81

25.1K 778 23
                                    

KAMELIA tersedar dari lena, sejurus mindanya kembali memutarkan ingatannya sebelum dia tidak menyedarkan diri, Kamelia terus menepuk kuat wajahnya.

Digeleng kepala perlahan.

"Tak mungkin itu Noah," gumamnya perlahan.

Tetapi wajah lelaki itu memang sebijik wajah Noah Qaiser, suaminya. Tidak mungkin pelanduk dua serupa? Kamelia menggeleng sekali lagi. Pipinya ditampar perlahan.

Aku mimpi kan? Ujarnya berulang kali.

"Jangan tampar muka tu sangat, merah dah pipi abang tengok." Tegur satu suara garau yang dia kenal.

Gulp! Air liur terasa sukar hendak ditelan.

Kamelia takut hendak memusingkan wajahnya menghadap si pemilik suara.

Noah mengeluh.

Cahaya yang sedang tertidur pulas diletakkan ke atas katil sebelum kakinya melangkah ke arah Kamelia.

"Lama Lia tidur? Terkejut sangat ke tengok abang? Abang bukan hantu.." sempat nadanya dibuat gurau, Kamelia hanya membisu.

Jadi benarlah insan ini suaminya?

Kamelia, kau tak mimpi. Jerit suara batinnya.

"Lia, abang.."

"Err kenapa kau ada dekat sini? Aku.. Maksud aku, bukan kau dengan Amanda? Amanda mana?" Kamelia segera melangkah menjauhi Noah. Dia masih dilanda rasa terkejut.

Semua ini terlalu tiba-tiba baginya.

Kenapa bahasa Noah berubah menjadi lembut terhadapannya?

Noah terdiam sebelum mengaru kening.

"Abang ada dekat sini sebab abang nak pujuk Lia untuk bersama abang semula, kita mulakan hidup baru dan abang nak minta maaf dengan Lia atas semua perbuatan abang terhadap Lia dan Adam. Abang tahu abang pengecut, tinggalkan Lia setahun tanpa sebarang khabar.. Abang tak nafikan, Lia. Abang faham kalau Lia masih terkejut dengan semua ini tapi jujur abang katakan.." dia bangun dari katil dan merapati Kamelia.

Tangan wanita itu cuba digapai namun Kamelia mengelak.

Noah mengeluh perlahan.

"Abang rindukan Lia dengan Adam dan abang ikhlas datang sini untuk ambil Lia dan Adam," tambahnya lagi.

Matanya tunak memandang anak mata Kamelia.

Hatinya separuh bahagia namun separuh lagi ragu-ragu terhadap Noah. Bagaimana kalau lelaki itu memerangkapnya sahaja sama seperti masa lelaki itu mengajaknya kahwin?

Bagaimana kalau ini separuh dari permainan Amanda lagi?

Dia tidak rela menjadi mangsa. Hatinya sudah cukup sakit dengan kenangan setahun lalu.

"Amanda mana? Aku taknak digelar perampas kau semula." Balasnya senada, pandangan Noah tidak dibalas. Dia takut terbuai dalam kata-kata lelaki itu.

"Amanda.. Hm kami dah berpisah seminggu yang lalu, kami dah tak boleh sehaluan. Amanda dah jumpa pasangan yang lebih baik dari abang jadi abang buat keputusan untuk lepaskan supaya dia boleh bahagia." Balas Noah tenang membuatkan Kamelia tersentak.

Wajah Noah yang tiada sebarang raut kecewa dipandang.

"Abang sakit, Lia tapi abang rela lagipun abang taknak dia terseksa sebab abang lagi." Tambah Noah.

"Habistu kenapa kau tak ceraikan aku masa Amanda minta kau ceraikan aku? Kau tak kasihan ke tengok aku terseksa hidup tergantung tanpa tali," soalan Kamelia membuatkan Noah terdiam.

"Lia lain, abang.." rengekan Cahaya mematikan kata-kata Noah.

Segera anak perempuan didapatkan.

Kamelia hanya memandang Noah yang fokus memujuk si cilik tersebut.

Ini ke anak mereka? Soalnya sendiri.

Hatinya dipagut rasa ingin tahu.

"Err ini Cahaya, anak abang dengan Amanda. Anak Kamelia juga," terangnya. Kamelia hanya diam tidak membalas.

Pertanyaannya sudah terjawab.

"Err Lia tengokkan Cahaya sekejap, abang nak pergi sediakan susu dia. Dia mesti haus ni," Kamelia mengangguk lambat, sejurus Noah melangkah pergi. Kamelia perlahan-lahan mendekati Cahaya.

Wajah Cahaya yang terkebil-kebil memandang ke arahnya meluluhkan sekeping jiwa ibunya.

Kenapa Cahaya tidak ikut dengan Amanda? Soalan yang tiada jawapannya.

Cahaya menunjukkan barisan gusinya kepada Kamelia tidak lama selepas itu, Kamelia tersenyum.

Punggung dilabuhkan lalu Cahaya dibawa ke dalam dukungan.

Tidak disangka-sangka, si cilik suka akan dirinya.

Kamelia mendodoi perlahan.

"Kesian dia haus ya, alala anak mama.." pujuknya perlahan, meskipun Cahaya bukan anak kandungnya tetapi kenapa jiwanya terasa sangat dekat dengan Cahaya?

Ya Allah rasa apa ini? Bisik hati kecilnya.

Muncul Noah dari daun pintu, langkahnya mati saat melihat Kamelia yang sedang menenangkan Cahaya. Tersentuh hatinya dengan sikap Kamelia.

Jiwa ibu wanita itu terlalu kuat.

Noah mendekati Kamelia lalu botol susu dihulurkan.

"Hm Lia susukanlah Cahaya, dia pun tak pernah rasa sentuhan seorang ibu." Kata-kata Noah membuatkan Kamelia tersentak. Apa maksud Noah? Habis selama ini Amanda tidak menjaga anak mereka ke? Soalnya sendiri.

"Err ni susu formula ke? Kau tak bagi susu badan ke?" Soal Kamelia sejurus botol berisi susu formula itu bertukar tangan.

Noah tergelak hambar.

"Cahaya tak pernah dapat rasa susu ibu dia, inikan pulak kasih sayang. Lagilah Amanda tak pernah bagi. Selama 4 bulan ini, Cahaya cuma rasa kasih-sayang dari abang.. Amanda bencikan darah daging dia sendiri, abang tak mampu nak buat apa-apa," jawapan Noah meremukkan sekeping hati Kamelia.

Wajah polos Cahaya dipandang.

Apa salah kanak-kanak tidak berdosa ini sehingga dilayan seperti orang luar oleh ibu kandungnya sendiri?

"Abang tengok Cahaya macam suka dengan Lia, dia jarang nak selesa dengan orang baru tapi abang tengok dia tak merengek pun dengan Lia.. Terima kasih Lia sebab sudi layan Cahaya macam anak sendiri," Kamelia hanya mengangguk lambat.

"Kalau macam itu, abang keluar dulu. Bagi ruang pada Lia untuk luang masa dengan Cahaya. Abang pergi cari Adam sekejap, rindu abang pada hero kecil tu." Sejurus itu kakinya melangkah pergi.

Kamelia memandang lama wajah suci Cahaya.

Kenapa hatinya tidak tega hendak mengabaikan Cahaya? Kenapa hatinya seakan terikat dengan si cilik yang berada didukungannya ini?

Ya Allah.

***

Good night !

MRS NOAH QAISER©Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora