Shahidah menggeleng kepala. Walaubagaimanapun sekalipun, dia tetap percaya Luth tidak akan menjadi orang jahat seperti yang Datin Hanis ceritakan. Dia bangun daripada kerusi, lalu memusing memandang Datin Hanis.

"Luth takkan jadi macam tu. Sha tetap nak mama dapatkan dia untuk Sha. Tapi kalau mama lebih pentingkan Hawa, Sha sendiri akan buat Luth sukakan Sha."

"Ya Allah, Shahidah..."

"Sha, tak nak dengar apa-apa lagi. Tidur lagi bagus! Buat pening kepala aje melayan mama." sinis Shahidah. Lantas, dia mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Air susu yang dibancuh oleh Datin Hanis sedikit pun tidak disentuhnya. Datin Hanis mengeluh kecil. Tangan kanannya menyentuh Hawa. Sejak daripada suaminya dipukul, dia sudah merasakan sesuatu yang aneh pada Luth. Ah, dia betul-betul risaukan tentang keadaan Shahidah jika mereka meneruskan juga rancangan untuk memporak-perandakan rumahtangga Luth dan Hawa nanti.




















                                  SPALSH!!
         Air dingin yang menyimbah ke muka membuatkan mata Malik terbelalak luas. Terkejut. Daripada tersengguk-sengguk menahan mengantuk, kini terus segar bugar. Cerah segala deria. Dan kembali ke alam nyata begini, tubuhnya diresap ketakutan semula. Mata Malik asyik melingas resah . Jantung memang tak lagi berentak normal. Sentiasa kencang dan berdegup tatkala melihat muka Tan Sri Adam Lim yang tak bergaris riak mesra.

Melihat ada bungkusan makanan dan sebotol air mineral di tangan lelaki tua itu, perutnya mula berkeroncong kelaparan. Ya, dia memang lapar sangat-sangat. Selama duduk terkurung di bawah tanah yang sunyi dan panas ini, dia hanya diberi makan secubit roti Gardenia dan satu penutup air sahaja. Mana dia tak kelaparan?

Tan Sri Adam Lim tersenyum sinis. "Lapar ke?" soalnya dengan nada menyindir. Dia duduk bertinggung di hadapan Malik yang sudah terikat kemas. Dengan bersungguh-sungguh Malik mengangguk kepala tanda dia benar-benar lapar.

"Apa kau rasa bila kau lapar macam ni?"

"Aku rasa macam aku nak bunuh kau bila aku dapat keluar daripada tempat jahanam ni!" tempik Malik.

Wow... terjongket kening Tan Sri Adam Lim. Masih ada tenaga nak marah orang biarpun makanan dan minuman diberi dengan jumlah yang sikit. Tan Sri Adam Lim ketawa.

"Okay. Nampaknya kau betul-betul terseksa dengan aku ya Malik? Aku boleh bagi kau makanan dan air ni, tapi dengan satu syarat. Kau perlu jawab soalan aku."

"Apa benda kau nak tanya, tanyalah sial! Aku lapar kau tahu tak?! Kau buat aku macam nak jadi gila duduk dalam tempat ni! Cepatlah!"

"Kenapa Haji Zamani tarik semula report tentang kematian Sumaiyah?" soalnya. Malik mengatup mata sesaat. Soalan itu rupanya yang dia hendak tanya. Tiada soalan lainkah? Malik mendengus kecil. Nak tak nak, dia harus juga memberi jawapan kerana inginkan makanan.

"Sebab waktu tu, dia tak tahu aku yang rogol Sumaiyah. Dia buat report dan baru dapat tahu yang aku pun ada terlibat sekali dalam kes rogol tu. Dan, dia pun baru teringat yang dia pun pernah sentuh Sumaiyah. Abah aku takut kalau kesan tu masih ada pada Sumaiyah. Tambah pula, seminggu selepas kejadian tu aku ada dijemput dalam majlis Maulidur Rasul. Ketua masjid tu tawarkan 50,000 ringgit kepada aku sebagai tetamu jemputan, dan abah terima tawaran tu. Sebab itu dia terpaksa tarik report sebab dia tak nak kehilangan 50,000 ringgit jika ketua masjid tahu yang aku ada terlibat dalam kes jenayah."

"Lagi?"

"Lagi... dia terpaksa buat report tu sebab dia tak nak mak rasa yang suami dia tak ambik kesah pasal kematian anak sendiri." sambung Malik lagi.

Tan Sri Adam Lim mengangguk kepala. Nampaknya Tuan Haji Zamani itu benar-benar mata duitan! Sanggup dia menarik semula laporan polis semata-mata tawaran 50,000 ringgit sebagai tetamu jemputan majlis Maulidur Rasul? Kau memang dah tertipu dengan dunia Zamani!

"Jadi... kenapa kau bunuh Sumaiyah?"

"Kau kata kau cuma nak tanya satu soalan?"

"Aku tanya, jadi jawab sahaja."

Malik mengeluh kecil. "Sebab... waktu tu Luth dah sampai rumah. Kawan-kawan aku semuanya dah keluar ikut tingkap dan tinggal aku seorang je dalam bilik tu. Sumaiyah pun dia masih lagi sedar walaupun keadaan dia waktu tu dah lesu. Aku takut kalau dia bagitahu pada Luth. Jadi aku terpaksa bunuh dia guna gunting yang ada, sebelum aku tinggalkan bilik tu."

"Kau masih simpan gunting tu?" soal Tan Sri Adam Lim lagi. Malik menggeleng kepala sebagai jawapan.

"Gunting tu tak ada dengan aku. Abah yang simpan supaya pihak polis tak boleh jumpa. Tapi sumpah, aku tak tahu dia letak dekat mana? Yang aku pasti, gunting tu dia simpan sekali dengan surat bukti kes pembunuhan Sumaiyah. Itu sahaja." ujar Malik. Tan Sri Adam Lim mengangguk faham. Dia percaya dengan kata-kata Malik. Lagipun, dia tidak rasa yang Malik mampu menipu dalam keadaan kelaparan seperti ini. Segaris senyuman sinis terbit di bibirnya.

"Baiklah. Terima kasih sebab membantu. Senang sikit aku nak bagitahu Kalsum nanti tentang perkara sebenar. So, selamat menjamu selera." ucap Tan Sri Adam Lim. Dia meletakkan bungkusan makanan dan minuman di atas lantai, lalu dia bangun. Kening Malik bertaut pelik. Dia menunding memandang kaki dan tangannya yang terikat sebelum kembali mendongak memandang lelaki tua itu.

"Macam mana aku nak makan kalau kau ikat aku?"

"That's not my problem." ejek tan Sri Adam Lim dan ketawa. Lantas, dia mengatur langkah keluar daripada bilik penyeksaan itu. Pintu dihempas tutup dengan kuat dan dikunci dengan kemas. Terkacip-kacip gigi Malik menahan amarah. Kedua-dua belah tangannya sudah dikepal kuat.

"Argh!!" dia menjerit sekuat hati melepaskan geram. Sungguh, dia sudah penat dengan semua ini. Orang tua itu sengaja ingin permainkan dirinya. Rasa tertekan, marah, kadang kala sampai nak naik gila pun ada!

"Bodoh punya orang tua! Kau fikir kau boleh hukum aku macam ni? Kau bukan Tuhanlah! Ini semua salah Luth, kau memang tak guna Luth!! Kau memang tak guna!"
                            
                   

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang