20

18.4K 647 40
                                    

MINUMAN sejuk berperisa oren kordial diberikan kepada wanita yang sedang fokus bermain dengan anak kecilnya, wujud perasaan kasihan terhadap wanita itu. Siapa dia? Soal Siti sendiri di dalam hati. Sebelum ini dia tidak pernah melihat wajah wanita itu.

Apa kaitan dia dengan Puan Amanda dulu? Kawan? Kawan rapat ke? Pelbagai soalan muncul di benaknya namun hanya dikuburkan sahaja. Dia tidak mahu digelar penyibuk.

"Terima kasih cik.." ujar Kamelia perlahan sebelum gelas kaca bertukar tangan.

Siti hanya mengangguk pelan.

"Jangan panggil saya cik, saya ni pembantu je dekat sini. Erm puan masuklah dulu sebab tuan rumah ni dah suruh saya ajak puan masuk." Kamelia laju menggeleng.

"Takpe, duduk dekat pondok ni pun saya dah selesa." Tolak Kamelia baik, Siti mengaru kepalanya tidak gatal. Bayi kecil yang berada di pegangan wanita itu dipandang kasihan, wajahnya kelihatan merah-merah mungkin kerana cuaca yang panas.

"Kesian anak puan, panas dia dekat situ. Dalam ada kipas, masuklah puan." Pujuk Siti lagi.

Akhirnya Kamelia mengalah demi Adam, ada benarnya kata wanita itu. Wajah merah Adam menunjukkan anaknya sedang kepanasan tetapi syukur anaknya bukan jenis meragam.

"Mari sini saya bantu angkat beg puan," beg kain di tangan Kamelia diambil tanpa menunggu balasan Kamelia.

"Puan duduk dulu sini kejap, puan Amanda akan pulang sekejap lagi." Kamelia mengangguk akur, baru sahaja pembantu wanita itu ingin berlalu, Kamelia segera menahan tangannya.

"Tuan Noah? Dan tolong jangan panggil saya puan, panggil sahaja saya Kamelia. Dari wajah awak, saya tahu awak hampir seusia saya." Ujar Kamelia lembut. Siti terdiam sebelum mengangguk akur.

"Tuan Noah saya tak dapat inform, pu..Kamelia, selalunya tuan mungkin sedang sibuk bermesyuarat." Balasan dari pembantu itu membuatkan Kamelia terangguk kecil.

"Kalau takde apa-apa lagi, saya minta diri dulu.." wajah Adam dipandang gembira, akhirnya wajah yang dirindui dapat dilihat kembali. Bagaimana Noah sekarang? Bertambah kacakkah dia?

Kawasan dalam rumah agam Amanda dan Noah dipandang. Cantik, hanya itu sahaja yang mampu Kamelia simpulkan.

Cemburu? Ya, Kamelia cemburu. Andai sahaja wanita pilihan Noah adalah dia. Pasti dia yang duduk di rumah ini sekarang dan Adam, Adam tidak perlu merasa hidup susah begini.

Terjentik di hati kecil Kamelia apakah mereka berdua sudah mempunyai cahaya mata sendiri?

Sedang Kamelia khayal dalam dunia sendiri, Siti bergegas mendapatkan daun pintu tatkala bunyi deruman kereta sport milik bos besarnya iaitu Noah Qaiser kedengaran di luar.

Daun pintu dibuka awal, muncul Noah dengan beg bimbit di tangan sambil matanya fokus pada tablet kerjanya. Kehadiran Kamelia masih tidak disedari, beg bimbit dihulurkan kepada Siti seperti sediakala.

"Selamat pulang, tuan Noah." Noah hanya mengangguk sambil tangannya ligat melepaskan kaca mata hitam dari wajah kacaknya.

"Puan dah balik belum?" Soal Noal selamba. Manakala Kamelia tersedar dari lamunannya saat suara gurau milik Noah kedengaran. Jantung Kamelia berdegup kencang, setelah lama tidak mendengar suara Noah, akhirnya kembali kedengaran.

"Belum tuan.. Tuan, sebenarnya.." suara Siti terputus saat pandangan Noah jatuh pada wanita yang sudah lama tidak muncul di pandangannya kembali semula. Dan bagaimana wanita ini bisa berada di syurganya bersama Amanda?

"Siapa izinkan dia masuk?!" Suara Noah kuat memenuhi ruangan tersebut, terkejut Siti memandangkan belum pernah lagi dia melihat tuan rumahnya mengamuk. Selama ini Noah terkenal dengan sifat lemah-lembut dan baik orangnya.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now