PINTU bilik ditolak perlahan. Anak matanya melilau memandang sekeliling pemandangan bilik yang agak luas dan selesa. Dia tersenyum kecil. Pintu di tutup terlebih dahulu sebelum dia melangkah lebih jauh ke dalam bilik. Kelihatan seorang wanita sedang terbaring di atas sebuah katil dengan keadaan kaki dan tangannya yang terikat. Wajah Wanita itu jelas menunjukkan keletihan. Dengan rambutnya yang kusut seperti baru sahaja lepas bergelut dengan seseorang. Luth melabuh punggung perlahan-lahan di sebelah wanita itu.

Daripada bawah hinggalah ke atas Luth menatapnya. Cantik. Memang layak jika menjadi mangsa ratahan si nafsu syaitan. Luth tidak teragak-agak ingin menyentuh wajah wanita itu. Terasa kulit wajahnya yang lembab, seperti baru sahaja lepas menangis. Dia membelai setiap yang ada pada wajah wanita itu dengan penuh kelembutan. Bermula daripada mata hinggalah turun ke bibir mungil itu. Benar-benar menaikkan nafsunya, tetapi dia masih lagi boleh mengawalnya. Luth tersenyum menyenget. Perlahan-lahan Luth menyembamkan mukanya ke leher wanita itu.

Mata Hawa bergerak-gerak saat merasakan ada sesuatu merayap di lehernya. Terbuntang matanya saat melihat seorang lelaki cuba untuk menjadi pelanggan keduanya. Pantas Hawa menggunakan segala kudrat untuk menolak tubuh lelaki itu agar menjauhinya. Tak semena-mena, Luth jatuh terduduk ke atas lantai. Dia mengaduh sakit.

"Jangan sentuh! Jangan sentuh aku!" jerit Hawa. Dia cuba untuk duduk dan mengesot diri ke belakang. Jantungnya kembali berdegup laju. Nafasnya mula tidak teratur. Perasaan takut kembali menyelubungi dirinya.

Luth kembali bangun daripada terus terduduk di atas lantai. Dia mendengus geram. Tak pasal-pasal hilang sudah mood bahagia dia yang tadi. "Kau ni apahal huh, perempuan?!"

"Jangan sentuh saya! Saya bukan perempuan murahan!"  bentak Hawa. Luth menjuih bibir. Dia kembali merangkak naik ke atas katil. Hawa sudah mula gelabah. Rahang wanita itu dicengkamnya kuat. Hawa cuba untuk menepis, namun gagal.

"Habis kenapa kau dekat tempat ni? Kau tengok tu!" Luth menarik wajah Hawa untuk melihat botol-botol arak yang tersusun di dalam almari kaca.

"Tu semua benda yang mengkhayalkan. Kalau kau ada dekat sini, maknanya kau tempat untuk aku berkhayal dengan kau."

Hawa menggeleng kepala. Air mata kembali membanjiri kelopak matanya. "Percayalah saya bukan tempat untuk awak lunaskan nafsu. Saya dipaksa kerja dekat sini. Tolonglah jangan apa-apakan saya." rayu Hawa, lemah. Luth menjeling menyampah. Dia menolak wajah Hawa ke tepi sehingga wanita itu kembali terbaring ke atas katil. Luth turun daripada birai katil itu. Bakinya yang sedikit berkedut dibetulkan di hadapan sebuah cermin yang besar.

"Encik..." panggil Hawa. Dia membetulkan semula posisinya kepada duduk. Hawa hanya mampu memandang tubuh figura itu daripada belakang.

"Tolong keluarkan saya daripada tempat ni."

"Sorry. Aku bukan polis yang boleh bantu kau." sinis Luth. Tanpa berlengah, dia mengatur tapak ingin keluar daripada bilik itu. Hawa sudah mula cemas. Dia memaksa diri untuk turun daripada katil. Tak semena-mena, dia tersembam jatuh ke lantai. Kaki Luth di genggam menggunakan kedua belah tangannya. Menghentikan langkah lelaki itu daripada meninggalkannya di sini seorang diri.

