Sekali lagi pintu diketuknya. "Luth, buka pintu ni Luth!"

Tetap tiada respon. Puan Kalsum menunduk memandang tombol pintu. Mungkin Luth tidak menguncinya. Terketar-ketar tangan Puan Kalsum menggenggam tombol pintu dengan kemas. Entah mengapa dia terasa takut sekarang. Harap-haraplah tiada benda buruk yang berlaku di dalam.

Dia menarik nafas sedalam-dalamnya, lalu dihembus keluar agar jiwanya kembali tenang. Setelah itu, baru tombol pintu dibuka dengan yakin. Lalu dikuaknya.

"Astaghfirullah hal Azim! Allahuakbar!!" terus Puan Kalsum menekup mulutnya. Terkejut besar dia apabila melihat Luth dan Hawa yang terbaring di atas katil sambil berpelukan di dalam selimut. Dengan pakaian yang berada di merata-rata tempat. Mungkin dicampak. Terasa longlai lutut Puan Kalsum ingin berdiri. Air matanya terus mengalir dengan kecewa.

"Kenapa Luth... Ya Allah... Kenapa buat mak macam ni...

"Mak!!" jerit Malik. Pantas dia menghayunkan kaki lebih laju meniti anak tangga apabila melihat tubuh Puan Kalsum yang ingin rebah ke lantai. Lantas, kedua belah tangannya laju berpaut pada lengan Puan Kalsum. Menahan tubuh ibunya daripada rebah ke lantai. Dia buat-buat seperti terkejut apabila matanya terlihat ke arah katil.

"Malik dah agak! Sampai hati dia buat mak macam ni? Ya Allah, sabar nak. Malik ada dekat sini. Malik akan ajar dia mak!"

"Luth takkan buat macam tu... dia takkan..." rintih Puan Kalsum. Punah segala kepercayaannya saat ini. Mengapa Luth? Mengapa hukum mak sehingga begini sekali?

"Malik! Kenapa dengan mak kamu tu?" sampuk Tuan Haji Zamani yang baru sahaja keluar daripada bilik perpustakaan. Tergesa-gesa dia melangkah menghampiri ke arah mereka berdua.

"Mak terkejut, abah. Luth... di... dia... dia..."

"Astaghfirullah hal Azim..." terucap ayat itu disaat dia menatap sendiri dengan sepasang matanya. Spontan tongkat yang dipegangnya terlepas daripada tangan. Segala amarahnya kini membuak-buak. Terketar-ketar tubuhnya menahan geram. Inikah anak yang kononnya baik sangat tu?!

Tuan Haji Zamani mengetap bibir. Kedua belah tangannya sudah dikepal-kepal kuat. Luth memang dah melampau! Dia sudah melanggar syarat yang aku beri. Heh, sekarang dah jelas nampak siapa yang makan dengan kata-kata sendiri! Takkan sentuh perempuan konon...

Itu semua dusta belaka!!

"Dasar anak tak guna...." terkacip-kacip gigi Tuan Haji Zamani berkata.

"Luth!! Hawa!! Baik kamu berdua bangun sekarang!!!" Jerkah Tuan Haji Zamani, terus menyentakkan mereka berdua yang tertidur kepenatan. Perlahan-lahan Luth membuka mata. Kini tubuhnya terasa kembali terkawal. Tidak menyeksakan seperti tadi. Dia menoleh pula ke sebelah saat merasakan ada sesuatu yang berat berada di lengan kanan. Membeliak biji matanya saat terpandang Hawa yang berada di sisi. Jantungnya berdegup pantas.

Apa kau dah buat ni Luth?! Jerit Luth di dalam hati. Dia sendiri tidak percaya apa yang dia sudah lakukan. Kepala yang terasa berdenyut diketuk berkali-kali. Menghukum diri sendiri. Dia pantas membetulkan posisi baring kepada duduk. Pandangan teralih ke arah Tuan Haji Zamani yang berada di hadapan pintu bilik. Kepala digeleng berkali-kali, cuba menafikan apa yang bermain di minda orang tua itu.

"Luth boleh jelaskan. Something happened to us! You should trust me."

"Percaya? Dengan apa yang aku tengok ni kau kata aku harus percaya?! Baik kau pakai baju kau sekarang, dan suruh perempuan murahan tu turun ke bawah!  Sebelum darah aku naik, baik kau siap sekarang! Cepat!!" jerkah Tuan Haji Zamani. Dia mendengus kasar. Tidak mahu amarahnya semakin menaik, dia memilih untuk beredar sahaja ke tingkat bawah. Malik membuat muka kecewa. Dalam hati sudah bersorak kemenangan. Akhirnya, berjaya juga rancangan hebatnya. Dia menutup semula pintu bilik itu dengan senyuman jahat, sebelum memapah tubuh Puan Kalsum turun ke tingkat satu.

Luth mengeluh panjang. Kedua belah tangannya menekup wajah. "Kenapa Luth? Kenapa?"

Dia mengatup mata dalam beberapa saat. Air matanya sudah berlinangan kecewa. Ya, Kecewa dengan diri sendiri yang sanggup melukai seseorang yang dia jaga penuh ketat selama ini. Dan akhirnya, dia juga yang musnahkan. Luth kembali membuka mata. Dia menoleh ke sisi, memandang Hawa yang masih berselubung di dalam selimut dengan tangis yang teresak-esak.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa terguris hati Luth mendengar rintihan itu. Kalau boleh sekarang juga dia hendak melutut meminta maaf. Bukan sahaja melutut, malah bersujud terus ke kaki Hawa!

"Hawa..." perlahan-lahan tangan Luth ingin menyeka air mata wanita itu.

"Jangan sentuh saya. Jangan... tolonglah..."

Sekelip mata tindakan Luth terhenti. Dia mengetap bibir. Paling sakit, jika kepercayaan Hawa sudah hilang kepadanya. Dia menggeleng kepala.

"Kau takut dengan aku? Ha... Hawa kau satu-satunya yang paling percayakan aku. Aku tak sengaja, Hawa. Percayalah. Aku dah cuba sedaya upaya aku. Tolong jangan bencikan aku, Hawa. Jangan benci aku... I'm promise. Aku akan bertanggungjawab. Aku takkan tinggalkan kau."

"Saya perlukan ruang. Tolong tinggalkan saya..." rayu Hawa. Lemah. Benar-benar lemah.

"Hawa..."

"Saya kata pergi, pergilah!" terus bantal dibaling mengena tepat ke wajah Luth sehingga muka lelaki itu tertoleh ke tepi. Makin kuat Hawa menangis sambil meminta ampun berkali-kali kepada Sang Pencipta Yang Maha Esa atas apa yang berlaku tadi. Dia benar-benar kecewa. Luth mengangguk kepala tanda faham. Mungkin ini bukan waktu yang sesuai untuk mereka berbincang. Emosi Hawa pun tak tentu hala. Dia harus beri ruang kepada wanita itu untuk tenangkan diri sendiri.

"Fine. Ambillah berapa masa yang kau perlu. Aku tunggu kau dekat luar."










MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now