"Bang, saya bukannya nak serabutkan kepala abang. Tapi abang kena keluarkan Luth semula daripada penjara tu. Kita kena minta maaf dengan dia, bang..."

Tuan Haji Zamani menjuih bibir. "Maaf? Awak merepek apa ni? Awak nak saya minta maaf dekat dia? Hei, Saya ni ayah dia. Buat apa saya nak kena minta maaf dekat dia?! Dia yang sepatutnya melutut dekat saya dan minta maaf atas kesalahan bodoh dia tu!"

"Ya Allah, bang... kenapa tinggi sangat ego abang kepada dia?"

"Ego siapa yang tinggi sebenarnya huh? Saya atau dia?! Ish, sudahlah, makin serabut kepala otak saya ni melayan perangai awak, tahu tak? Baik saya pergi berbincang dengan Dato Mukhriz lagi bagus. Sekurang-kurangnya dia boleh bantu saya, bukan macam awak! Makin buat saya pening kepala!" sinis Tuan Haji Zamani. Lantas dia berdiri semula, mengatur langkah menuju ke tingkat atas untuk menyiapkan diri sebelum bertolak ke rumah agam Dato' Mukhriz.

















                             “LUTH Mikail bin Haji Zamani, awak dibebaskan atas ikat jamin daripada seseorang." bagai nak terlompat jantung keluar apabila mendengarnya. Betapa gembira Luth melihat palang besi itu dibuka. Tak menunggu lama, terus dia keluar daripada lokap itu. Setelah siap menukar pakaian, dia mengatur langkah keluar daripada balai polis. Pasti Hawa sedang menunggunya di rumah. Entah apalah perasaan Hawa semalam. Pasti wanita itu sedang gelisah memikirkan tentang keadaan Luth.

Namun, langkah Luth terhenti di hadapan pintu kaca. Kelihatan ada seorang lelaki tua dalam lingkungan 40 tahun berdiri di hadapan balai polis itu, mungkin sedang menunggu dirinya. Dengan di kelilingi oleh lima orang pengawal peribadi di sebelah kiri dan kanan. Dia bersandar pada kereta Cadillac Escalade Limousine, kereta terpanjang di Malaysia yang mempunyai lapan belas tempat duduk di dalamnya serta sebuah bar kecil.

"Hai, Luth Mikail. Apa khabar?" sapa Tan Sri Adam Lim. Cermin mata hitam diturunkan ke bawah,lalu disangkut pada poket bajunya sebelum mengatur langkah ke arah Luth. Segaris senyuman lebar dilemparkan ke arah lelaki itu.

Luth mengerut kening. Sungguh, dia langsung tidak kenal lelaki ini. Lebih pelik apabila lelaki tua itu mengetahui namanya.

"Saya Tan Sri Adam Lim, but you can call me Tuan Adam. Tidak pun, panggil papa pun saya lebih suka." ujarnya, memperkenalkan diri kepada Luth. Tahu-tahu sahaja apa yang bermain di fikiran Luth waktu itu. Dia menghulurkan sebelah tangannya ingin berjabat. Lambat-lambat Luth menyambutnya semula.

"Macam mana Tuan Adam tahu nama saya?"

"Penting ke semua tu? I think not. Yang paling penting, saya dah ikat jamin awak dan serahkan segala bukti bahawa awak tak bersalah." ujar Tan Sri Adam Lim. Dia tersenyum lebar.

Luth mengangguk kepala tanda faham. Mungkin disebabkan aku anak Tuan Haji Zamani dan agak terkenal, itu sebablah dia tahu nama aku. Atau sebaliknya. Luth mengjongket bahu. Entahlah, yang dia tahu lelaki tua ini telah menyelamatkan dia daripada terkurung lama di dalam lokap. Luth turut tersenyum. Pegangan tangan mereka dileraikan.

"Terima kasih, Tuan Adam. Maaflah, saya tak boleh nak balas balik jasa Tuan. Saya miskin. Tak ada apa-apa."

"It's okay. Money is nothing to me. Saya tak harapkan balasan daripada awak, Luth. Cukup tengok awak dah ada depan mata saya pun dah bagus. Awak tentu rindukan isteri awak, kan?"