"Tolonglah saya... saya tak nak berada dekat sini. Saya tak nak jual maruah saya, Encik..."

"Aku kesah apa? Kau tak ada kena mengena pun dalam hidup aku. Lepaslah!" Luth cuba untuk menepis, tetapi Hawa masih lagi berkeras tidak mahu melepaskannya. Ini sahaja peluang aku untuk keluar daripada tempat jahanam ni.

"Saya merayu, Encik. Saya janji ka... kalau Encik keluarkan saya daripada tempat ni. Saya akan buat apa-apa sahaja. Saya tak akan bantah sedikit pun!"

Luth menjuih bibir. Hendak ketawa dia mendengarnya. Luth duduk mencangkung di atas lantai. Dagu Hawa ditarik, memaksa wajah itu untuk mendongak menatap mukanya.

"Kau nak buat apa-apa sahaja dekat aku? Kau anak Dato' ke? Bukan, kan? Kau tu cuma perempuan kampung yang berasal daripada keluarga miskin. Kau takkan mampu nak tunaikan apa yang aku minta. Melainkan kau cuma ada tubuh kau. Itu sahaja yang berharga buat masa sekarang. Kau sanggup ke? Tapi kau jangan haraplah aku akan bertanggungjawab. Aku tak ada masa nak jaga perempuan simpanan dalam hidup aku." sinis Luth.

Hawa terdiam sejenak. Kata-kata Luth benar menyentap perasaannya. Luth tertawa sinis. Dia menggeleng kepala, sebelum bangun daripada situ. Tangan Hawa ditepis Kuat dengan menggunakan kakinya, memaksa Hawa untuk melepaskannya. Spontan tangan Hawa terbuka. Lantas, Luth pun kembali menyambung langkah meninggalkan bilik itu.

"Saya mungkin sanggup... kalau hanya encik seorang." Hawa membuka suara setelah lama dia mendiamkan diri. Dia tiada pilihan lain lagi, selain menyatakan ayat itu. Daripada dia meneruskan duduk di sini dan melayan beribu orang lelaki. Baik aku tunaikan perminta lelaki itu. Sekurang-kurangnya, aku tidaklah terlampau terseksa.

Langkah Luth terhenti lagi. Dia tergamam sejenak.

Perlahan-lahan Hawa mengangkat muka memandang figura yang membelakanginya itu.

"Saya janji... saya takkan tuntut apa-apa hak sekalipun pada, Encik. Cukup saya dapat terlepas daripada tempat ini, saya dah bersyukur separuh mati. Saya tak dapat nak pujuk hati Encik, sebab Encik tiada langsung adik perempuan. Encik takkan faham situasi saya. Tapi kalau encik ada perasaan kasihan. Biarpun hanya sebesar zarah, tolonglah saya..." rayu Hawa lagi.

"Lebih elok puaskan nafsu seorang lelaki, daripada beribu lelaki yang bakal memperkosa saya selepas ini. Saya terima dengan reda..."

Luth terdiam tanpa sepatah kata. Dia memusing memandang Hawa yang masih terduduk di atas lantai. Fikirannya pula memainkan jeritan seorang gadis yang cukup derita beberapa tahun yang lalu. Luth mengetap bibirnya, kuat. Dia dapat melihat seolah-olah ada bayangan di hadapan matanya yang sedang memainkan kejadian ngeri itu. Luth menggeleng kepala. Dia cuba untuk menghilangkan perkara yang menghasut fikirannya. Tetapi makin lama, makin kuat jeritan itu kedengaran. Sehingga emosi Luth terganggu dan dia menjerit sekuat hati. Hawa sedikit tersentak.

Botol arak yang berada di sisinya di capai, lalu dihempas kuat ke lantai. Mujur sahaja tidak terkena pada Hawa. Luth menunding jari tepat ke wajah Hawa dengan penuh jelingan tajam. "Kau... jangan sebut perkataan adik perempuan depan aku kalau kau nak teruskan hidup!"

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now