluat. Segugus kunci ditangannya digenggam kuat. Geram. "Lee Jong Suk konon. Muka dah macam sup bunjut adalah. Perasan!"

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now