Makin berlapis dahi Luth. Bagaimana lelaki ini tahu yang dia mempunyai isteri? Tan Sri Adam Lim ketawa. Lucu melihat reaksi Luth. Bahu lelaki itu ditepuk-tepuknya. "Relax, bawa bertenang. Saya bukan orang jahat. Dan saya tak buat apa-apa pun dekat Hawa. Awak nak tahu apa yang jadi semalam? Isteri awak hampir kena rogol dengan abang awak. Mujur saya tiba tepat pada masanya. Kalau tidak... saya tak rasa isteri awak selamat sekarang."

"Hampir kena rogol? Kurang ajar..." Luth tidak boleh menahan sabar lagi. Berani betul lelaki itu menyerang Hawa semasa ketiadaannya. Baru sahaja Luth ingin berlari balik ke rumah, Tan Sri Adam Lim sudah menghalang. Kedua belah lengan Luth ditarik menghadapnya.

"Hei, tenang. Isteri awak dah selamat di hospital sekarang. Kau takkan mampu nak balas dendam dekat Malik..."

"Kenapa pula? Dia tu dah melampau! Saya kena ajar dia cukup-cukup! Hawa tu isteri saya, tiada siapa boleh sentuh dia melainkan saya!"

"Yeah, I know. Tapi awak nak kena sumbat dalam penjara lagi ke? Huh? Luth... Luth... dalam dunia ni. Awak takkan boleh balas dendam, kalau awak miskin. Senang-senang je orang atasan nak pijak awak nanti."

"Habis? Takkan saya nak biarkan Malik tu bebas? Dia dah macam-macam buat dekat saya dengan Hawa, Tuan tahu tak?!"

"Semuanya saya tahu. Daripada A sampai Z tentang Malik saya tahu. But don't worry, Malik takkan ke mana-mana. Awak pun boleh balas dendam atas apa yang dia dah buat. Just... You need to change your status form now. We are same, Luth. Senang cerita nak bagi awak faham, diri saya ada dalam diri awak. Saya boleh bantu awak." ujar Tan Sri Adam Lim. Luth tersenyum sinis. Kedua-dua belah tangan lelaki itu ditepis daripada memegang lengannya.

"Kenapa Tuan nak bantu saya? Atau... tuan cuma nak perangkap saya supaya saya kahwin dengan Shahidah?"

Tan Sri Adam Lim ketawa. "Shahidah? Kan saya dah cakap, diri saya ada dalam diri awak. Jadi saya benci perempuan tu. Ah, cakap banyak pun tak guna. Apa kata awak ikut je saya pergi hospital? Isteri awak ada dekat sana. Dah lama dia tunggu awak. Jom!" ujar Tan Sri Adam Lim, serta mengajak Luth untuk mengekornya masuk ke dalam kereta miliknya. Pintu penumpang bahagian belakang di buka oleh pengawal peribadinya. Dia terus masuk ke dalam kereta dan melabuh punggung di atas kusyen itu.

"Air, tuan." ucap wanita berambut perang yang memakai kot hitam dan berkemeja putih di dalam. Dia meletakkan dua gelas air cocktail campuran lemon dan soda ke atas meja yang berada di tengah ruang mereka.

"Silakan masuk Tuan Luth." pelawa pengawal yang berada di tepi pintu itu apabila melihat Luth yang masih tercegat di luar. Dia memandang muka lelaki tua itu yang hanya tersenyum daripada tadi. Seolah-olah ada maksud yang tersembunyi. Siapa agaknya dia? Luth menggeleng kepala. Tak kesahlah, yang penting keadaan Hawa sekarang. Lantas, dia pun masuk ke dalam kereta itu. Pintu pun di tutup secara automatik.
Pengawak di luar lekas masuk ke dalam kereta semula. Setelah semua sudah masuk ke dalsm kereta, Interkom ditepi pintu kereta ditekan oleh Tan Sri Adam Lim.

"Jalan." arahnya. Lantas, panduan empat roda itu pun bergerak meninggalkan kawasan balai polis itu.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now